Respek dan kagum kami dengan abang polis trafik ini yang tetap menjalankan tugasnya walaupun berdepan dengan Nora Danish. Kalau kami yang jadi polis trafik, confirm dah cair dan dengan rela hati melepaskan Nora Danish. Tak sanggup rasanya mengeluarkan surat saman kepada si cantik molek Nora Danish. Mungkin sebab itu kami tak dilahirkan untuk menjadi polis trafik.
Dan sesungguhnya Nora Danish memang cool dan maintain comel walaupun kena tahan dengan polis trafik. Ini satu contoh artis yang betul-betul mesra peminat. Siap boleh posing ambil gambar lagi. Kami respek Nora Danish dan abang polis trafik ini. Anda berdua memang sporting.
Harap-harap layanan yang baik dari polis trafik ini tidak terhad hanya kepada selebriti-selebriti sahaja. Janganlah hanya kepada orang terkenal sahaja layanan yang baik diberi. Kami orang biasa ini pun nak jugak dilayan macam Nora Danish. Tak gitu? Hehehe.