Written by Bella | February 23rd, 2017

Maharaja Lawak Mega 2017 yang baru sahaja diadakan pada hari Jumaat lepas telah dihimpit kontroversi apabila kumpulan Zero dikatakan telah menghina pakaian tradisi masyarakat Iban yang dikenali sebagai Ngepan Indu. Pakaian itu secara tradisinya digunakan oleh kaum wanita masyarakat Iban.

Menurut mereka tindakan Syaiful Zero yang mengenakan pakaian tersebut semasa membuat persembahan bersama dua lagi ahli kumpulannya iaitu Atu dan Sharif seolah-olah mempersendakan pakaian tradisional berkenaan. Beberapa laporan polis juga telah dibuat oleh NGO yang meminta agar kumpulan itu memohon maaf secara terbuka kerana ia merupakan pakaian yang dianggap suci oleh orang Iban.

Malah, Presiden Persatuan Dayak Miri (DAM), Serawa Budol, menyifatkan komedi yang dipersembahkan oleh Zero itu menghina masyarakat Iban.

Bukan sahaja mereka menyinggung perasaan komuniti Iban, pertunjukan komedi itu telah menghina dan mengejek budaya kerana jantina lain tidak dibenarkan memakai pakaian tradisional itu. Kami mahu penganjur dan anggota kumpulan berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka atas kejadian itu dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Selain DAM, NGO lain yang mengutuk persembahan Zero ialah Kumpulan Pemikir Dayak (DDTG), Pemuda Dayak Sarawak cawangan Limbang, Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) dan Persatuan Penggiat Seni dan Kebudayaan Dayak Kuching yang telah menyuarakan kritikan mereka secara terbuka.

Berdasarkan laporan media tempatan, tiga laporan polis dibuat oleh tiga NGO di Balai Polis Pusat Miri sejak Isnin lepas.

Mungkin kumpulan Zero juga tidak mempunyai niat untuk menghina pakaian tradisi masyarakat Iban itu. Apa-apa pun, kadang-kadang mungkin ada yang tersinggung dengan tindakan kita tanpa disedari. Permohona maaf secara terbuka adalah tindakan yang terbaik buat masa ini agar isu ini tidak berpanjangan.

Sumber Berita : Sinar Harian

34 responses to Pakaian “Ngepan Indu” Dipersenda : Masyarakat Iban Tuntut Kumpulan Zero Mohon Maaf

  1. Anonymous says:

    jgn main dgn dayak..nanti diaorang sumpit kang…

    7

    0
  2. Anonymous says:

    It’s a comedy…….alahai……senang sangat sentap

    3

    11
  3. jjay says:

    Macam2 laa..pakai baju serupa Atm tersinggung.
    Masa persembahan pakai baju tradisional iban ni pun ter singgung jugakk..
    Lain kali jgn pakai apa2 senang .

    44

    3
    • Anonymous says:

      kita hidup bermasyarakat bermasyarakat..berbilang kaum agama dan juga bangsa..kadang kadang benda yg kecil ni mesti jaga…jgn nanti org ingat semua benda nak dijadikan lawak k

      24

      1
    • thuglife says:

      bukan sbb tersinggung.. kene respect budaya dan kepercayaan org lain. xde sapa alarang kiranya ko nk berbogel skalipun tp ko kene respect org lain yg malu bila tngok ko berbogel..lebih kurang gitu la ye..

      20

      0
    • Anonymous says:

      Untuk pengetahuan semua, Ngepan Indu pakaian tradisional kaum wanita Iban dan pakaian ini hanya akan dipakai ketika ada perayaan atau pesta / majlis seperti perkahwinan atau yang berkaitan sahaja. Jika niat kumpulan Zero ingin memperkenalkan budaya masyarakat Iban melalui pakaian saya rasa tidak salah. Cuma jalan cerita kurang sesuai dan majlis @ program Maharaja Lawak tidak kena pada tempatnya dengan baju tersebut. saya turut terasa hati juga kerana cara pemakaian tersebut bukan seperti yang sepatutnya ‘Marik Empang’ dan ‘Kain’ nampak TERLONDEH memang mengambarkan seperti mempersedakan pakaian tersebut. kalau nak pakai pun pakai betul-betul. buat kajian dulu boleh ke tidak lelaki memakai pakaian tersebut. Dulu di program AF 2015 peserta Lisa Jean ada membuat persembahan dengan mengenakan pakaian sebegitu juga kemas dan tertib. Pakaian Iban bukan seperti pakaian bangsa lain jangan samakan dan kecam sekiranya kaum Iban terasa hati atau marah. anda juga mungkin marah sekiranya di tempat mereka jika anda tahu erti sebenar pakaian itu. Pernahkah anda melihat pakaian itu digunakan pada hari biasa seperti baju kurung @ cheongsam @ sari. Jangan kecam saya.

