Written by Bella | January 15th, 2016

Pelakon yang popular pada tahun 80 an terutama sekali menerusi filem Ali Setan iaitu Azmil Mustapha dilaporkan sedang kritikal akibat sakit jantung.

Anak beliau, Syamira mengesahkan perkara berkenaan dan memberitahu bapanya kini sedang dirawat di Hospital Putrajaya.

Pagi tadi pengguna media sosial dikejutkan dengan satu status daripada adik Azmil iaitu Aziph Mustapha yang memaklum abangnya mengadu sakit di bahagian dada kira-kira pukul empat petang Khamis sebelum dikejarkan ke hospital.

Tambah Aziph lagi, Azmil tidak sedarkan diri dan menggunakan alat bantuan hayat. Pihak doktor masih lagi belum memberitahu perkembangan terkini abangnya dan masih lagi berusaha untuk merawat beliau.

Pada awalnya, keadaan abang okay sehinggalah jam 4 petang semalam dia mula mengadu sakit di bahagian dada. Doktor juga tak dapat mengesahkan sama ada dia kena serangan jantung. Pihak hospital akan berusaha sehabis baik untuk mengubatinya.

Di hari penuh barakah ini, mari sama-sama kita memohon doa kepada Allah SWT agar Azmil Mustapha lepas daripada tahap kritikal dan semoga beliau dapat sembuh daripada penyakitnya. InshaAllah.

Sumber Berita: BH ONLINE

8 responses to Pelakon Azmil Mustapha Dilaporkan Sedang Kritikal

  1. Anonymous says:

    Smoga cpt sembuh sedara.. wlpn hnya tahu die berlakon dlm cerita ali setan..tu je ak tahu psal dia. Apa2 pn sy gembira sbb beliau telah lama bertaubat dan memilih jalan utk mendalami agama.

    0

    0
    • minah jambu terlajak habis says:

      macm berserak aje hospital dia…ape2 pon semoga pak azmil cepat sembuh dn semoga Allah bersama mu pak azmil..

      0

      0
  2. Yg Mengenalimu, Hamba Allah says:

    Didoakan semoga disembuhkan penyakit dgn izin Allah, diberi kesihatan yg baik dan umur yang panjang. Semoga tabah dlm menghadapi dugaan.

    0

    0
  3. Lara says:

    Kawan saya pernah bekerja dengan En Aziph, adiknya tu. Sangat lain dari yang lain persekitaran pejabat beliau, Islamik… sembahyang pun jemaah staff dan boss, office macam rumah jer lepak2 santai. Semoga saudara Azmil kembali sembuh dan terus berdakwah.

    0

    0
  4. HerLadyShip says:

    Allah maha pengaseh lagi maha penyayang…
    Berat mata memandang… sakit lagik badan yang tanggong..
    Kembali sembuh atau kembali kepada nya…
    Mohon Allah meredahinya…..

    0

    0
  5. Mak Becok says:

    Sedih bila artis-artis berjasa kiat ditimpa penyakit kronik atau meninggal dunia! Persatuan Artis tu buat apa – ada bantu tak?! Kalau dah meninggal baru nak terhegeh-hegeh persatuan-persatuan artis ni selalunya! Itupun kita tak tahu apa pertolongan atau pampasan yg. keluarga artis akan dapat!

    0

    0
  6. Tong says:

    23 hingga 25.12.2015, yg lepas abah saya pun mengalami keadaan seperti ini dpt rawatan terbaik dr hospital Tuanku Fuziah Kangar tpi selepas tu saya tak nak cerita, Semoga cepat sembuh dn pada ahli keluarga tabah dan byk berdoa.

    0

    0
  7. Kajol says:

    Semoga lekas sembuh Pak Cik Azmil

    0

    0