Nur Sajat nama yang tidak lekang dengan kontroversi sejak akhir-akhir ini, umum mengetahui beliau kini sedang hangat bercinta dengan lelaki berbadan sado, Coach Yin. Sajat dan kekasihnya itu cukup terbuka untuk berkongsi kemesraan mereka di media sosial dan terbaru beliau dan Coach Yin dilihat bercuti di sebuah taman tema air bersama dua orang anak angkat Sajat.
Namun, foto yang mendapat perhatian netizen ialah ketika Sajat memakai bikini berwarna hitam. Ramai yang menganggap pakaian itu tidak sopan dan menutup aurat kerana sebelum ini Sajat menegaskan dirinya sebagai seorang perempuan. Dalam erti kata lain, tidak manis untuk seorang perempuan berpakaian seksi sebegitu dan menampakkan pehanya yang putih dan gebu. Bukan itu sahaja, ada juga yang menggelarkan Sajat dan Coach Yin sebagai “geng kunyit”.
Walaupun menerima pelbagai kecaman, masih ada juga segelintir pihak yang cukup bahagia melihat kemesraan Sajat bersama Coach Yin dan berharap mereka berdua kekal bersama.