Written by AbangNara | July 7th, 2014

Pastinya Allahyarham Sharifah Aini tenang dan gembira apabila melihat anak tunggalnya, Aliff mengimamkan solat jenazah untuknya di Masjid TTDI Sabtu lalu. Ini kerana di dalam nukilan terakhir Biduanita Negara ini buat Aliff, salah satu hasratnya ialah apabila beliau meninggal dunia kelak, biarlah anaknya itu menjadi imam untuk solat jenazahnya. Abang Nara sangat terharu dan hampir mengalirkan air mata apabila membaca nukilan tersebut.

nukilan sharifah aini

Sesungguhnya Sharifah Aini beruntung dan bertuah kerana memiliki seorang anak yang sehebat Aliff. Sama-samalah kita cuba dan berusaha untuk mencontohi Aliff. Di bawah ialah nukilan terakhir Allahyarham Sharifah Aini buat anaknya itu. Bacalah dan ambil pengajaran sepatutnya:-

ari ni saya ingin berkongsi cerita antara IBU & ANAK.

In Shaa ALLAH…..Dengan izin ALLAH Jika tiada aral melintang tidak lama lagi Aliff akan pulang bercuti selama 3 bulan…Bunyi nya lama tapi reality nya sekejap sangat setelah setahun tidak bertemu…kini masa dah hampir tiba untuk dia pulang..saya dah pun kemas kan bilik Aliff.

Saya tidak sabar duduk berbual, berbuka puasa bersama, solat jumaah besama…mendapat undangan berbuka puasa besama…kadang-kadang Aliff jadi Imam dirumah sahabat-sahabat saya…Setiap kali dia jadi Imam….Aliff sangat gemar membaca surah2 yang panjang…air mata saya dibelakang tidak berhenti menangis bangga….bacaan nya sedap sekali & nyaman didengar.

Kadang-kadang kami banyak berbual tentang Hukum – Kehidupan & Kematian tanpa rasa takut dan perbualan Ilmu yang sangat terbuka ..saya lebih banyak bertanya Aliff membawa saya dan kawan2 saya kefahaman yang lebih maxsima …..Banyak kali bila Aliff mengeluar kan Hadith, sebagai Ibu saya terpegun….Lidah nya dah jadi lidah Arab….11 tahun belajar di Madinah….Ma Shaa ALLAH.

Ada juga perkara yang saya tanya, jika dia kurang pasti jawapan nya, dia tidak malu berterus terang mengaku apa yang dia kurang pasti dan baru merujuk kepada kitab2 beliau dan menyuruh saya membaca dan fahami…….routine kami di bulan Ramdhan ..selepas berbuka, Kami berterawih…

Baca AlQuraan & tidur sekejap…jam 3.30 pagi kami bangun solat Tahajud….saya mendengar Aliff membaca AlQuraan sampai subuh……. Mi turun bersahur dan makan bersama-sama… Makanan Aliff sangat simple..In Shaa ALAH….Kami semua di rumah nak habis kan Khatam Quraan sebelum lagi berakhir nya bulan Ramadhan….Selalu nya malam ketiga Kiamulaii kami dah selesai Khatam AlQuraan.

3 bulan ini bulan yang sangat penting buat saya dan kami satu kelauarga….Nikmat saya sebagai IBU Memasti kan makanan nya terurus…Tukang masak saya sangat rapat dengan Aliff…

Dalam pada perbualan yang ringkas ….saya tidak lupa memesan kepada Aliff… jika ALLAH izin kan Mami ingin mati diPangkuan Aliff…Jika Aliff ada disamping Mami ketika Mami menghembus kan nafas yang terakhir… Mami ingin Aliff Jadi Imam untuk Solatkan Jenazah Mami… Mami akan tersenyum dan bangga.

Jangan benar kan orang yang bukan family masuk melihat Jenazah mami dimandi…. Hanya Aliff, anak2 angkat Mami – Best Friend Mami dan orang yang menguruskankan pemandian Jenazah…. Jika Mami sakit dihospital….orang tidak kenal jangan dibiar kan masuk untuk mengambil sebarang gambar…. Jaga Hijab Mami…sekarang zaman HP modern…saya tidak redha gambar saya sakit masuk ke dalam Internet. Jika mami sakit di hospital…Ambil 4 bilik penuhkan anak2 Tahfeez dan semua Ustaz2 Mami bacakan ayat2 AlQuraan dan Surah Yassin untuk Mami….baca perlahan2 supaya tidak mengganggu ketenteraman pesakit lain di Hospital.

