Written by Bella | April 14th, 2016

Meskipun beberapa kali menafikan mereka sedang bercinta, Zizan Razak dan Vie Shantie Khan masih lagi menjadi tumpuan ramai. Beberapa pihak yakin mereka sebenarnya sedang menjalinkan hubungan istimewa cuma tidak mahu mengaku, lebih-lebih lagi mereka dilihat mengenakan pakaian sedondon di majlis perkahwinan adik perempuan Vie.

Melihat mereka sedondon,  peminat mula mendoakan yang terbaik buat mereka dan merestui percintaan Zizan dan Vie.

Namu, Zizan sekali lagi menegaskan hubungan mereka tidak lebih daripada seorang kawan.

Entahlah! Selalunya saya akan post di Intagram, lepas itu dah tak tengok lagi. Sekarang baru tahu ia menjadi isu. Kalau tak, saya tak tahu. Sama ada peminat suka atau tidak, itu adalah pandangan orang. Saya tidak boleh cakap apa-apa kerana ia melibatkan pendapat masing-masing.

Walaupun rata-rata peminat mungkin setuju dengan ‘hubungan’ sebegitu, tetapi buat masa ini saya tidak dapat komen apa-apa kerana kami hanya kawan biasa. Hanya setakat itu sahajalah.

Sudah biasa dengan gosip-gosip liar seperti ini, Zizan bagaimanapun tidak marah akan segala persoalan yang diajukan kepada beliau.

Tak apa. Saya okey sahaja dengan gosip-gosip yang datang. Saya selebriti, jadi saya harus terima semua kenyataan itu dengan terbuka.

Kalau ada jodoh pun apa salahnya, tidak mengapalah. Biarkan sahaja mereka yang menentukan sejauh mana hubungan mereka berdua. Doakan je Zizan.

Sumber Berita : Mangga Online

22 responses to Pakai Baju Sedondon Dengan Vie Shantie : Zizan Terkejut Ia Boleh Jadi Isu Besar

  1. Ape2 je says:

    Dorg mmg bersama pun..xyah la nk sorok2..

    0

    0
  2. Anonymous says:

    lawa dh..bab cucuk idung serupa lembu tu aku xkenan..

    0

    0
  3. melati says:

    1 jew nk komen…Zizan Masih ader peminat kew????

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Alahai..taste masing2.. :…)

    0

    0
  5. makEnon says:

    Taktahu kenapa rasa dia memang ada something pun dgn Vie Shantie ni. Kalau dah together tu cakap je lerr nape nak sorok-sorok errrr

    0

    0
  6. kaki tabur says:

    orang semua da tau la…

    0

    0
  7. Anonymous says:

    aku jangka zizan putus dgn viee…. crik pompuan lain..vie nie kna jaga ank2 dia……hahaha

    0

    0
  8. Anonymous says:

    Satu lagi pasangan yg buat aku nak termuntah….Zizan ni nak ubah genetic keturunan…. Satu lagi…kes Wak Doyok yg tak habis habis menempel kat CP Azrinaz
    Hak tuihhh…

    0

    0
  9. Anonymous says:

    igtkan perempuan je nk nempel kat laki kaya rupanya lelaki pun same 2×5 ske menempel kat perempuan kaya…aritu beriye nk kawen bagai..pe cite ek psl edora??lps kes ko langgan pelacur tu terus senyap pulak cite psl edora…kuikui…kesian kat vie klu btl laa diorg ni bercinta ke kawen ke…haihhh…

    0

    0
  10. anon says:

    Vie ni mengada2 skrg nak menonjolkan diri dgn artis2. Nak lawan eizlan ke. Eizlan artis. tapi ex wife dia saje nak tumpang glamer artis2 & nak tunjuk yg ade lagi org nak kat dia. Takyah gatal sngt lah, lbh baik jaga anak2 kat rumah tu…

    0

    0
  11. Kila says:

    please la vie cari laki yang mcm suami raziah adik kau tu lah baru ada class sikit and sesuai dgn kau. ni zizan?? ee tolong la. mamat propa ni takyah la geli aku tgk

    0

    0
  12. Hijau says:

    Nak semayang pun sempat selfie lg vie ni..

    0

    0
  13. miyuki says:

    vie, tolonglah…awak ada anak…anak comel sangat dengan eizlan…berbaiklah balik semula dengan suami…harapnya semua ni hanyak nak jeleskan eizlan…sian kat anak…zizan n vie kalau kawin anak mesti pelik bukan comel….xvsesuai langsung x nampak chemistry…

    0

    0
  14. Anonymous says:

    X minat nak,komen ikot suka muhe la..

    0

    0
  15. Pandan Kaya says:

    Jadi isu masa bila nya? Orang macam tak kesah dah ada la

    0

    0
  16. Noname says:

    Beautifulnara, raziah tu kakak dia laahhh bukan ADIK!.

    0

    0
  17. jj says:

    Elehhhhhh..myampah plak baca ayat si sendu ni..dh terang lg bersuluh..kura2 ko tu memang dh lame dlm perahu pon…lg nk buat alasan bengong..bukan ada org nk marah pun klu ko ada hubungan ngn si vie tuh..dh janda dh pon..ko amik je..hak ko nk bcinta ngn anak dara ke janda ke andartu..nk sorok2 karang kantoi lg..apa daaaa…

    0

    0