
Pameran pengantin sememangnya berlambak macam cendawan tumbuh selepas hujan di Malaysia. Sampai kadang-kadang tak tahu nak pilih mana satu. Namun ada sesuatu yang menarik dengan Pameran Pengantin Malaysia yang dianjurkan oleh Urban Vibe Event ini. Tambah menarik apabila membaca sejarah permulaan pameran anjuran mereka berdua.
Diusahakan oleh pasangan suami isteri, Puan Nadia Hassan dan suami Syahrul Hafiidz, Urban Vibe Event mengamalkan prinsip jujur, amanah dan paling penting, menghormati setiap pelanggan. Bermula secara kecil-kecilan dengan pasaran “consumer product” di Giant dan Tesco, Pameran Pengantin Malaysia yang pertama telah dianjurkan di Plaza Alam Sentral pada tahun 2008.

Dan kini pada tahun 2011, Urban Vibe Event membawakan kepada anda semua Pameran Pengantin Malaysia di PICC Putrajaya dengan tema “Mirror-Mirror On The Wall”. Pentas utama akan dihiasi dekorasi pelamin Nas Great Idea yang bernilai RM500,000. Demonstrasi perarakan pengantin yang mana merupakan acara wajib juga akan diadakan pada jam 2 petang 9 julai. Dan bermacam-macam lagilah event yang pasti menarik dan tertarik untuk bakal pengantin.

Dengan kerjasama SetelKahwin, Pameran Pengantin Malaysia anjuran Urban Vibe Event sepanjang 8 sehingga 10 Julai di PICC Putrajaya ini dijangka akan menerima kunjungan ratusan ribu bakal pengantin. Untuk makluman lanjut boleh lawati Facebook SetelKahwin dan Facebook Urban Vibe.

kalau yang baru je lepas kahwen camne pulak ek?
!S!WCRTESTTEXTAREA000003!E!
picc.. dekat je dengan rumah.,,,
Selamat Datang KIS 2011
tak terlibat lak… huk3!
Entri best la ni, pilih je mana yang korang nak baca:
1. VIDEO : Peristiwa Berdarah 13 mei 1969 Jangan Dibiarkan Berulang
2. Cara Membezakan Kucing Sebenar dan Kucing Jelmaan Jin
3. Cerita Di Sebalik Malam Pertama Saya
4. Kota Kinabalu (From KKIA to 1Borneo)
5. Siapa Tak Nak Laki Macam Ni?! Aku Nakkkk!!!
6. Ye Saya Akui Saya Minat Dengan Suami Orang Ni! So What?!
7. Udah-udah Ler Tu Luna Nak Ganggu Dia, Tapi Dia Sangat Comel Okeh! Seriusss!!!
8. Adakah Siput Sinonim Dengan Lembab dan Lambat Sahaja?!
by LUNA LANUN