      0

      0
  4. Ohyeah.. says:

    Kadang2 apa yg kita anggap lawak lah sgt pekara biadap pada org lain.

    32

    0
    • Anonymous says:

      betul,. belajar menghormati orang lain.. nak buat lawak jangan sampai menyinggung perasaan orang lain.

      17

      0
    • elle says:

      exactly, aku pon yg bukan iban agak terkejut bile tgk si rihanna tu kuar pkai baju tu sbb aku tau tu baju yg suci utk kaum iban. learn to respect budaya agama n kaum org lain baru laa org lain bley respect kita. org lain yg x sensitif tu tak penah explore negeri n budaya org bangsa lain kot. tu main terjah je asal boleh. tak semua tu adalah fesyen ok.

      17

      0
  5. AKU says:

    alahai cepat bebenor sentap…yg dok pkai bj melayu buat kelako tu ok je.xde plak menghina ke apa.xyah sentap sgtla at least org kenal bj budaya korang..

    0

    24
    • Anonymous says:

      itu engkau cakap. cuba kalau orang cina pakai baju melayu lengkap ngan songkok. lepastu acah2 makan pork burger. ko sentap tak? rambut sama hitam, hati lain2. jangan buat main pakaian bangsa orang nyah.

      41

      0
      • Anonymous says:

        Example yang kau bagi tu tak kena dengan keadaan.

        Ada ke apa2 yg si Bunga tu buat sampai boleh tersinggung tahap “makan pork burger”?

        2

        15
        • D says:

          Faham tak yang baju tu suci untuk Kaum Iban dan tak boleh dipakai oleh lelaki? Aku tak salahkan Zero dalam hal ni sebab mungkin mereka tak tahu. Tuntutan yang diminta pun mohon maaf saja. Mohon maaf dan tutup cerita. Tapi janganlah kita nak acah2 elok sangat sampai nak cakap diorang sentap bila orang pakai baju diorang. Itu hak diorang untuk mempertahankan kesucian kepercayaan diorang. Sila hormati hak masing-masing. Kalau yang pakai tu perempuan, rasanya takkan timbul isu. Itu sahaja.

          34

          0
      • AKU says:

        ko jer la mkn babi….bodo2 jer …ade ke zero tu wat benda x senonoh

        0

        0
  6. Anonymous says:

    Haha… You all nie dah jadi macam american dah, bangsa yg tak ada rasa hormat pada bangsa atau kaum yg lain… Buleh buat apa jer tanpa ambil kira sensitivity sesuatu kaum atas nama untuk hiburan lawak jenaka as if you all je yang betul.

    10

    0
    • Anonymous says:

      betul tu. nanti ada yang ambil kesempatan pakai bikini tapi pakai tudung . tak pun pakai t shirt tapi berpurdah. kan dah mainkan pakaian org lain. nanti berbalas2 sampai ada yang mati baru korang tau tinggi rendah langit. wahh… imaginasi pulak aku. lol

      11

      0
  7. jenglot says:

    a alah, orang seberang ni cepat benar tersentap. aku pun pelik tul, member seberangpun jenis cepat sensitip, kluar je benda ni trus siap perjuangkan kaum konon minoriti la bagai, orang semenanjung tak ada orang amik portpun.
    aku member mat saleh pun boleh gelak gelak je pakai kain dkt luar seluar waktu pakai baju melayu, sbb nampak pelik. Ini baju punya pasal, kau siap semua jenis persatuan ha keluar hutan boikot bagai.

    0

    19
  8. Anonymous says:

    Fashion baju melayu, baju kurung rambu ramba, letak berlian bagai pun org dh kutuk..apatah lagi kalau kau buat pakaian tradisional org untuk lawak..

    7

    0
  9. Anonymous says:

    Ak xtahu baju tu actually melambangkn ap? Kesucian org dayak?. Mgkn bnde tu nmpk biasa pd kt..cuma pd dorg mgkn tu offensive. Cuma bnde tu lebih kpd sensitovity perkauman dan bkn agama so xpyh la nk buat laporan polis bagai..tegur jelah..ap msalah ngo nk besrkn benda ni pn ak xpaham

    1

    5
  10. yupi says:

    poyo lah!!! itu tak boleh ini tak boleh.. Memang salah juga kalau ikut adat tapi janganlah sampai over nak besarkan satu dunia.rasanya bukan sengaja pun. kesimpulannya, memang baju perempuan bukan lelaki pakai. tapi sekadar melawak je.