Mami berkerja keras selama 45 tahun mencari rezeki dikelilingi dan bermandikan Fitnah untuk mendapat satu kehidupan kita pada hari ni…..Mami mahu kan Aliff hidup besederhana..Mami tidak kaya…..selebih apa yang kita ada kita wakaf kan untuk Anak2 Yatim Piatu….Orang2 Miskin dan Anak Tahfiz. Mami tidak pernah rosak kan Aliff selama ini dengan duit ringgit – Aliff pun anak yang baik bukan mata duitan…..In Shaa ALLAH…..

Sebagai IBU Mami sudah sedia kan keperluan untuk Kehidupan Aliff & Keluarga Aliff…….Mami tidak mahu Aliff berhutang. Beli apa yang kita mampu sahaja! Jangan sekali2 Membazir untuk Keduniaan. Mami sentiasa mendoakan Aliff ditemu kan jodoh dengan Muslimah Solehah yang dapat membimbing keturunan kita dengan baik nya!

CINTA IBU BAWA KESYURGA ALLAH WAHAI ANAK KU.

aliff sharifah aini

Tahniah Aliff kerana menjadi seorang anak seperti yang diimpikan oleh ibu anda. Salam takziah daripada Abang Nara atas pemergian ini. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah dan doakan agar Allahyarham Sharifah Aini ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

58 responses to Nukilan Terakhir Allahyarham Sharifah Aini Untuk Anaknya, Aliff

  1. der says:

    bertuah sh.aini…
    takziah… al-fatihah..

    0

    0
    • Tipah Kurma says:

      bertuah arwah… anak merupakan anak yg soleh…

      0

      0
      • Olga says:

        Pertama kali dlm sejarah anak sendiri mengimamkan solat jenazah ibunya sendiri…ko mampu?

        0

        0
        • Raja Bomoh says:

          Rasa2 anak Rozita Cik Wan mampu x buat camni?

          0

          0
        • Ratna Sarumpaet says:

          Kami fans dari indonesia, turut belasung kawa atas meninggalnya Kak Fah. Sejujurnya mengharapkan arwah diterima disisiNya. Si anak itu mengimamkan sholat jenazah mummynya sendiri. Ya ampun masyaalloh. Betapa untungnya si mummya itu ya. Sukses menjadi ibu seperti Kak Fah. Aku pun mahu anak2 ku sholehah sebegitu. Insyaalloh.

          0

          0
        • Neelofa says:

          anak rozita tu insyaAllah la..
          anak ko plak cane?

          1

          0
        • Anonymous says:

          Raja Bomoh…mentang la bomoh kan dah tau anak sapa2 leh buat camtu nanti kan…anak ko boleh ke?kepada Raja Bomoh..jgn terlalu cepat menilai seseorg..hidayah Allah itu luas n Dia berhak memilih kepada siapa untuk diberi..kita tidak tahu apa nasib n takdir kita depan hari. Jika hr ini kita mengaku kita seorg yg beriman..belum tentu Allah mengakui kita beriman kepadanya..begitu juga sebaliknya…semoga kita sentiasa berusaha supaya kita menjadi insan terpilih olehNya. amin…

          0

          0
        • Chef Wan Jr. says:

          I pun teringin nk sukses juger mcm Kak Fah !!!

          0

          0
        • Fezura says:

          Neelofa boleh x mandi mayat? ko rasa nok?

          0

          0
        • Baby AA says:

          Sedih bila tahu kak Fah pergi…entah kenapa. Mungkin sebab lagu raya dia kut dong. Nanti teringat2 sama dia sih. Opss..kenapa slang aku indon plak ni. :(

          0

          0
        • Didi says:

          Allahuakbar. Syabas kepada arwah sebab berjaya mendidik anak sampai ketahap tu. Paling speechless masa dia kata selalu khatam alquran sebelum raya. SubhanAllah. Aku sendiri pun tak serajin keluarga ni. Moga allah terima amalan arwah dn ditempatkan bersama org yg beriman. InsyaAllah :’)

          0

          0
        • amoi says:

          Takziah utk keluarga allahyarham…sebak aku baca nukilan tersebut..anak dia betul2 dapat buat apa yg ibunya inginkan..tiada ganti kakpah :'( raya ni hanya mampu dgr lagu2 lama kakpah :'(

          0

          0
      • Fahrin Ahmad says:

        menyayat hati betul baca,
        alfatihah untk arwah..

