Written by AbangNara | May 2nd, 2013

Sabtu lepas, Abang Nara telah menghadiri majlis pelancaran Samsung Galaxy S4 di Sunway Pyramid. Abang Nara tiba di sana kira-kira jam 9.30 pagi. Terkejut gila dibuatnya kerana orang ramai telah memenuhi Blue Cube Sunway Pyramid sejak jam 8 pagi lagi.
samsung galaxy s4Nampaknya memang semua orang sudah tidak sabar-sabar lagi untuk merasai sendiri kehebatan Samsung Galaxy S4. Nasib baik Abang Nara selaku blogger dapat masuk ke dalam Blue Cube untuk mencuba smartphone terbaru ini. Teruja dibuatnya apabila Abang Nara memegang S4 di tangan ini.
samsung galaxy s4
Samsung Galaxy S4 dilengkapi dengan skrin bersaiz 4.99-inci (resolusi 1080×1920 pixel), kamera belakang 13-megapixel, memori sebanyak 2GB RAM dan juga menggunakan cip pemprosesan Exynos 5 Octa. Ia turut menggunakan Android 4.2 Jelly Bean serta dilengkapi dengan antaramuka TouchWiz padanya.
samsung galaxy s4Memang meriah majlis pelancaran Samsung Galaxy S4. Selesai di Blue Cube, boss besar Samsung iaitu Kwon Jae Hoon telah bergerak ke Digi, Umobile dan Maxis untuk majlis pelancaran di sana pulak. Di kesemua tempat memang penuh dengan manusia. Nampaknya ramai yang tidak sabar-sabar untuk menjadi pemilik Samsung Galaxy S4.
samsung galaxy s4Abang Nara pun tak sabar untuk merasai sendiri kehebatan S4 yang telah digembar-gemburkan di Internet selama ini. Nantikan review daripada Abang Nara tidak lama lagi. Pasti anda akan turut teruja dan akan terus membeli S4 selepas membaca review Abang Nara kelak.

Baca Yang Ini Pulak:-

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

33 responses to Pelancaran Samsung Galaxy S4 Di Malaysia

  1. Rooney says:

    WTH

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 1
  2. nak yang percuma boleh

    New Entry “Tips Melancong Ke Luar Negara Part 5″

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  3. Jasmine Kuih Lapis says:

    tunggu harga turun dulu, baru rembat satu
    tapi sy tetap suka hp nokia, jatuh byk2 kali pun tak pecah, tak bercalar

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 22 Thumb down 0
    • Mariah Kari says:

      yes…kena tunggu S5 keluar dlu..konfem harga S4 dalam 1.5k jer lagi…haha..tgk jer la harga S3 skrg ni..

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
      • azam says:

        pastu nanti masa S5 keluar, tunggu pulak S6 :)…supaya dpt S5 murah. last2 sampai sudah tak beli hehehehe

        Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
    • BUNKFACE NO.1 says:

      ye betul tu Jasmine Kuih Lapis, walaupun skrg sy pkai iphone, tp nokia tetap terbaik, dulu masa sy pkai nokia, hp saya jatuh dari tingkat 6, terjatuh plak atas simen, dlm hati sy ckp abislah hp aku, tapi bila pergi kutip cover hp jer tertanggal, hp nokia still blh guna

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 14 Thumb down 0
      • Senah says:

        betul3. henpon nokia saye dah beratus kali jatuh still boleh gune cm bese. nokia terbaek

        Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  4. Ironwoman says:

    Tak sabar nak merasai keterujaan tu hope your review will help me mas nara. Lol. ;)

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  5. hpmurah2u says:

    terbaik la s4..!!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  6. hpmurah2u says:

    terbaikla s4 !!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  7. Ruki says:

    Nara, ko bli S4 yg brapa gb??

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  8. afyF says:

    I pakai nokia lumia 900,jatuh screen pecah je Jasmine Kuih Lapis,pastu apps dia teruk pulak tu,tak disyorkan beli la

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 6
    • AIKON says:

      beli Windows Phone 7.8 mmg la.. aku beli lumia 920 windows phone 8 banyak je apps, laju pun laju, camera terbaik!

      Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 1
      • afyF says:

        dia bukan teruk apa pn,cuma macam2 dia tak support,dlu gna maxis,*100# tak boleh call,so nak beli internet plan susah,tukar clcm pn sama,semak,instagram takde,tp tw ada lomogram tu,ni gna br 6bulan dah mcm2 prob,lumia 920 beli brp?

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
        • AIKON says:

          WP7 mmg x stabil lagi..tapi WP8 mmg dah boleh support sume tu except instagram..aku beli rm1699 dekat nokia store..mmg puas hati..

          Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  9. dr desa says:

    S4 launch ari sabtu.. aku dpt beli ari ahad… alhamdulillah.. mmg power.. power.. power..
    beli rm 2300 = hp + screen protector + cover phone.. rase mmg berbaloi.. =)

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  10. BUNKFACE NO.1 says:

    samsung ni klau bab software memang power tp bahagian design tu aku tak berkenan, aku rasa design s3 lebih ok dari s4 walaupun nmpk lebih kurang sama, klau samsung improve bab design..fuhhh gempak giler lah samsung

    Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 1
  11. CutiMalaysia says:

    Minat IPhone lagi.. memang fan barang Apple.

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 1
  12. embok ketum says:

    Nampak nara ari tu time launching.. x rugi rasa beratur dr jam 8pg sbb dapat additional siscount vchr rm300.. apapon s4 terbaik!!!!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  13. embok ketum says:

    Nampak nara ari tu time launching.. x rugi rasa beratur dr jam 8pg sbb dapat additional discount vchr rm300.. apapon s4 terbaik!!!!

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  14. anip says:

    laju betul…dah s4 dah sekarang…s2 tu pun belum mampu beli lagi

    Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 0
  15. lagubestbest says:

    Dem nara, jeles giler ngan nara kot. Tiap kali pun dapat merasa hp baru. Erm.. macam besar je. Nanti tolong review pasal feeling guna ‘tangan kecil’ nara tu ye.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  16. Mok CiQ says:

    Awesome !!!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  17. ita says:

    sy still suka iphone lg…sbb pd sy iphone ni just nice..design pun x besar sgt..nk pegang senang, nk masuk kocek pun boleh..yg lain2 tu besar sgt la….

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 1
  18. ugottabekidding says:

    baru pakai as a back up phone..masih terkial2 lagi sebab tak pernah guna samseng..hehe

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  19. bedah tong gas says:

    mampu beli GALAXY NOTE 2 yg besar gedabak tu jekkk…

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  20. kejadahnya.. says:

    samsung s4 ni upgrade sikit je dr s3..tp ramai yg xtau the best fon in the world now is HTC One…

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 2
  21. cik joven says:

    erra dengan tengku emran apa citer eh?

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  22. renungkn k bye says:

    Ye sy mmg suka bayar cukai…terutama cukai pendapatan..sebulan RM13 je…lepas tu tahun depan dapat balik lebihannya….sy juga suka bayar hutang ptptn…sbb sy diajar bahawa hutang harus dibayar walau seposen pun, sy juga suka kereta dengan harga pasaran sekarang…sbb dgn harga skrg pun dah CUKUP BANYAK kereta atas jalan sampai jalan kg yg sunyi boleh naik jem! Sy juga suka bayar tol sbb bila sy bayar tol sy tau ada pihak akan bertggjwb bantu sy bila di highway….sy suka bila sy jd warganegara Msia yg independent tak banyak bergantung pd negara…sbb sy sayang Malaysia…sy tanak negara sy muflis sbb kemalasan Rakyat sendiri…semua nk percuma…APA KATA BANTU MEREKA YANG MEMERLUKAN….kita yg dah senang ni (tak kaya tapi senang) patut bantu mana yg perlu…kerajaan dah banyak bagi bantuan…tp kalau kita tamak….semua nak free memang tergadailah Malaysia! Muflis!

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0