Nisdawati Dakwa Dimarah Dan Dimaki Oleh Sharnaaz Ahmad

Hiburan

Nisdawati Dakwa Dimarah Dan Dimaki Oleh Sharnaaz Ahmad

Nampak gayanya nama Sharnaaz Ahmad memang tidak pernah lekang daripada kontroversi. Baru sahaja “diam” selama 2,3 bulan, hari ini nama Sharnaaz Ahmad kembali menjadi panas. Mana tidaknya, Nisdawati mendakwa pelakon lelaki itu telah memaki dan memarahi dirinya di lokasi penggambaran drama Bukan Aku Tak Cinta.

sharnaaz ahmad

Advertisement

Kejadian yang berlaku pada 19 Februari dan 21 Februari lalu di Kuang, Sungai Buloh menyaksikan Sharnaaz memarahi dan cuba menyerang Nisdawati. Cerita Nisdawati menerusi Harian Metro hari ini:-

Sharnaaz tiba-tiba memarahi saya tanpa sebab dan tidak juga menyatakan kenapa dia berbuat demikian. Ketika itu saya hanya mendiamkan diri bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk. Selepas tamat penggambaran, saya memaklumkan kepada suami.

Suami menenangkan saya sebelum menasihatkan supaya bersabar dan hanya mendiamkan diri. Namun pada 21 Februari lalu, keadaan bertambah buruk apabila Sharnaaz sekali lagi mahu menyerang saya di lokasi penggambaran di Sungai Buloh. Saya bernasib baik kerana dia dihalang kru.

nisdawati

Suami Nisdawati, Fauzi Nawawi turut sama berkongsi SMS berbaur ugutan yang diterimanya daripada Sharnaaz. SMS tersebut dihantar oleh Sharnaaz selepas Fauzi Nawawi meminta penerangan kenapa isterinya ditengking. SMS tersebut tertulis seperti di bawah:-

Sekarang lu cerita apa pun wa mau beli. Big bos sudah roger gua. Wa tak boleh kasi malu wa punya bos. Harp lu faham. Ini kali kita kasi habis.

poji

Laporan polis telah pun dilakukan oleh Fauzi Nawawi dan Nisdawati mengenai tindakan Sharnaaz Ahmad ini. Sama-samalah kita nantikan hasil siasatan. Sukar juga untuk mengetahui kebenaran cerita ini. Pastinya ada saksi yang terdiri daripada kru penggambaran drama ini yang boleh tampil untuk membantu siasatan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...