Neelofa – Sekiranya Rekaan Tudung Itu Sudah Dipatenkan, Sila Kemukakan Bukti

Neelofa – Sekiranya Rekaan Tudung Itu Sudah Dipatenkan, Sila Kemukakan Bukti

Pelakon dan pengacara Neelofa Mohd Noor telah membabitkan diri dalam perniagaan hijab yang mendapat sambutan hangat iaitu Naelofar Hijab. Tudung keluaran Neelofa kebanyakannya berbentuk Shawl segera. Ciri-ciri kesegeraan dan kecantikan tudung tersebut telah berjaya menambat hati ribuan wanita untuk menjadi pelanggan setianya.

Bagaimanapun, minggu lepas, di media sosial viral dengan kisah pemilik rangkaian tudung SugarScarf mendakwa Naelofar Hijab telah meniru rekaan tudungnya yang dakwanya sudah ‘dipatenkan’.
 photo 11899485_1639907419555235_379324688_n.jpg
Kepada mStar Online, Neelofa telah memberi kenyataan mengenai tuduhan tersebut. Neelofa mempersoalkan sikap pemilik syarikat tudung itu yang dianggapnya tidak profesional:

Advertisement

Sebagai salah seorang pengarah serta pengasas NaelofarHijab, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menjelaskan isu ini.

Jika benar pihak berkenaan ikhlas ingin mencari penyelesaian, bukanlah dengan memperbesarkan atau menyuarakan ketidakpuasan hati di media sosial kerana ia tidak mendatangkan sebarang manfaat.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Satu penghormatan buat Irama Budaya kita. Diiringi 60 org pemuzik Orkestra Kuala Lumpur, di pentaskan di salah satu…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Saturday, 12 September 2015

neelofaBagi Neelofa, sekiranya pemilik SugarScarf yakin dia meniru rekaan tudung tersebut, beliau sepatutya menggunakan khidmat peguam untuk menjelaskan isu tersebut.

Jika pihak itu merasakan yang mereka mempunyai bukti yang kukuh, adalah digalakkan supaya hal ini dapat dikendalikan secara lebih profesional dan bertindak melalui saluran yang betul dengan meminta peguam mereka menulis secara rasmi atau berhubung terus dengan ‘team’ perundangan syarikat kami.

Saya telah menyatakan dengan baik, kepada individu tersebut (pengasas Sugar Scarf) apabila beliau menghubungi saya secara peribadi agar terus berhubung dengan peguam syarikat agar perkara ini dapat dileraikan dengan rasional dan lancar.

Malangnya, cadangan saya itu tidak diendahkan. Pihak itu memilih untuk terus mengeruhkan keadaan di media sosial.

Neelofa juga mencadangkan sekiranya benar rekaan tudung tersebut telah dipatenkan oleh syarikat wanita itu, bukti harus dikemukakan.

Sekiranya produk yang dinyatakan sudah dipatenkan oleh pihak tertentu, sila kemukakan bukti. Setahu kami produk ini belum berpaten atau menjadi hak milik mana-mana syarikat.

Kami telah membuat penelitian dalam laman sesawang Intellectual Property Corporation of Malaysia (MyIPO). Sebenarnya, istilah yang tepat untuk melindungi rekaan seperti corak tudung ialah industrial design (ID). Paten hanya digunakan untuk melindungi produk yang berunsur teknologi dan mampu menyelesaikan masalah, contohnya mesin dan juga perisian telefon bimbit. Hakcipta pula melindungi karya seni seperti lagu, filem, lukisan atau barangan berbentuk artistik.

SugarScarf telah memuat naik dua dokumen di Instagram mendakwa memiliki hakcipta dan ID bagi rekaan tudung tersebut. Namun ia dipercayai bukan sijil perakuan dari MyIPO. Salah satu dokumen tersebut ialah lampiran untuk permohonan ID yang dihantar kepada MyIPO manakala satu lagi dokumen ialah surat pemberitahuan rekod notis hakcipta yang merupakan satu langkah awal permohonan hakcipta. Kedua-dua dokumen itu telah dipadamkan dari Instagram mereka.
sugarscarfTinjauan kami juga mendapati hari ini akaun Instagram pemilik SugarScarf dan akaun rasmi SugarScarf juga telah ditukar kepada ‘private’. Dari tinjauan kami sebelum ini juga, rekaan tudung tersebut didakwa diinspirasikan dari rekaan tudung lama Hana Tajima iaitu Maysaa dan beberapa jenama lain di Malaysia turut mengeluarkan rekaan yang sama. Salah satunya dimodelkan oleh Raisyyah Rania Yeap.

Pihak SugarScarf dinasihatkan agar mengemukakan sijil perakuan ID mahupun hakcipta dari MyIPO untuk membuktikan dakwaan mereka. Apa pendapat anda?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...