Written by AbangNara | June 22nd, 2017

Walaupun sudah berkahwin dan mempunyai kehidupan baru, Nora Danish tetap akan melakukan rutin menziarahi bekas mertuanya pada Hari Raya Aidilfitri. Bab ini memang Abang Nara respek dan hormat dengan Nora Danish. Ini kerana dengan berhari raya bersama bekas mertuanya iaitu Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah,  Nora Danish menjaga hubungan anaknya, Putra Putra Rayqal Ramli dengan datuk serta neneknya. Ini adalah satu usaha yang harus dipuji dan dikekalkan.

nora danish

Menurut isteri kepada Nedim Nazri ini, dia tidak akan sesekali memutuskan hubungan silaturahim yang telah terjalin dengan bekas mertuanya itu. Malah Nora menganggap mereka sebagai ibu bapanya. Kata Nora Danish:-

Menziarahi bekas mertua adalah perkara harus dibuat setiap tahun kerana saya sudah anggap mereka seperti keluarga sendiri. Rayqal pula memang rapat dengan mereka jadi tiada sebab kenapa saya tidak boleh melawat walaupun saya sudah berpisah dengan anak mereka.

Seperti kebiasaan saya akan sambut hari raya secara sederhana tetapi tahun ini ia akan jadi meriah kerana akan meraikan bersama suami. Kami akan berhari raya di rumah keluarga Nedim terlebih dahulu dan keluarga saya sebelum membawa Rayqal berjumpa dengan bapanya.

nora danish nedim

Di kala institusi kekeluargaan rakyat Malaysia semakin hancur kerana penceraian, sikap Nora Danish ini harus dicontohi dan dijadikan teladan buat kita semua. Walaupun sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan, Nora tetap memastikan silaturahim yang telah terjalin tidak putus. Bukan mudah untuk melakukan semua ini jika kita tidak mempunyai hati yang tulus dan mulia. Tahniah Nora Danish. Semoga hubungan ini akan berkekalan sehingga akhir hayat. Sama-sama kita doakan. Sumber Mstar Online.

 

P.S: Ramadhan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Namun nafsu makan kita tetap perlu dikawal dan #janganlebihlebih ketika berbuka puasa. Jangan jadi macam mereka di dalam video di atas. Lauk pauk sampai penuh meja. Last-last banyak yang tak dimakan dan terpaksa dibuang. Ini namanya pembaziran melampau. Ramadhan ini, sama-sama kita berjimat cermat dan beringat ketika berbuka puasa. Terima kasih www.kpdnkk.gov.my atas video peringatan awesome ini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

43 responses to Nora Danish Tetap Ziarah Bekas Mertua Di Aidilfitri Ini

  1. Shhh says:

    kalo melawat takpe, tpi jgnlah sampai jdi batu api ye. nk tanya gak ni wahai pn nora danish, hubungan awak dgn bapa mertua dgn istri bru dia ok tak..kenapa tk cuba nak jernihkan hubungan dgn mereka ye,,dgn laki awak pun tk baik dgn mak tiri, sibuk nk g umah jejai,…kalo g melawat tak da masalah, lepas ni krgkan g sana, kalo ex mertua awk bukan vvip rasanya da tk awak nk g sana.. tanya je ni

    9

    68
  2. Anonymous says:

    watever..kot lah bekas bini nedim buat benda yg sama,…

    6

    1
    • Anonymous says:

      Mak nedim ok je dgn ex nedim. Nora pun ok je. Lagipun x wife nedim dah jadi che puan. Dah kawin n akan ada anak bru dia nak melawat pun xda masalah sbb ada life sendiri dah move on pun. N mestilah nora xkan tergugat. Tp knp fs pula yg rasa tergugat sedangkan nd dah move on. Dia ckp nd jadi batu api. Kalo org tu jd batu api kita tunjuk attitude yg baik2. Layan mertua tu baik2. Bkn api balas api. Bukan hentam n hina mertua kat ig.

      27

      1
      • poyo says:

        ko pun layan mak mentua ko baik-baik. jangan nak sibuk jaga tepi kain nora dgn fasha.

