Written by Bella | July 28th, 2015

Jika anda ada terdengar cerita kurang enak mengenai penyanyi Nourul Wahab janganlah anda mudah percaya kerana menurut tuan empunya badan ada pihak cuba untuk memburukkan beliau di laman blog Nourul sendiri.

Menggunakan nama samaran Tasha, individu tersebut sering memburukkan Nourul dengan menulis beberapa komen negatif dan mendedahkan kisah-kisah silam beliau. Walaubagaimanapun, apa yang ditulis oleh Tasha sama sekali tidak benar.

Ada individu yang saya perhatikan sejak kebelakangan ini sering menulis komen negatif dan mendedahkan kisah-kisah saya dahulu di ruangan komen setiap posting di blog saya. Individu itu menggunakan nama sebagai Tasha dan menulis seperti dia tahu semua tentang kisah hidup saya, walhal apa yang ditulis itu tidak benar sama sekali.

Tidak mahu peminat salah anggap dan mengundang kontroversi, Nourul terpaksa menapis setiap komen yang ditulis didalam blog beliau dan akan memadam komen berunsur negatif bagi mengelakkan ia dipaparkan kepada umum.

Setiap kali saya post  artikel, dia akan komen yang bukan-bukan dan nasib baik juga memang saya tapis setiap komen pembaca sebelum siarkan kepada umum kerana saya tidak mahu ada yang komen negatif.

Walaupun dia tahu komen tersebut tidak disiarkan, dia tetap juga menulis yang menyakitkan hati dan memang ingin saya membaca catatan itu.

Pada masa yang sama beliau juga memberikan penjelasan dan sebab mengapa beliau menukar ejaan namanya daripada Nurul kepada Nourul baru-baru ini.  Nourul  adalah ejaan bahasa Perancis dengan sebutan yang sama dan sering digunakan oleh suaminya Eric Depp. Ia juga untuk projek terbaru beliau iaitu sebuah lagu berbahasa Perancis tidak lama lagi.

Saya mahu dieja dengan ejaan Nourul kerana dalam bahasa Perancis sebutannya tetap Nurul dan sejak saya berkenalan dengan suami saya, dia sering menggunakan ejaan nama sebegitu.

Tak semua orang boleh lihat kita senang, ada je individu yang akan sering mencari kesalahan dan memaki hamun di media sosial mahupun di ruangan komen meskipun tidak ada isu besar yang timbul.

Mungkin individu seperti ini banyak masa terluang sehingga tidak tahu hendak buat apa dan akhirnya perhati setiap kesalahan orang lain. Get a life.. Sebelum kritik orang lain, mereka tu dah betul sangat ke?

Sumber Berita: mStar Online

 

20 responses to Nourul Wahab Dedah Individu Cuba Burukkan Namanya

  1. no name says:

    alahaiii…elok2 maksud nama ‘nurul’ tu nak juga tukar penganchis ko tu,,sedarlah sikit awok tu asal dari mana..kat akhirat sana tu sebut juga nama betul ko..bukan nama penghanchis tu..

    0

    0
    • Yahudi says:

      Nurul muka dh mcm Nicole Scherzinger, pls jgn malu kan mami2 Penang

      0

      0
    • BIJIK LEGAM says:

      Kalau BIJIK tu dah legam…. pakai contact lense biru, baju terdedah, tukar nama lancau pun tak akan jadi orang perancis…#SEDARDIRI

      0

      0
      • ani says:

        perlu ke nk mencerca org tu? kalau xsuke, xperlu nk kuwar perkataan yg xsepatutnye.. bahasa yg keluar menunjukkan akhlak diri dan peribadi ssorg tu… sekian..

        0

        0
      • Anonymous says:

        Legam x legam,yg pntg bersih n ketat,bkn mcm ko busuk,kotor,lembik longgar kahkahkah

        0

        0
        • NO RULE !! says:

          Sunnguh Ironic…tajuk “Nourul Wahab Dedah Individu Cuba Burukkan Namanya”… rapi rupa rupanya dia sendiri yang tukar ejaan nama diri sendiri hahahaha…
          Siapa nama sebenar dia?? Anak dah bagi nama Zachary….emak nya pun kenalah UP sikit…. Dia ni bangga sungguh dapat kahwin omputeh… dulu masa kahwin dengan si jawa AJAI takde pulak nak tukar nama bagai…dunia oh dunia….

          0

          0
    • MSJ says:

      Sebutan dan makna sama je.

      0

      0
  2. Mat K says:

    pedulitaik la. ingat org nak kisah ke.

    0

    0
  3. kecoh la nurul kokesen wannabe ni…..padahal dia pun jahat jugak…nurul pun pernah kantoikan kawan dia sendiri masa sebelum dia kawin….kawan dia scandal dgn laki orang, dia kantoikan pegi bagi tau bini orang tu, padahal dia pun sama juga scandal affair sana sini dulu.

    0

    0
    • Kemek Suhaiza says:

      salahke ada affair, ko jeles?

      0

      0
    • eni says:

      scandal ape yg die buat dlu? kalau dh kwn die buat bende yg salah, xslh kalo die nk perbetulkan..kite memandang ape yg dinasihatkan bukan pndang pd orgnye.. kalo penagih dadah tegur perkara yg betul pn, kite xleh nk ckp ape yg die ckp tu salah.. hanya disebabkan org tu penagih..

      0

      0
  4. anon says:

    verangan!

    0

    0
  5. nil says:

    xde cter lain ke..? benda sama jelah. si nara ni pun satu,…cter2 cengini dah basilah. block ajerlah org tu..sibuk nk gtau kat public.
    aku pun tak berkenan langsung. ke ko xde dah cter yg nk dikongsi, almaklumlah kau bukannya ada cter panas skng..errgggg…
    next pls..
    ntah2 dia saje je kan

    0

    0
  6. sama says:

    sebutan sama, kenapa nak tukar ejaan pula

    0

    0
  7. #najibdhgilakuase# says:

    ini dh lupa diri nama nya..nara pls la yea…next pls..

    0

    0
  8. Orang Melayu says:

    Aku respect Kak Anita Sarawak. Keja kat America bertahun-tahun, ada rumah kat sana, dapat kerakyataan America dan kawin dengan omg putih tapi tak tukar pun nama dia. Masih mantain dengan Anita Sarawak.

    Kawan aku duduk kat Las Vegas tahu Malaysia Sarawak sebab gemar tengok Kak Anita perform kat Caesar’s Palace. Dia panggil suami dia pun dgn name Islam suami, Mahathir padahal name suami dia Martin Cox. Takda pun dia tukar Anita Cox…..tetap Anita Sarawak.

    Si Nurul or Norul or whatever lah…kenapa nak bangga dgn nama mcm omp putih. Dah belacan terselit kat gigi, bukan keju pun

    0

    0
  9. Anonymous says:

    I like lana nordin. Laki banyak ikut isteri, siap boleh berbahasa melayu. ni nurul terus jadi orang roti perancis. Anak muka tak campuran eh. Muka melayu. Anak ning baizura hemsem!

    0

    0
  10. Anonymous says:

    Aku nak tukar nama jadi city ctea ct citi … boleh? Laki dia, simple malay word pun tak tau. Laki lana siap ajar mak dia berbahasa melayu, makan makanan melayu. Respect! Tapi si deni, tukar terus segalanya …anak muka melayu… anak ning handsome. Anak2 serina muka kacukan.

    0

    0