Neelofa Sudah Halalkan Hutang RM5,000 Shah Jaszle

Hiburan

Neelofa Sudah Halalkan Hutang RM5,000 Shah Jaszle

Satu demi satu kontroversi melanda pelakon Shah Jaszle. Kesian pun ada jugak. Masih panas dengan kes khalwatnya, terbaru Shah Jaszle dikatakan berhutang sebanyak RM5,000 dengan Neelofa. Nasib baik Neelofa sudah pun menghalalkan hutang tersebut.

neelofa

Advertisement

RM5,000 bagi Abang Nara satu angka yang amat besar. Untunglah Shah Jaszle kerana Neelofa sudah menghalalkan hutang tersebut. Kata Neelofa kepada Harian Metro:-

Memang perkara itu (meminjam duit) pernah berlaku. Kelakar juga apabila kisah ini terbongkar sedangkan ia sudah lama berlalu. Saya lama tidak berhubung dengannya dan nombor telefonnya juga tiada dalam simpanan saya. Kali terakhir saya berjumpa Shahz ketika dia hadir ke studio Meletop untuk mempromosikan drama lakonannya. Itupun kami hanya bertanya khabar. dan saya langsung tidak ingat soal duit yang pernah dipinjamnya itu. Justeru, saya menegaskan gosip itu tidak benar dan hanya andaian pihak tertentu saja.

shah jaszle

Abang Nara paling terharu apabila Neelofa berkata yang dia enggan menambah kekusutan Shah Jaszle dan mahu membiarkan perkara hutang ini berlalu begitu sahaja. Respek!!! Kata Neelofa lagi:-

Jika benar seperti dakwaan gosip itu kononnya Shahz mengatakan saya masih mencari dia untuk menagih cinta, terpulanglah, kerana saya sudah menjelaskan awal tadi yang saya tidak pernah berhubung dengannya. Saya tidak mahu menambah lagi kekusutan yang dialaminya sekarang dan biarlah kisah ini berlalu begitu saja

Semoga rezeki Neelofa makin bertambah selepas ini. Kepada Shah Jaszle, kalau ada duit nanti, bayarlah balik hutang anda itu. RM5,000 bukan sedikit. Walaupun Neelofa dah halalkan, kalau dah pandai pinjam, jangan buat-buat lupa nak bayar pulak. Hehehe.
glutaP.S: Gluta Cell kaya dengan Vitamin C dan E semulajadi serta anti oksida dapat memantapkan tekstur dan keanjalan kulit serta mencerahkan kulit. Bertindak juga sebagai minuman kesihatan. HALAL dan mempunyai kelulusan KKM. Sesuai untuk LELAKI dan WANITA. Layari www.azaleadenature.com, LIKE Facebook Azaleadenature, email ke [email protected] atau telefon terus ke 03-5548 4520 untuk info lanjut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...