Wow. Terkejut Abang Nara membaca kata-kata Zaquan Adha yang diluahkan menerusi Twitter hari ini. Mana tidaknya, nampak seperti karier lakonan isterinya, Ayu Raudhah akan tamat kerana Zaquan tidak sanggup melihat isterinya diperlakukan sekali lagi seperti dalam filem Lagenda Budak Setan 3. Adakah dengan kata-kata ‘No more shooting’ atau dalam bahasa Melayunya, ‘tiada lagi penggambaran’Â membawa makna karier Ayu Raudhah sebagai seorang pelakon telah berakhir? Hmmmm.
Menariknya salah seorang pelakon filem Lagenda Budak Setan 3 iaitu Iqram Dinzly telah membalas kata-kata yang dikeluarkan oleh Zaquan Adha ini. Iyerlah mungkin Zaquan ingat kalau berlakon kena tendang maknanya memang kena tendang betul-betul. Dah nama pun lakonan, takkanlah si Ayu Raudhah nak kena tendang macam kena ‘tackle’ kat padang bola kan? Semua ini hanya lakonan semata-mata. Tak gitu?
Namun Abang Nara faham kalau Zaquan Adha tidak sanggup melihat isterinya diperlakukan seperti di dalam filem Lagenda Budak Setan 3. Iyerlah Zaquan kan pemain bola jadi tak faham selok belok dunia lakonan. Namun ini juga membawa makna lakonan isterinya dan pelakon-pelakon lain menjadi. Orang kata nampak ‘real’ sampai suami sendiri tak sanggup tengok. Tak gitu?
Diharap kata-kata yang diluahkan oleh Zaquan itu hanyalah ‘heat of the moment’. Rugi benar rasanya jika Ayu Raudhah disuruh berhenti berlakon. Ayu antara pelakon yang berbakat besar. Namun keputusan terletak di tangan Zaquan. Sila bawa berbincang. Mungkin boleh baca skrip dulu sebelum memberi kebenaran isteri anda menerima sebarang tawaran lakonan. Tak gitu?