Written by Bella | March 15th, 2016

Aktres Nur Fathia menepis gosip kononnya beliau bakal berkahwin dengan aktor Indonesia Baim Wong seperti yang dilaporkan oleh sebuah blog hiburan Malaysia pagi tadi.

Fathia menyangkal dakwaan tersebut menerusi akaun Instagram miliknya sebentar tadi dan menganggap berita itu adalah fitnah.

NOT TRUE. Next time tanya dulu please. tak baik sebarkan fitnah.Moga Allah lindungi kite semua dari fitnah.Amin.

Artikel yang dimuat naik oleh blog berkenaan diperolehi daripada  penerbitan terkenal Indonesia, Okezone yang telah memetik kata kata Baim Wong bahawa aktor itu akan bernikah dengan wanita pilihan beliau pada tahun hadapan.

Malah, pihak Okezone juga ada memuat naik foto Baim bersama Fathia yang didakwa di berikan sendiri oleh Baim kepada mereka.

Ini bukan kali pertama Baim digosipkan dengan artis Malaysia, sebelum ini beliau dikatakan sedang hangat bercinta dengan Elfira Loy meskipun kedua-duanya mengakui hubungan mereka tidak lebih daripada kawan rapat.

Sejak awal lagi kami tahu gosip ini tidak benar, ini kerana Fathia dan Baim sama-sama sedang menjayakan sebuah drama arahan Erma Fatima. Kebetulan foto itu dirakam ketika mereka dan artis lain seperti Remy Ishak, Saharul Ridzwan dan ramai lagi menjalani penggambaran di New York.

4 responses to Nur Fathia Nafi Gosip Bakal Berkahwin Dengan Baim Wong

  1. Pendekar Mustang says:

    Ok

    0

    0
  2. hoho says:

    Baim wong ni playboy ke ape ek? Kalau aku jadi fathia x main la baim wong. Kurang2 kerabat mana2 ker…huhu

    0

    0
  3. anon says:

    cheapo bitch

    0

    0
  4. Anonymous says:

    bukan dia ni dengan elfira loy ke

    0

    0