Written by AbangNara | September 6th, 2016

Kepopularitian tudung Naelofar ciptaan Neelofa tidak perlu diperkatakan lagi. Memang semua wanita gilakan rekaan tudung yang sangat simple, cantik dan memikat ini. Di Malaysia ini kalau tak pernah pakai tudung Naelofar, memang tak ikut trend lah maksudnya. Baru-baru ini, Neelofa telah bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) untuk mengembangkan lagi penjualan tudung Naelofar ke luar negara melalui eksport. Kerjasama ini telah termeterai menerusi program CelebExport.
neelofa celebexport

CelebExport ini adalah satu kempen pengukuhan penjenamaan eksport di kalangan artis tempatan. Bukan senang untuk orang Malaysia menembusi pasaran antarabangsa walaupun mempunyai produk yang sangat bagus. Untuk makluman, tudung Naelofar kini sudah pun dieksport ke 37 negara antaranya Singapura, Brunei, Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Saudi Arabia, Perancis, Norway dan Emiriah Arab Bersatu. Kata Neelofa tentang kerjasama ini:-

Melalui bantuan MATRADE, kami mulai faham perkara-perkara seperti akses ke pasaran, maklumat risikan pasaran, peluang kerjasama global serta kepentingan mewujudkan model perniagaan yang ideal dalam mengembangkan operasi perniagaan,” kata Neelofa yang juga Pengarah Naelofar Hijab.

Saya amat menggalakkan artis tempatan yang lain untuk turut mempelajari eksport dan segera mengambil peluang eksport yang ada buat mereka di luar sana. MATRADE boleh membantu membimbing mereka dalam menjadi pengeksport yang berjaya.

neelofa celebexport

Jadi jika anda seorang selebriti dan mempunyai perniagaan serta mahu mengembangkannya ke pasaran luar negara, apa yang harus anda lakukan? Senang sahaja. Anda cuma perlu hadir ke Pusat Integrasi Eksport atau Pusat Khidmat Pelanggan MATRADE yang terletak di Aras 2, Menara MATRADE di Kuala Lumpur. Pusat Integrasi Eksport ini dibuka setiap Rabu dan Khamis manakala Pusat Khidmat Pelanggan dibuka setiap hari dari jam 8.30 pagi sehingga 5.30 petang. Nanti di sana akan ada pegawai bertugas yang akan membantu anda dari A sehinggalah Z.

neelofa celebexport

Diharap akan lebih ramai artis yang menyertai kempen CelebExport ini. Abang Nara tahu memang ramai artis berniaga di Malaysia. Kalau dah kukuh di sini, apa kata cuba pasaran luar negara kan? Untung-untung produk anda meletup, bolehlah tambah rezeki yang sedia ada. Untuk maklumat lanjut layari www.matrade.gov.my.

TAGS:
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

51 responses to Neelofa & MATRADE Bekerjasama Untuk Eksport Tudung Naelofar Ke Luar Negara

  1. Anonymous says:

    Memang semua wanita gilakan rekaan tudung yang sangat simple, cantik dan memikat ini.

    Correction : saya wanita/perempuan tapi tak teringin langsung nak pakai tudung neelofa ni. So nara tak payah nak wakilkan semua perempuan sebagai peminat tudung dia ya.

    0

    0
    • chronicz says:

      neelofa ada bg tudung free tak utk wife nara? hehe

      0

      0
    • Fidot says:

      Suka tgk warna tudung dia… Takyah la nk ayat dengki sgt (word “tak teringin langung). Dia meniaga tudung ok la tu, bukan bisnes MLM. Ce kalo org bagi free kt ko, kerat jari aku ko tolak. Hihi. Come on, positif thinking.

      0

      0
    • Anonymous says:

      bukan dah lama ke tudung naelofar dah ade di pasaran luar. di vietnam miahaha

      0

      0
    • RakyatMarhaen says:

      Jika anda seorang artis??artis je la ko majukan.rakyat biasa yang nak berjaya cemana plak?

      0

      0
      • karipapayam says:

        sbb kita la dorang (ARTIS) ni kaya2.. kalau kita x hadap gossip artis ni, xde nya sape nak amik dorang jadi duta la ape la.. blog abg nara pon xlaku.. sedar la rakyat msiaaa!!! income tax bayar ke tak dorang ni?

