Written by Bella | November 23rd, 2016

Baru-baru ini, rekaan tudung berzip Nora Danish menjadi viral dan menjadi bahan kritikan netizen yang menyifatkan ia kelihatan agak pelik.

Walaubagaimanapun, gara-gara ia menjadi viral Nora memberitahu tudung  tersebut yang dikenali sebagai Owl Princess Jasmine Ezip Instant Shawl  menerima permintaan tinggi dan ramai sudah mahu menjadi ejen meskipun ia masih belum dilancarkan.

Menurut Nora koleksi tudung terbaru beliau itu akan memasuki pasaran dalam masa terdekat dengan harga RM69.

Alhamdulillah, Nora baru sahaja selesai sesi fotografi untuk tudung ini dan sejak viral beberapa hari lalu memang ramai yang sudah bertanya dan berminat untuk jadi ejen dan stokis Owlbynd. Insya-Allah koleksi unik ini akan dikeluarkan paling awal ialah pada penghujung bulan ini.

Pada masa yang sama, Nora sempat menjelaskan kegunaan tudung berkenaan secara terperinci, Nora berkata, ia dihasilkan untuk pengguna yang sukakan kelainan.

Idea tudung ini timbul bagi menggantikan zip dengan jahitan tepi bagi mendapatkan kesan alunan atau berombak apabila digayakan.

Ia boleh digunakan dengan dua cara, cuma cara kedua yang menjadi viral kerana saya berseloroh dengan mengzipkan muka secara penuh. Bagaimanapun, seperti shawl lain ia bergantung kepada kreativiti pengguna.

Kuasa viral kini memang boleh mengubah banyak benda termasuklah kehidupan orang. Itulah, ramai yang mengkritik rekaan tudung berzip Nora Danish tetapi nampaknya rezeki beliau tiada siapa yang jangka bukan?

Sumber Berita : mStar Online

32 responses to Nora Danish Syukur Ramai Mahu Jadi Ejen Selepas Tudung Berzip Viral

  1. Anonymous says:

    RM 69 henggett?? 6 henggett pun xnk Aku beli.. baik beli shawl biasa.. xde zip pun at least tutup dada.. ni dada x tutup muka pulak sibuk nk di zip2 kn hahaaaaa..

    55

    0
    • xxx says:

      ko xkan xtau nok..jual 69 hengget tu le yg buat dia boleh jenjalan obersea with the family…untung banyak maaa padahal modal tah brapa

      0

      1
      • Muhaya says:

        Pakai la tudung sebelum bertudung. Nk untung atau nk cari keberkatan? Jom dengar ceramah saya dlm Facebook!

        3

        0
  2. whateverlah says:

    Looks weird… but creative… Nice design… :)

    2

    13
  3. anyone says:

    Owner sendiri pon tak pakai tudung..
    hmmm..btw tudung zip tu mmg tudung yg paling mengarut yang aku pernah jumpa..baik pakai tudung saji je la kak oiii

    30

    0
  4. Anonymous says:

    Ye lah tuu ..ntah2 propa je ramai nk jd agent..hohohoo

    10

    0
  5. Ketam says:

    Sape yg nk jd agent tuuhh??.. Bodo.. Sekian..

    12

    0
  6. Nona says:

    ak ni slh sorg yg xprnh beli brg yg mne2 retis jual..sbbnyer ak tgk harge dorg lg mhl dr org yg bukn retis jual..corak design lebih kurg jer..kite ni kna la jd pguna yg bijak..korg beli yg mhl untongkn retis je dorg kaya sndri tp bile gomen kna kn cukai yg tinggi korg gk yg bising..rmi org skrg ‘bia papa kedana asl bgaya’..coiii

    31

    0
    • nice says:

      Taw xpe, padahal sejibik sejibon barang2 tu org bkn retis pun jual, pasal masing2 ambik dr kilang yg sama,hahaha konon2 retis jual lg branded la..

      15

      0
  7. anak nogori says:

    ala, mestilah Nora ckp ramai nak jadi ejen kan, nmpk lah tudung berzip tu diterima org lain kan… takkan nak habaq tudung tu tak laku kot… btw, semlm haku beli shawl 8 inggit je. lg syiok…

    15

    0
  8. Anonymous says:

    Spender berzip takde ke nora? Aww, kalau ada,mak dulu beli tau nyah.

    6

    0
  9. bukan peminat nora says:

    pada aku tudung ni ok..masa dlm perjalanan ke boleh guna terus ttp atau ape2 yg lain la…xd la sokong sgt tapi tudung dia lain dari yg lain jugak drpd lofa…keknis…yana semua tu sama jer…

    2

    8
    • miiiimmmmiii says:

      somehow ak pun agak stuju dgn ape ko ckp sbb ak tepikir kdgn2 naik kete or naik flight kite tetido.. mulut tenganga kalau penat sgt.. at least boleh cover jugak kan… pendapat je tw..

