Written by Bella | August 4th, 2015

Aktres Nelydia Senrose telah meluahkan hasrat beliau untuk melanjutkan pelajaran  dalam bidang International Business di luar negara kerana ingin mendalami ilmu serta pengalaman bagi mengembangkan lagi perniagaan produk kecantikan, Secret Of Senrose milik beliau bersama kakaknya Uqasha Senrose.

Mempunyai niat untuk melanjutkan pelajaran di United Kingdom, Nelydia bagaimanapun terpaksa memilih untuk belajar di Australia kerana perbelajaan di United Kingdom lebih tinggi.

Buat Nelydia, beliau mahu menyambung pelajaran di luar negara adalah kerana ingin lebih fokus dalam pelajaran kerana yakin akan bersaing dengan pelajar bijak lain daripada seluruh dunia.

Saya merancang nak sambung belajar di luar negara hujung tahun hadapan. Mulanya saya mahu melanjutkan pelajaran di United Kingdom. Tapi memandangkan perbelanjaan di sana lebih tinggi, mungkin saya akan memilih Australia sebagai pilihan kedua.

Saya rasa perniagaan sedikit sebanyak dapat membantu menampung kehidupan kita di masa hadapan. Bila berniaga, banyak perkara yang kita boleh pelajari. Lagipun, saya masih muda dan saya mahu mencuba pelbagai bidang.

Dalam perkembangan lain, Nelydia kini sibuk dengan penggambaran drama ‘Lara Hati’ untuk terbitan TV9. Selain itu, dia mungkin muncul dalam dua buah filem. Bagaimanapun, Nelydia enggan berkongsi mengenai perkara itu kerana masih dalam perbincangan.

Kami rasa ia adalah satu langkah yang bijak untuk Nelydia Senrose menuntut ilmu dan mengembangkan lagi perniagaan beliau. Dunia berlakon ini ada pasang surutnya jadi lebih baik sediakan sesuatu yang lebih menjamin masa depan anda.

Sumber Berita: Tonton Extra

18 responses to Nelydia Senrose Mahu Sambung Pengajian Di Australia

  1. yana says:

    cantik nely

    0

    0
  2. OhAku! says:

    nak tuntut ilmu pun jauh2. tkpelah smoga berjaya ok dik.. lpstu jgn lupa tuntut ilmu akhirat jugak ye, tu lg penting.. smoga allah berkati dan smoga trus berjaya..

    0

    0
  3. Anonymous says:

    do we care>?

    0

    0
    • polarisation polarization says:

      by replying to this post, IT SHOWS THAT U CARE..

      people who dont care wont even fancy to read abt it..

      but u not only read, but u replied..so what does that show? pathetic.

      0

      0
  4. lantakkoranglah says:

    Aussie lagi murah? Wow! I don’t think so… Kalau tuition fees tu, maybe lah. Tapi, living cost, UK lagi murah kot. Aussie matawang memang murah sikit dari UK, tapi, harga barang semua mahal2. Kalau kat UK, £1 tu, macam2 boleh beli. Kat Aussie, hmmm…

    0

    0
  5. bola tenis says:

    kalau betul, bagus lerrr…
    aku syak lain aje..hahahaha..sbb dah ramai sgt artist kantoi aje bawak diri gi overseas, alasan : sambung belajar..hahahahahahahaha

    0

    0
  6. Anonymous says:

    bagoslah, umo masih mude, cantek, berbakat, sambung pengajian, berpikir ke masa hadapan, jangan asyek becinta saja, my favorit artis in malaysia

    0

    0
  7. Weng Weng says:

    sokongg!!..bagus tu nelly. umur baru 21 .banyak hal boleh dibuat..kalau kawen nanti bercerai..jd janda baru nak ubah hidup..

    0

    0
  8. Yy says:

    Ingat tak.
    Ummi nazeera dulu g sambung study aussie jgk. Balik balik pakai tudung. Join usrah kat sane. Mudah mudahan nelly pun same. Insyaallah. Kita doa.

    0

    0
  9. fattymaah says:

    alhamdulillah…hakak sokong nelly sambung belajar…nelly masih muda lagi…gunakan peluang yang ada sebaik2nya…inshaallah…nelly akan berjaya dan menjadi ahli perniagaan yang berjaya suatu masa nanti.

    0

    0
  10. pendekar mustar says:

    baka baik ni…klu dia nak kat aku konfirm aku tak tolak.mak aku pon mesti stuju

    0

    0
  11. zaza says:

    bguslah blaja. tuntut ilmu. jgn pulak tipu peminat mcm sorang artis tu. katanya pg smbung blaja kt aussie tp sebenrnya…. tuttttt.

    0

    0
  12. Kanji says:

    Kalau rasa perbelanjaan tinggi di luar negara, sambung je la dalam Malaysia. Habis cerita.

    0

    0
  13. Oh may says:

    Nely ni pandai jgk orgnya..dulu spm dpt 6A lps2 smbg kolej segi dlm bdg physiology..bgus laa,yg baik2 kita jadikan cth..berlakon pom terbaik..

    0

    0
  14. atan says:

    ok la nk belajar drpd xnk belajar macam2 alasan macam tutttt….ermmm belajar xpenting katanya….belajar pon xhabis f5

    0

    0