        0

        0
        • ??? says:

          Tahukah Fahrin meneran kentut boleh merosakkan saraf2 kecil dalam bebola mata? Oleh itu, lepaskan lah ia secara natural dan bersahaja….sekian.

          0

          0
        • cerry berry says:

          Si pahrin ni bila lagi nak berbaju memalukan betul orang tengah bersedih dia dok tayang body pulak!!!

          0

          0
      • Aaron Aziz says:

        bgusnya ada anak camni,
        stop2 la msukkan ada dlm bintang kecil la hape la..
        baik didik agama.

        0

        0
        • Pengarah UTC says:

          Tahukah anda…pil2 pemutih dan penjernih kulit yg dijual di Malaysia.. banyak yg diimport dari China. Packing saja dibuat di Malaysia. Boleh menyebabkan barah payudara dan lukemia. Bagi sesiapa yg mengambil nya..sila buat blood test secara intensif….cegah sebelum terlambat.

          0

          0
    • apa pun tak bley says:

      Kalu aku jadi che ta, dan baca nukilan kak pah ni aku malu.. Dia asyik dok sogokkan anak2 dia dengan benda2 duniawi.. Dah makin kertu tapi perangai mengalahkan budak2 remaja nak meningkat naik.. Aku simpati gak ngan anak2 che ta ni sbb dapat ibu yang tak membimbing ke arah akhirat…

      0

      0
    • Ana says:

      Bergenang air mata ku. Al fatihah

      0

      0
  2. iris says:

    alhamdulilah…arwah kak pah ibu yg sgt penyayang…sebaknya hati ni,,,

    0

    0
  3. Anonymous says:

    menyentuh hati…

    0

    0
  4. saz says:

    CINTA IBU BAWA KESYURGA ALLAH WAHAI ANAK KU….

    Meleleh gak airmata aku..
    Sejuk perut arwah mengandungkan anaknya…

    Teringat pulak kat anak aku…
    Semoga anak ku menjadi anak yang soleh…. aminnnn…

    0

    0
  5. emo says:

    Subhannallah…. i really wish nanti mempunyai anak seperti anak Allahyarhamah Sharifah Aini.. Aamiin Ya Rabb.. :) Alhamdulilah, semoga rohnya tenang di Jannah Mu Ya Allah, dan semoga ditempatkan dikalangan bidadari Syurga Firdausi…

    0

    0
  6. pizza says:

    Dengar ceritanya Aliff ni hafiz Quran. Perghhh, bertuah giler arwah Kak Pah. Boleh claimsyafaat dari anak sendiri utk masuk syurga. Sejuk perut kak Pah ngandungkan Aliff. Anak sorang pun berbaloi2 daripada anak berderet tp at last sumbat mak bapak masuk old folks home.

    0

    0
    • emo says:

      Indeed!!! can’t agreed more on your statement. bertuah lah siapa wanita yg Allah kurniakan sebagai Jodoh kepada anak Allahyarhamah Sharifah Aini ne kan… :))

      0

      0
  7. Anonymous says:

    Subhanallah…seseungguhnya kebesaran Allah jua yg Maha mengetahui kemuliaan seseorg hambanya itu..kita sebaagi manusia beringatla dalam mengutuk atau mencerca seseorg itu kerana hanya Allah sahaja yang mampu meletakkan darjat seseorang hambanya itu dan semoga kita semua tergolong dalam hamba nya yang diredhai di dunia dan di akhirat..semoga arwah juga ditempatkan dikalangan insan2 terpilih di sana..amin.