      2

      4
      • noon says:

        maknanye yg beli ni muka hodoh2 belaka lah especially tgh tidur…air liur meleleh …..kira tak boleh buat binilah sape yg duk pakai tudung zipper ni kan?

        2

        1
  10. Anonymous says:

    mulut dia nak selalu habaq bukan bukan tu patut zipppp jeee…

    0

    0
  11. dina says:

    nak lagi creative…..lepas zip tu letak padlock….lol

    20

    0
  12. Anonymous says:

    ok what.. boley jual padang orang2 potong rumpot @ jual pada utk, unit tindakan khas pdrm.. hah

    4

    0
  13. kentang jenner says:

    69 aku boleh beli wide shawl bubble 5,6 pasang bermacam corak dan warna, tutup aurat dan senang lilit, dlm flight blh je tdo, pakai penutup mata yang harga rm1 kat DIY, tak pun angkat ckit shawl bhgn tepi tutup muka…

    18

    0
  14. KIKI says:

    jual jelah kat bff ko tu si betty,. at least boleh cover gigi dia tu..

    9

    1
  15. nono says:

    apa apa jela acik Nora….

    0

    0
  16. Makcik bedah says:

    x sesak nafas ke nanti tu nora

    1

    0
  17. pemakai tudung says:

    agent di mana2 pun ada, sbb ko artist, mereka agent, YG PENTING MEREKA NAK UNTUNG walaupun tudung zip kau ni agak merepek dimata aku..harga sampai 69 dgn rupa mcm tu aje? org jual tudung / shawl biasa even harga RM10 pun lagi byk org beli aku rasa..

    4

    0
  18. tudung ZIP tak sesuai says:

    sapa2 yg suka tidur sebentar di meja tak sesuai pakai tudung ni, nanti bergaris pipi kena zip..sakit..kalau terjatuh dan pipi/bhagian muka terkena pada sesuatu yg keras, mahu koyak kulit pipi kena zip..ada seseparuh org yg allergic to besi (contoh mcm brooch tu, ada org tak tahan, gatal2 dibuatnya..yg ni satu muka ada zip, mahu merah2 gatal kat sekekling muka/kepala..kalau zip dalam keadaan tak perasan/anak main2 zip ke, mahu terzip kulit muka/hidung/etc..ishhhh..tudung zip ni merbahaya..selain korang akan ada nandek mcm org hindu atas dahi tu, sbb pakai zip kan…sekian.

    14

    0
  19. Anonymous says:

    bahagian atas yg berzip tu letak mata hitam ala ala spiderman,lepas tu buat corak labah labah,bila tido,zip ke atas,terus jadi super hero spiderman,barulah best, orait tak idea aku,Kelemahan dia,jika tudung berzip,karang tidur,kena dlm bas ke,flight ke,lrt ke, datang bangla raba,baru kelam kabut nak buka zip.satu lagi,selain di ambil kesempatan, tak lemas ke zip muka cam tu,baik sertakan tudung dgn tangki oksigen sekali.

    9

    0
  20. kak mah says:

    tido ttp muke ni bhya…tkut2 nti lemas x bernafas…aku tido ttp muke dgn bantal pn dh sesak apatah lg tutup muke pkai tudung berzip ni mau mati lemas…

    1

    0
  21. T _ T says:

    Lawak la tudung engkau … Paling lawak baca tweet2 orang kat twitter pasal tudung engkau .. Tingginya selera gaya bertudung engkau nie !!

    1.Jumpa Ex maka tutup/zip dgn tudung itu .
    2.Jumpa bakal mak mertua jadi/tak jadi maka zip dgn tudung itu

    Hahaha ..

    0

    0
  22. loyalmalaysian says:

    lepas ni byk la yg jalan masuk longkang!!! get what I mean?

    1

    0
  23. Anonymous says:

    tudung untuk tidur???
    sure vivy from fashionvalet takkan accept design bodoh ni.

    0

    1
    • Sam says:

      Aku rs possible je vivy amik.. dia akan amik peluang kalau tudung tu laku…(which is weird sbb design and purpose tudung ni horrendous yg amat). Mcm kelako pulak peminat peminat ni, smangat giler beli tudung yg ada brand retis padahal si retis tu sendiri dok syiok berjimba kat club hahahahaha.

      2

      0
  24. Anonymous says:

    Dari kau lahir smpai skrg, survived je pkai tdung tnpa zip. Biasalah tido, terlopong mulut, kdg air liur terkeluar. Mne ade org tido, cover2 cun. Kau tido tutup muka ngan zip. Bila bukak, lagi busuk. Dgn bau nafas kau, bau air liur lagi. Lepas ni ntah2 keluar tdung ada kipas pulak. Nak buang bau busuk kepam tuu. Macam2 hal

    0

    0