        3

        10
        • Anonymous says:

          Alhamdulillah sy jaga hubungan dgn mertua dan mengingatkan juga hbgn anaknya dgn bapanya..mak mertua xda dah. Al-Fatihah. Tp arwah org yg baik2. Terima kasih kerana mengingatkan.
          P/s sy x sibuk pasal duaorg ni tp knp hentam nd ni mcm tau je isi hati dia. Positif je ye. N just nak nasihatkan kalo org layan kita x elok kita layan org elok. Jgn berbalas2 x pergi mana mana pun. Maaf zahir batin

          5

          2
      • minah jambu suka saahara yaakop says:

        orang kalau tk suka kau buat baik macmana pon tetap akan dia kate kite jahat ! tetap di katekn menantu yg tk guna ! kalau dh suka pulak menantu macm makrib pon kate baik sopan pijak semot pon tk mati huh ! padahal padahal padahal…

        3

        2
        • Anonymous says:

          Kalo org tu jahat jgn lah ikut jahat sekali. Kan ada agama ada pegangan. Mintalah doa byk2 kat Allah. Bukan mengadu kat ig. Kalo anda org yg teraniaya mustajab doanya. Tak hari ini esok terbukti semuanya.

          1

          0
  3. ohAku! says:

    makin bengang la fasha baca ni, kang ade pulak drama terbaru dia, laki gila talak la, anak sakit la, nangis ade org tknk dia dtg fashion show laa haih mcm2 cara nak tarik perhatian msyarakat. sunyi le tew

    21

    2
    • wekkkkkkk says:

      mugkin satu hari nanti kalau fasha kawen org kaya2 gak, atau VVIP dlm malaysia ni, baru dia nk bawa jugk anak2 dia dgn jejai tu jumpa bkas mertua…sbb mgkn nak tunjukkan jugak kekayaaan masing2., selagi janda, nnti org kata, nak bawa anak ke, nak minta simpati..

      6

      2
  4. Gadis itu says:

    Respect dengan nora.
    Walaupun jejai tinggalkan dia, tapi hubungan dengan keluarga mertua masih dijaga.
    Tak dek nak meroyan-royan dekat laman sosial.
    Tak dek Nak berdendam
    Tak dek Nak busuk hati
    Tak dek drama air mata

    Bukan macam sorang lagi tu… drama kuattt

    27

    3
  5. anak nogori says:

    eloklah tu ND, mcm saya nak sangat g umah bekas mertua, tp mengenangkan sikap mak mertua yg pernah terlepas ckp kat jiran dia yg cucu dia 3 org je (walhal dan lebih 10 org), masa tu saya tau, anak saya bkn cucu dia. tp minggu lepas bekas bapak mertua call, katanya teringin nak jumpa anak, buat air mata saya keluar, sbb bapak mertua tu cukup baik orgnya, bila gaduh dgn suami, dia bnyk backing. in shaa Allah, kali ni saya pergi atas nama bapak mertua… btw bekas suami dah meninggal…

    26

    0
    • anon says:

      Sesetengah mak mertua mmg mcm tu. Dia hanya mengaku cucu yg keluar dari perut anak2 perempuan dia je. Samalah mcm aku, dibelakang aku pun dia ckp cucu dia hanya yg anak perempuan dia lahirkan je. Dia rase yg keluar dari perut menantu perempuan bkn cucu dia. Dah nak wat camne, dasar mertua jahat.

      20

      0
  6. josh says:

    Tak pernah minat dgn dia ni, tapi nora ni mmg jenis menantu yg baiklah. Sb tu agaknya mertua dia sayang kat dia. Yelah, kalau kita buat baik takkan dia nak benci pulak. Tak mcm sesetengah menantu yg suka cari pasal tak tentu arah. Bila keluarga mertua tak suka, di tuduh mcm2 pulak. Pd hal diri sendiri tu yg tak baik.
    Well done nora…..terserlah sifat terpuji ko.

    28

    2
    • Anonymous says:

      ya. kalau fikir balik ape yang nora lalui, rase perit sgt. da la tengah pregnant, suami ada betina lain, pastu kena cerai. waktu pregnant la kite nk manje2 ngan suami, tp yg die lalui adalah sebaliknye. suami sibuk layan betina lain.ya allah, mcm tu jugak la yg aku penah alami.

      9

      1
      • nelly says:

        sama la macam aku alami, ngandung 3 bln kene talak sebab tergila-gilakan perempuan lain. pastu la ni sibuk tuntut hak anak.apa punya perangai la

        0

        0
  7. ampang girl says:

    dari zaman nora sekolah lagi mak jejai suka kat nora. mmg nak jadikan nora sbg menantu dia. cita2 mak jejai dah tercapai jadikan nora menantu tapi apakan daya si jejai mmg tergila kat fasha…nora mengandung pun dia kejar si fasha.so dlm hubungan diaorg ni kesian kat nora sbb cinta x berbalas hanya si mak jejai je yg suka kat nora.tu lah nora jadi menantu kesygan smp skrg.

