Pakai Gaun Seksi : Raysha Rizrose Tidak Kisah Dikecam Netizen

Hiburan

Pakai Gaun Seksi : Raysha Rizrose Tidak Kisah Dikecam Netizen

Akaun Instagram Nelydia Senrose dihujani dengan pelbagai komen panas dan kritikan apabila beliau memuat naik foto adiknya, Raysha Rizrose yang tampil dengan gaun agak seksi pada malam ASK 2016.

Advertisement

Ada yang menganggap Raysha “keterlaluan” kerana tampil bersahaja dengan gaun berkenaan tanpa memakai baju dalam (coli) . Amboi, tajam betul mata korang ya.

Walaubagaimanapun, Raysha menerusi portal Harian Metro berkata, beliau sedikit pun tidak terkesan  dengan isu berkenaan bahkan merasa kelakar ketika membaca komen-komen yang dilemparkan kepada dirinya kerana netizen tidak mengetahui perkara yang sebenar.

Terus-terang, geli hati pula membaca komen mengenai gambar saya yang dimuat naik kakak saya, Nelydia di Instagram. Terutama komen yang cuba menasihati saya dan sebagainya.

Ramai juga yang mengatakan saya tidak memakai coli padahal saya pakai. Cuma baju itu memang begitu potongannya kerana kainnya tebal dan kalau saya pakai coli atau tak, ia tetap akan kelihatan begitu.

Baju itu pun pilihan kedua kerana gaun yang patut saya gayakan rupanya agak sempit. Maka, saya terpaksa pilih gaun terbabit di saat akhir.

Harapnya dengan penjelasan Raysha, tidak ada lagi yang salah faham. Biasalah orang muda, pasti ingin bergaya dan tampil dengan sesuatu berbeza. Tak gitu? Heh..

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...