Written by serenity | September 8th, 2017

Sekiranya anda pernah menonton filem komedi popular tahun 2010, Hantu Kak Limah Balik Rumah, pasti ingat watak Pak Jabit yang membuka sebuah warung di Kampung Pisang.
vlcsnap-2017-09-08-08h35m09s946

Pelakon watak Pak Jabit, Man Kadir, 72, telah meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan di Klinik Kesihatan Lanchang, Temerloh, Pahang, pada kira-kira pukul 7.10 oagi semalam.

Menurut Utusan Online, berita kematian pelakon filem Hantu Kak Limah itu dimaklumkan salah seorang anaknya menerusi akaun Facebook dan dikongsi rakan-rakannya.

Allahyarham yang turut dikenali dengan nama ManKadir Shamsi telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rantau Panjang , Temerloh, selepas solat zohor semalam.

Man Kadir ialah antara pelakon filem itu yang telah pergi meninggalkan kita.

Sebelum ini, Zami Ismail yang melakonkan watak Pak Abu telah meninggal dunia pada tahun 2011, manakala Azwan Annuar yang melakonkan watak Wan Kaswi meninggal dunia pada tahun 2015.-beautifulnara.com

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

11 responses to Pak Jabit Filem Hantu Kak Limah Meninggal Dunia

  1. mynameis says:

    innanillahirojiun… takziah buat keluarga pak jabit. #alfatihah

    1

    0
  2. shopia lorren says:

    Innanillahiwailaihirojiuun….
    (Al Fatehah) moga bersama org2 di sisi syurga…Aamiin…

    0

    0
  3. melati says:

    Al Fatihah sepatutnya Nabil..

    0

    4
  4. Anonymous says:

    Hospital mana ni?..kucing bersepah kt bwh katil..tolonglah jaga kebersihan ospital orang2 malaysia..
    Walau apapun innalillahwainnalilahirajiun..semoga roh arwah berada dgn orang2 yg beriman

    1

    0
    • minah jambu suka sahara yaakop says:

      eh kucing mana boleh ada kt hospital atau pon klinik …! eeeeee kotor tau ! tk jaga kebersehan klinik ke ?? eeeeeeeeee kotor nye ini tempat…rawatan nye macmna bagos berseh tak ?

      0

      0
    • saborjela says:

      Tau takpe, rata2 hospital klinik negara kita ni kotor. Jururawatnya pun kerja tak iklas macam apa. Aku pergi singapore tengok sedara blah bapak aku berubat terperanjat bersih jauh beza walaupun ramai yang bual campur bahasa orang putih. Budibahasa je. Sabor je la. Apapun Takziah untuk keluarga Pak Jabit, semoga Allah mencuri rahmat keatas rohnya, Aamin.

      0

      0
      • minah jambu suka sahara yaakop says:

        kalau singapore jangan cakap la terserlah kebersehan nye..lebih2 lagi hospital klinik semua nye berseh…singapore utamakn keselamatan orang ramai n kebersehan…lov singapore..

        0

        0
        • singapore mcm bulu je bgi m'sia says:

          negara kecik..senang nk handle.
          di Malysia..kalau kamu ada insuran dllm perubatan, cuba masuk cepital tu..gerenti ko nk lagi dtg.
          Insurankanlah diri anda…maka anda berpuas hati, nyamukpun ssh nk masuk.

          0

          0
  5. mok cute says:

    sedihnya…best tgk watak pak jabit dpt microfon x benti ckp…:-(

    Innalillah…Al-fatihah…semoga roh dicucuri rahmat…

    3

    0

Leave a Comment

Optional