Written by AbangNara | April 30th, 2014

Tiket konsert Taylor Swift The Red Tour di Kuala Lumpur telah pun habis dijual seperti pisang goreng panas. Ramai peminat-peminat penyanyi ini menangis tidak berlagu kerana tidak dapat merasai sendiri kehebatan nyanyiannya secara “live” pada 11 Jun 2014 di Stadium Putra Bukit Jalil. Namun anda jangan risau. Selaku penaja utama konsert ini, AIA Bhd. memberikan anda peluang untuk mendapatkan tiket PERCUMA dan juga cenderahati ekslusif Taylor Swift.

tiket konsert taylor swift

Tiga pemenang bertuah akan berpeluang untuk bertemu serta bergambar dengan Taylor Swift secara peribadi. Disamping itu, pemenang pertandingan juga akan diundang untuk menghadiri acara countdown eksklusif pada 31hb Mei 2014 – The AIA Red Party – di mana mereka akan menerima tiket konsert dan cenderahati Taylor Swift yang telah mereka menangi. Kesemua ini boleh anda menangi dengan menyertai peraduan yang sedang berlangsung di Facebook AIA Bhd..

tiket konsert taylor swift

Selain dari pertandingan Facebook, AIA Bhd. juga akan menjalin usahasama dengan beberapa stesen radio dan penerbitan untuk melaksanakan beberapa siri pertandingan mini yang membolehkan peminat memenangi tiket konsert dan juga cenderahati eksklusif. Penajaan konsert ini oleh syarikat insuran hayat tersebut, yang menampilkan bintang antarabangsa di dalam siri penjelajahan konsert yang berjaya memecahkan rekod ke seluruh dunia, memperkukuhkan lagi komitmen AIA di dalam usaha untuk menyokong perkembangan muzik kontemporari, dan menyelaraskan jenamanya dengan demografik tumpuan mereka – iaitu populasi Gen Y di Malaysia.

tiket konsert taylor swift

Sebelum ini syarikat insuran hayat ini telah membawakan konsert AIA K-POP di Kuala Lumpur tahun lepas yang menampilkan BEAST, 4Minute dan G.NA, AIA Bhd. berbangga untuk menjadi Penaja Utama bagi kunjungan sulung Taylor Swift ke Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai peluang memenangi tiket konsert Taylor Swift ini, jangan lupa untuk LIKE Facebook AIA Bhd.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

12 responses to Peluang Menangi Tiket Konsert Taylor Swift Di Kuala Lumpur

  1. zaia says:

    Lagu best dan berbakat cipta lagu…tapi tak minat la..
    Tak pandai menari. Agak cantik tapi tak menarik(bagi aku je kot).
    Adik sepupu aku peminat dia dan kata dia genius.. ?? ..oookaayyy~~~
    minat dan pandangan masing2

    0
    0
    • timah says:

      @ zaia
      alahai kau ni….kau nak yg pandai menari pergi lah layan artis lain, tak kan Taylor Swift nak menari pulak, tak sesuai ok.

      0
      0
      • zaia says:

        Alahai Timah…aku tulis bahasa tamil ke kau tak faham..
        Lari tajuk betul komen ko nie..
        1) Aku tak minat(tak minat maknanya tak layan).tapi aku puji lagu dia bagus.
        2) Bukannya aku nak dia tu kena pandai menari jugak. Aku cakap dia tak pandai menari.
        3) Memang itu lah yang aku buat, aku nak yang pandai menari dan aku pergi layan artis lain. Aku tak minat pun tapi aku kenal dia dan aku nak komen.

        Komen simple tadika pun takleh faham..Aku lemah sikit tau yang bengap2 ni.
        Kelemahan aku takleh berdepan dengan yang bengap tebal dan slow..
        Nasib baik aku tak jadi cikgu,ada jugak yang kena belaian asmara kang..
        Buat lapar jer..ok la bye nak makan

        0
        0
    • nasi ayam sedapp says:

      Aku lebih suka Taylor Swift nyanyi sambil petik gitar macam zaman Taylor dulu2 dgn rambut kerinting dia. Ramai Swifties cakap Taylor dah berubah..well manusia kan grow up.

      0
      0
  2. One Direction says:

    lagu i knew you were trouble tu untuk harry styles.
    macam mana lah harry styles boleh dating dgn minah ni. dah lama kapel baru public tahu. Nasib baik dorang dah putus. Kau ingat kau hot taylor swift…aku lagi hot, jangan mengada2 nak ambik harry styles aku. Bagus lah korang dah putussssssssss !!!!

    0
    0
    • One Direction says:

      lagu We Are Never Ever Getting Back Together pun untuk Harry Styles.
      bagus lah korang dah putussss !!!!! jangan balik lagi dgn Harry Styles…Harry Styles tu aku punyer.

      0
      0
    • onetwothree says:

      @one direction haha kau mroyan sorg2..xpala aku hrp jodoh kau dgn harry styles tu ada la..

      0
      0
    • ... says:

      Album red taylor swift keluar pada bulan oktober 2012 sedangkan harry styles dan taylor swift mula bercinta pada disember 2012. lagu i knew you were trouble xda kena mengena dengan harry styles rasanya. hehehehehe

      0
      0
      • kuih tart says:

        apa lah kau ni…taylor dah lama bercinta dgn si harry styles tu. reporter jer baru tahu bulan desember 2012.
        Pasal lagu tu aku tak tahu ada kena mengena tak dgn harry styles….bhahahahaha.

        0
        0
  3. i'm a directioner and swiftie says:

    lantak lah lagu tu untuk sape pun…yg penting aku enjoy dengar lagu tu..hal personal life dia aku tak nak masuk campur. Cuba contohi Niall Horan…selumber jer dia pergi tgk konsert taylor swift bulan february hari tu. Chill ok .

    0
    0
    • Anonymous says:

      setuju dgn ko.
      sebenarnya bukan semua lagu taylor tentang cinta…ada jugak tentang orang sakit kanser.. taylor buat lagu utk budak tu…budak tu ada penyakit kanser tp sekarang budak tu dah meninggal dah.

      0
      0
  4. Anonymous says:

    Taylor Swift…bila nak buat lagu baru ??

    0
    0