    0

    10
  11. AKU says:

    kenapa perlu sentap…adakah dia wat benda x senonoh……ada ke????

    0

    7
  12. Memang aku sentap says:

    Poyo pala hotak hang..bukan x boleh pakai masalahnya yg pakai tu lelaki bkan pompuan even ko just nk buat untuk lawak.jagalah sensitivity n blajar respect budaya n kaum org lain.klau x tau research dlu jgn dok main hentam..paham ko idok..jgn trus nk ckp sentap poyo bagai.

    6

    0
  13. Anonymous says:

    Komen aku tak kuar arr huhu

    0

    0
  14. Wo ai nee says:

    Ye..nk tnya ckit lah,statement psl baju mcm gini jdi sy nk tnya yg brhijab tudung labuh pai paras lutut tu kalo pakai byk pahala ke dr yg x pkai? Bkn pe,tgk klau org hijab ne mcm lebi2 pula,bila buka hijab lg truk d kecam.. Ape istmewa hijab ne?kongsi ckit..tringin nk taw,tq.

    0

    2
    • Hamba Allah says:

      Lebih kepada menjaga maruah diri. Niat orang jangan sesekali kita pertikaikan. Saya dulu pun freehair, baju dedah dada, baju singkat nampak pusat, bebas bersentuhan sesama lelaki bukan muhrim. Melepak mamak sampai 4-5pagi. For me, bertudung labuh untuk menutup pandangan jahat lelaki. Orang tak selera kalau kita tudung labuh. So saya rasa selamat dan selesa tidak diperhatikan dan tidak jadi bahan tatapan lelaki.

      Plus, bila kita tak tutup aurat, abang, adik lelaki, suami dan lebih lebih lagi ayah akan berdosa sama. Ayah/abang/adik lelaki dah nak masuk syurga, tengok tengok si perempuan tahan. “Kenapa dulu tak suruh saya tutup aurat?”

      Nanti kat akhirat Allah playback balik semua kelakuan kita kat dunia. Time yang anggota manusia tak lagi berfungsi macam time atas dunia ni. Kat dunia orang cakap kita begitu begini, kita still boleh deny. Kat akhirat mulut tu tak boleh membantu dah.

      Kaki kita mengaku kita bawa dia ke pusat maksiat, tangan kita mengaku kita tinggalkan comment yang tak sepatutnya hingga menyakiti orang lain, mata kita mengaku kita nampak kemungkaran tapi kita taknak tegur sebab taknak di cop bajet bagus. Kalau kita nampak orang buat salah, dan kita tahu benda tu salah, tapi kita takut nak tegur. Ingat, kat akhirat nanti di tuntut bila mana dia disoal dgn Allah. “kenapa kau tak tegur aku kat dunia dulu?” Tegur ada 3jenis. Dengan perkataan, perbuatan dan doa. Boleh apply salah satu atau ketiga tiganya. Asalkan dengan cara yang betul.

      Benda macam ni kena soal kat orang yang lebih arif. Kalau kat orang yang belum tentu tinggi rendah ilmu nya takut berbelit dan lagi menyesatkan orang. Saya masuk sini means saya takda lah baik sangat. Tapi saya niat nak cuba jawab persoalan awak supaya kat akhirat saya tak dipersoalkan kenapa tak bagitahu awak benda benda ni sedangkan saya tahu :)

      0

      0
  15. Anonymous says:

    Habes dr mana pulak c rehana dpt baju tu?? Sapo bg pjm?nk kato beli musthil jugak lah..ahh ko jwp ape hal lah korang ne,carik pokok pangkalnya skalian bwa tauke kdai ke,jiran ke yg bg c rehana baju tu takkan le dio curik! Senang nya dpt bju tu huhu

    0

    0
    • Watever says:

      Ehh mcm x skola pulak dah aku tngok dia ni.baju tu mna2 bole dpt.baju tu bole pinjam kat tmpat kebudayaan nok haromm,kolumpo tu beso.tak kolumpo rehana tu bole dapat kat sabah tmpat dorg.tu la dlu skola xnak amik tau pasal kelab2..

      1

      -1

Leave a Comment

Optional