    21

    0
    • Anonymous says:

      kalau jewjai syg fasah, xde mngandungnya nora denis tuuu

      aahh ahhh dap dapp angat u niiii creeetttt..
      pastu kawin pasah hahahaha

      talk is cheap

      1

      1
  8. alorsetaq says:

    makin benci aku tgk muka minah ni. plastik sgt!! By the way, nora and nedim mmg piang dilanggar lori. dua dua sila ke laut.

    1

    35
  9. Anonymous says:

    Nilah yg bgsnya nora ni. Ada org mgkn kata sbb dia dpt duit apa ke benda sbb tu baik, ada plak kata dia bkn ibu mithali sbb sgup bg anak tgal rmh bapa n ex mil. Tapi bg aku sikap toleransi dlm diri dia sgt kuat. Mgkin dia agak poyo n suka showoff tp sikap dia yg ni bagus djadikan contoh.

    24

    0
  10. Anonymous says:

    Nora ni perfect example of a daughter in law. Maybe dia x pandai masak or kemas rumah but she makes it up by jaga hati family friends and people around her. Patut lah ex family in law n current in laws sayang sangat dia.

    29

    0
    • Anonymous says:

      Dia suka mengemas tapi x suka memasak. Ok la tu at least laki dia volunteer sendiri nak masak boleh ringankan beban isteri buat kerja rumah. Tp org malaysia pelik mcm tu bg mereka masak tu kerja perempuan. Apala. Pening. Yg pelik pempuan skali x suka tgk nora x masak. Entah2 byk pempuan yg x masak cuma x expose sbbnya yg kaya ada tukang masak (segelintir yg kaya tu pakai cook) ayat masak itu suami pengikat hbgn n laki x cari lain tipu lah. Kalau dia nak cari lain masak macam mana pun dia cari juga.

      32

      0
  11. Cupcake says:

    pape jer lah. Dulu aq suka ND ni tp entahla sejak akhir2 ni nyampah plak.

    1

    16
  12. Anonymous says:

    apa kena mengena nora danish dengan isteri baru ayah mentua dia? bukannnya bini minister mabuk kuasa tu melahirkan suami dia ned tuu.. tak ada kena mengena punnnn

    6

    1
  13. Milah says:

    Respect ngan nora bab hbungan ngan bekas mertua…yg kata pasal nora ngan mak tiri nedim tu jgn jd bodohla…klu dah anak dia sndri x terima mak tiri gtu pehal ko nak mintak menantu pulak yg mlebih baik? Perempuan muda yg rampas bapak dr mak dia ko nak menantu pulak lebih2 layan…dan hormat…x ke pelik????? Pkirla logik…tp dgn mak mertua dia, mak nedim yg btol sgt2 baik..slalu nmpk komen dyorg kat ig…org yg menjaga silaturahim ni akan kita nmpk ad aje insan2 trsayang disisi…tp org yg cuba mencari alasan dlm mengeratkan silaturahim kita akan nmpk hanya bberapa org saje diskeliling mungkin keluarga sndri .pikirkanla..

    12

    1
  14. Anonymous says:

    Pda aku nk beri keizinan anak bermalam drmah ex or mil lah peekara yg plg susah. Ada org kata tak sgup pisah anak tak redha anak g brmlm rmh ex, itu adalah sikap ibu mithali. Tp bg aku kesanggupan n kerelaan n keredhaan hati nora suruh anak brmlm rmh ex yg mana ex dh berbini masa tu n mil tanpa bising2 itu adalah sikap ibu mithali yg sbnr. Sebab walau sekuat mana dia syg anak, tp dia tetap kasi anak brmlm drmh ex n isteri baru msa tu.

    3

    1
  15. Kaka says:

    Mesti la nora sygkn mertua..dulu mase becuti ngan nedim merata tmpt saper yg jage anak2 dia? Mertua n fasha yg jage..nora dok sangap nedim smpai ngekor merata… anak of course la dia x kesah tinggal di rumah mertua..dia kan kaki party n enjoy..mane der anak sgt

    1

    2
  16. No name says:

    aku ok ja setiap tahun beraya rumah bekas mertua.. siap bawak husband baru lagi.. lagipun hubungan tu takan putus, lain la kalo ader konflik tu lain la cerita.. yg penting niat kiter nak beraya dgn org yg penah jadi family kita.. kalo mesra pun bini yg baru tu tak yah lah nk jaki atau sakit ati sgt..dtg beraya ja pun bukan nk ambilk balik laki ko atau nk hasut mak bapak dia… walaupun bekas laki aku wat bodoh ja waktu aku datang..mak pak & adik beradik yg lain tetap layan aku macam anak sendiri.

    0

    0

Leave a Comment

Optional