    0

    0
  8. NAH says:

    Bergenang airmata ku membaca nukilan Datuk Sharifah Aini, tahan utk tidak mengalir tapi mengalir juga akhirnye..syahdu sungguh isi hati kak pah. Semoga roh beliau ditempatkn dikalangan org beriman dan beramal soleh..aminnnn. Moga segala doa kak pah dimakbulkn allah. Aliff sgt bertuah sejuk perut ibu mengandung, diberi didikan agama yg sgt sempurna.
    Saya pnh sekali berjumpa dgn kak pah semasa persembahan di Dewan Perdana Felda, ketika itu dia masih lg dgn style rambut dedulu, tp orgnye lemah lembut dan tersenyum je…masih ku simpan gambar kenangan itu.
    Terasa kehilangan yg besar dgn biduanita negara ini. Kalau dulu life nye dlm dunia seni penuh dgn fitnah dan dosa, tetapi setiap org boleh berubah kan…. Berubah la ke arah kebaikan wpn sedikit demi sedikit, kerana allah itu maha pengampun dan sentiasa membuka pintu taubat utk hambanye. Aku sgt respek dgn allayarhamah sentiasa ingat dan beri perhatian pd anak2 yatim, golongan tahfiz dan org2 susah, bukan semua org yg sudah berjaya akan ingat utk berbakti pd golongan yg memerlukan / beramal pd jalan Allah. Kita semua ambil iktibar.. Moga beliau tenang di sana. Al-fatihah….

    0

    0
  9. fitry says:

    subhanawloh
    sebak mate membaca luahan Almarhum k.pah ni.’
    Al-fatehah.’

    0

    0
  10. minah jambu merah biru says:

    sebak minah jambu baca sampai hati minah jambu tk tau ape nk cakap lagi n komen…semoga roh Nye di cucuri rahmat dn di sayangi Allah…pergi Nye si bunga tanjong sudah tentu Nye menjadi kenangan abadi buat kite semua..

    0

    0
  11. Pinkbugs says:

    Masya ALLAH.. This is just so beautiful. Al-fatihah.

    0

    0
  12. LINDA says:

    Terima kasih Nara di atas perkongsian ini. Menitis air mata saya membacanya…

    0

    0
  13. Cik Rini says:

    alfatihah. sebak dan sayu membacanya.

    0

    0
  14. nok gebuzzz says:

    masya Allah…sebaknyer membaca,beruntungnya mempunyai anak seperti ini…semoga alif terus menjadi anak yg soleh lagi lepas ini…

    0

    0
  15. Oh my goodness! Impressive article dude! Thank you, However I am going through
    problems with your RSS. I don’t know the reason why I can’t
    subscribe to it. Is there anybody else having similar
    RSS problems? Anyone that knows the solution will you kindly respond?
    Thanks!!

    0

    0
  16. ann says:

    Moga allahyarhamah beroleh syurga di sana.sangat sedih dgn kehilangannya..

    0

    0
  17. asal tutup aurat jer kira muslimah says:

    sejuk tengok budak ni…..

    kuat aura dier…

    aura orang yang ikhlas lakukan sesuatu memang terpancar sampai kat sanubari kiter…
    (sama ada seorang imam atau artis atau apa saja peranannya)

    yang wannabes alim.. hmmm.. tengok jer dah rasa ke-plastik-an nyer…

    faith – when it never been exposed (tak der selfie, whatsoever), you reveal the stunning beauty once it captured your eyes (bila korang tengok gambar dier)

    0

    0
  18. FahFah says:

    Correction nara.. bkn allahyarham tp allahyarhamAH.
    Allaharyam utk lelaki, xkn xtau kot….. ????

    0

    0
    • okeyy jer says:

      ni yg aku dengar ceramah ye…Takde istilah allahyarhamah dlm islam. Tu org melayu yg bg. Lelaki atau perempuan, panggil saja allahyarham. Sama saja

      0

      0
    • Biskut says:

      Fahfah, sebelum u betulkan org lain…u tgk benda u sendiri nk taip dulu. Allaharyam??? Tak pernah aku tgk dlm mana2 kamus pon word tu……

      0

      0
  19. Hamba Allah says:

    Fahfah: AllahYarham digunakan kepada lelaki dan juga wanita. al-Marhum dan al-Marhumah boleh digunakan untuk menunjukkan perbezaan gender

    0

    0
  20. Ibu Merah@5469 says:

