Pekin Ibrahim & Uqasha Senrose Kahwin Tahun Hadapan

Hiburan

Pekin Ibrahim & Uqasha Senrose Kahwin Tahun Hadapan

Alhamdulillah. Lega hati Abang Nara mendengar perancangan yang telah diaturkan oleh pasangan kekasih ini. Pastinya Uqasha Senrose lebih berbunga-bunga hatinya apabila Pekin memaklumkan mereka berdua bakal berkahwin tahun hadapan. Semoga segalanya dipermudahkan buat mereka berdua.
pekin ibrahim kahwin
Berkata kepada Sinar Harian hari ini, Pekin bercerita mengenai perancangannya bersama Uqasha. Kata Pekin:-

Kalau diikutkan, esok juga saya ingin berkahwin dengan uqasha tapi banyak pula proses yang perlu diselesaikan. Lagipun ia bukan perkara main-main dan saya sangat berharap hubungan kami akan ke jinjang pelamin.

Sebenarnya saya tak pernah terfikir untuk kahwin. Tetapi sejak terpandang Sha di pejabat MIG, saya terus ajak dia berkahwin. Saya tidak tahu apa yang ada dalam kepala saya ketika itu. Apabila jumpa dia, saya terus sedar dialah calon isteri terbaik untuk saya.

Julai lalu saya telah merisik Uqasha dan ia boleh dikira sebagai majlis pertunangan kami secara tak rasmi. Dan kami mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga dalam masa setahun lagi.

Advertisement

pekin

Harap-harap perancangan Pekin dan Uqasha akan menjadi kenyataan. Yang penting, sudah ada perancangan. Nampak sikit keseriusannya di situ. Artis lain bercinta bagai nak rak tapi bila tanya bab kahwin semua pun mengelak. Hehehe. Untunglah Uqasha dapat kekasih yang memandang jauh ke hadapan. Semoga hubungan anda terus kekal bahagia sehingga majlis perkahwinan kelak.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...