Nora Danish Mahukan Majlis Perkahwinan Yang Sederhana

Hiburan

Nora Danish Mahukan Majlis Perkahwinan Yang Sederhana

Berita Nora Danish yang mengakui bakal berkahwin dengan Nedim Nazri pada tahun ini menjadi topik panas yang dibualkan ramai. Iyalah, lepas bertahun bercinta serta sentiasa berdua, akhirnya mereka akan bersatu sebagai suami isteri.

Advertisement

Pasti ada yang terfikir, mesti perkahwinan Nora dan Nedim akan berlangsung dengan gah bukan? Lebih-lebih lagi Nedim adalah anak kepada seorang menteri.

Namun, Nora dalam kenyataan terbaru beliau berkata, beliau mahu majlis raja sehari beliau kali ini berlangsung secara sederhana sahaja.

Memang nampak seperti akan berkahwin tahun ini, tetapi saya belum ada perancangan sebenarnya. Bukan apa, kalau mahu buat majlis pun tidak akan buat secara besar-besaran.

Jadi, majlis begini tidak akan mengambil masa untuk dirancang. Jangan risau, sudah saya aturkan dengan baik. Jika ada rezeki ke arah itu saya akan kongsikan dengan semua nanti.

Lapan tahun bergelar ibu tunggal, Nora tidak menafikan bahawa beliau agak selesa hidup sendirian. Walaubagaimanapun, beliau sedar seorang wanita memerlukan teman disisi.

Tambah Nora, biarlah kali ini beliau berkahwin kerana Allah SWT dan bukan demi cinta semata-mata.

Cinta memang cinta, tetapi paling penting dalam perkahwinan adalah untuk menghalalkan sebuah hubungan. Itu yang saya cari. Nedim juga memang seorang lelaki yang baik. Saya tidak nafikan pandangan orang lain terhadap dia, namun dia sebenarnya mempunyai ciri-ciri yang dicari.

Semoga segala perancangan perkahwinan Nora Danish berjalan dengan lancar. Kami tahu ada juga yang bosan dengan cerita Nora hendak berkahwin tetapi doakan sahaja kebahagiaan beliau dan Nedim.

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...