    Sebagai seorg ibu, airmataku mengalir membaca nukilan Allahyarham ini.Semuga Allah menempatkannya di Jannah. Semua ibu dan bapa di dunia ini mengharapkan anak sesoleh Aliff..Ya Allah sesungguhnya Engkau amat mengetahui segalanya…

    0

    0
  21. Anonymous says:

    Aku sebak baca komen2 positif dari rakan2 kat sini … what a pleasant change from the usual…

    0

    0
  22. Anonymous says:

    Sebak baca komen2 positif rakan2 kat sini… what a pleasant change from the usual…

    0

    0
  23. miss apolla says:

    Siapa sangka seorang penyanyi boleh mendidik anak sebegitu sekali lalu mengangkat darjat ibunya. Al-Fatihah kak pah. :'(

    0

    0
  24. Pilih kasih says:

    ya ALLAH…bertuahnya arwah mempunyai anak y soleh…sebak n sayu sgt bila membaca nukilan arwah…moga arwah d tempatkan d tempat org2 y beriman…aminnnn

    0

    0
  25. anon says:

    Bergenang air mata baca nukilan kak pah. Wlpn kak pah baru 3,4 thn ni berhijrah tapi arwah mmg seorang yg baik & pandai mendidik anaknya. Disamping itu dia juga mempunyai ramai anak2 angkat tahfiz. Jadi anak & anak2 angkat sentiasa dpt berdoa & mengaji Quran utk nya. Arwah mmg bijak. Hmm…kebetulan pulak tu arwah meninggal masa anaknya balek bercuti. Semuga rohnya dicucuri rahmat….

    0

    0
  26. awan nano says:

    Alfatihah.brtuahnya keluarga ini.Amin.

    0

    0
  27. Anonymous says:

    Alfatihah…. bertuah allahyarham s.aini
    sebak baca nurkilan utk anak nya tu… bergenang air mata lepas baca
    semoga roh nya di cucuri rahmat… Amin

    0

    0
  28. zee says:

    Ya Allah!! Smoga Kak Fah ditmptkn dlm klgan org yg beriman!!
    Sedih sgt mmbaca nya apth lagi dgn membayangkan wajah manisnya serta kelemakan merdu suaranya!! Kak fah xboleh diganti !!!!!!
    Sedihhnye !! Al fatihah!!
    Sampai skrg masih berdebar2 sbb trkejut dgn pemergian biduanita negara!!
    Mempunyai bakat istimewa !!!
    Cukuplah2 (lepas sambung2 kan jadi essay spm pulak )
    Kak Fah i luv U

    0

    0
  29. nurul says:

    ALLAH menangis sy bc.redhanya si ibu pd si ank sehinggakan solat jenazah pun diwasiatkn ank menjadi imam.sy yakin dan pasti kak pah syg dan redha terhadap anknya dan ini menjamin kehidupannya yg lebih baik di dunia.ingt redha allah trletak kpd redha ibu bapa.

    0

    0
  30. Anonymous says:

    Terngiang2 suara merdu arwah mendendangkan lagu KASIH IBU

    0

    0
  31. Anonymous says:

    ERM..tetiba rasa cam nak Aliff ni jadi bakal laki aku plak…Boleh gak bimbing aku ni yang tak berapa nak pandai ilmu agama ni hah…agak2 korang dia nak tak??hehehe

    0

    0
  32. Ct Hajar says:

    Dalam byk2 post Abg Nara ni..post ni la y paling berfaedah..tahniah

    0

    0
  33. Terharu says:

    Al Fatihah. Ameen. Semoga Allah cucuri rahmatnya keatas roh Kak Pah.

    0

    0
  34. baharuddin says:

    Penyanyi kesayangan saya namun pemergian diratapi. Untung Anak nya seorang yg soleh yg terus meneruskan mendoakan ibu nya di dalam Alam barzakh

    0

    0
  35. […] Nukilan Terakhir Allahyarham Sharifah Aini Untuk Anaknya, Aliff (55) […]

    0

    0
  36. Google says:

    Currently it seems like WordPress is the best blogging platform available right now.
    (from what I’ve read) Is that what you’re using on your blog?

    0

    0
  37. […] Nukilan Terakhir Allahyarham Sharifah Aini Untuk Anaknya, Aliff (57) […]

    0

    0