Jeles kami melihat tangan Memey Suhaiza di atas perut tough Norman Hakim. Dan kejelesan kami semakin tinggi apabila melihat gambar Memey dan Norman berposing manja ala-ala “couple of the year” di depan kamera. Mesra sungguh mereka berdua. Confirm anda jeles bila tengok gambar diorang.
Dan yang paling bagusnya ialah gambar-gambar yang diambil ini masih menjaga batas. Kiranya posing manja mesra ini masih tahap-tahap biasa lagi. Takut ramai orang sakit hati tengok. Bagi kami, kami tak sakit hati. Jeles lagi adalah.
“Saya rasa tak salah bergambar kerana aksi kami itu bukan sengaja dilakukan sebaliknya atas permintaan pihak media. Kami tahu yang sepatutnya kami tidak perlu menunjuk-nunjuk kemesraan itu. Bagaimanapun, kami masih menjaga batasan antara satu sama lain kerana banyak hati yang perlu dijaga.”
Patutlah ramai artis kita pakai baju seksi tak hengat punya time fotografi. Rupa-rupanya diorang rasa tak bersalah sebab media suruh buat macam tue. Hebat sungguh kuasa media nie. Kalau kami jadi media dah lama kami suruh artis Malaysia posing pakai bikini je.
Lagi gambar Norman Hakim dan Memey yang mampu membuatkan ketiak anda geli dengan membaca artikel ini sepenuhnya.