Written by AbangNara | June 21st, 2015

Tyrese Gibson merupakan salah seorang pelakon di dalam francais filem Fast & Furios. Pelakon hebat ini dilaporkan sudah memeluk agama Islam sejak awal 2014. Dia mengambil keputusan itu selepas berkunjung ke Dubai. Difahamkan Tyrese ke sana untuk menghiburkan dirinya selepas kematian Paul Walker. Di Dubai, Tyrese sempat bergambar dengan mengenakan serban lengkap jubah berwarna putih. Setelah memeluk Islam, Gibson merasa dirinya seperti manusia yang baru lahir.

tyrese gibson converts to islam

Malah Tyrese Gibson menerusi laman Instagramnya juga telah memuatnaik gambar mengucapkan selamat menyambut Ramadhan buat para pengikutnya. Ternyata ucapan tersebut telah membuatkan para peminatnya teruja dan memberikan respon yang amat baik. Tulis Tyrese:-

Ramadan al-Mubarak untuk semua umat Islam di seluruh dunia, aku mencintaimu. Aku benar-benar mencintaimu!!! Insya ALLAH berkat untuk kamu dan keluargamu

tyrese gibson converts to islam

Berikut ialah video di mana Tyrese Gibson dilihat berpakaian jubah lengkap berserban dan turut memberikan salam kepada mereka di dalam video itu.

Selamat datang diucapkan kepada Tyrese Gibson jika berita ini adalah benar. Semoga dilimpahi rahmat dan dipermudahkan segala urusan.

18 responses to Pelakon Fast & Furious, Tyrese Gibson Dikatakan Sudah Memeluk Islam

  1. Vie says:

    Alhamdulillah… Hidayah itu milik Allah..

    0

    0
  2. relief says:

    Doakn yg trbaik moga dia sntiasa brsama Islam.

    0

    0
  3. anon2015 says:

    Alhamdulillah. Hidayah milik Allah dan bertuah dipilih oleh Allah untuk memiliki hidayah-Nya. Semoga ramai lagi yg terbuka hati nak memeluk islam. Islam itu mudah dan sempurna.

    0

    0
  4. Ros Adiba says:

    di Indon pula, pelakon Laskar Pelangi Lukman Sardi murtad memilih kristian..

    0

    0
  5. therealhafizaiman says:

    Follow My Instagram @therealhafizaiman And Heard My New Song At Youtube

    0

    0
  6. weng weng says:

    itulah dikatakan HIDAYAH..

    0

    0
  7. Syukur says:

    Alhamdulillah!! Sukanya aku news ni… Dia ni pon bagus tak takut nk bgtau org yg dia dah masuk Islam.. Terbaik!

    0

    0
  8. Alhamdullilah, semoga dipermudahkan segala urusannya. Aminnn

    0

    0
  9. Nisya says:

    Tang mana yg Islam nya? Cerita dia peluk Islam ni dah lama tersebar, tp takde pengesahan je. Tetiba SH cover, Nara pulak main ceduk cerita je. Bt lah kajian. Main tengok dekat Instagram je buat apa. Tanya lah dia sendiri betul ke tak. Mamat tu baru je celabrate father’s day dgn botol2 arak di tangan. Setakat video tunjuk dia pakai jubah, wish Ramadan kat insta, korg dah cop dia Islam. Ntah pape.

    0

    0
    • Anonymous says:

      Memang bongok and jakun. Ada berita macam ni aje, confirm2 aje sebarkan. Ntah pape

      0

      0
  10. Mak Jemah says:

    alhamdulilah…

    0

    0
  11. ntahlh says:

    mungkin dia minat islam tpi gmbr latest dia dlm instagram pegang arak apa cer?

    0

    0
  12. Jangan malas please says:

    Bang nara, please lah buat research dulu before post benda mcm ni. Masalahnya benda ni tak betul. Main post je. Buat research eh lain kali.

    0

    0
  13. latest says:

    bang nara, tadi da berita kat awani yg Tyrese Gibson nafi dia masuk islam tapi dia hormati agama ni dan agama lain sbb dia pun da byk kawan agama islam. dia ada bt penafian psal benda ni kat personal/page fb dia

    0

    0
  14. Fique says:

    Dumbass regurgitated article. He isn’t muslim.

    0

    0
  15. Anonymous says:

    please make some research before publishing any. to quote; Selamat datang diucapkan kepada Tyrese Gibson ” jika berita ini adalah benar”.

    0

    0