        0

        0
    • bigred says:

      neelofa mmg nampak sangat komited dalam bisnes dia. mcmna korang dengki, dia tetap berjaya..dan sy blh nampak dia seorg yang bijak dalam perniagaan. tentang tudung yg dia jual sy no komen. itu dr krg nak beli ke tak..tp nak tembuskan produk ke luar negara bukan setakat abc(awak buat cincai)…tp kena komited, pintar dan berwawasan.

      0

      0
      • Anonymous says:

        rasa2 neelofar ni kene byr x income tax????klu dh untung berjuta2 msti income tax pn byk jgk kaann kne byr…maaf ckp sy knl beberapa org ahli perniagaan y berpangkat dato…rata2 mrk tdk membyr income tax dn mcm2 bnde y mrk ‘tipu’ supaya dpt terlepas dr byr income tax..ini pengakuan mrk sndri…agak terkejut jgk laa dgr…tp nk buat camne..mrk berkuasa,ade duit,pangkat…mrk makin kaya sdgkan rakyat y miskin ni mcm2 tax kne byr…bl x byr smpai lubang cacing di kejar..tp org2 vip??fhm2 sndri laa…huhuhu…lbh2 lg klu ARTIS mcm neelofar ni kann….nk buat ape pn sume org tlg..cb klu rakyat bese ni berthn2 mnta bantuan x di bagi2 nye…

        0

        0
        • Anonymous says:

          kalo ye pun diorang menipu, boleh tipu kat dunya saja..tapi Allah tetap tahu. tak payah susah2 nak fikir, ok ?

          0

          0
      • Anonymous says:

        kau amira ke ?

        0

        0
      • ahli syorga says:

        kau amira ke ?

        0

        0
    • Senah Konikova says:

      sombongnya ko ni..mesti ko meniaga xlaku mcm neelofa..sbb tu ayat bukan main berlagak…ke ko xlawa klu pakai tdg dia sbb muka ko gemuk?muahaha

      0

      0
  2. apa2la says:

    “Memang semua wanita gilakan rekaan tudung yang sangat simple, cantik dan memikat ini. Di Malaysia ini kalau tak pernah pakai tudung Naelofar, memang tak ikut trend lah maksudnya”

    Hahahahha…tolong la abg Nara…as mentioned above..takyah la wakil kan semua wanita….tudung dia mmg la ada yg nice….tapi rasanya byk lagi jenama yg nicer, lagi cantik dan ikut trend…plus perlu ke ikut trend sgt? Wife abg Nara semua tudung Naelofar ke???

    0

    0
  3. el says:

    tudung macam ni belambak di pasaran

    0

    0
  4. beingme says:

    I am sugarscarf fan anyway…but agree, some Naelofar design pun simple and sweet. #jgnkecamsaya #justshareopinion

    0

    0
  5. gadisterengganu says:

    Memang semua wanita gilakan rekaan tudung yang sangat simple, cantik dan memikat ini. Di Malaysia ini kalau tak pernah pakai tudung Naelofar, memang tak ikut trend lah maksudnya” .. please abg nara jgn cakap kiteorg yg xpkai tdg naelofar ni jakun x up to date.. tapi kite ikut ajaran Islam..pkai tdung labuh melepasi dada..tudung naelofar x sesuai kalau ustazah yg pkai..perlu ke cakap kat ustazah tu x ikut trend ?? pkai tudung mahal tapi singkat dpat dosa n rugi duit..baik pkai tudung tebal labuh murah dpt pahala..tq

    0

    0
  6. trend tue x penting la says:

    ehhh helooo laaa… siapa cka kalo x pakai tudung nie akan ketinggalan trend?? banyak lg la tudung2 lain kt luar sana yg lg cantik..

    0

    0
  7. bella says:

    hmm.. saya pakai tudung bawal kangaroo je. saya kolot ke tak ikut trend? :(

    0

    0
  8. Anonymous says:

    skrg zaman duckscarves vivy yusof la nara. ape barang naelofar

    0

    0
    • tudung itik says:

      duckscarves selai rm200 T.T

      0

      0
    • Anonymous says:

      tak tahu ape tujuan org yg pakai duckscarves selain daripada nak riak. lg2 yg plain. nak kata kualiti tudung tu sama je dgn tudung2 biasa kat mana2. kain pun kain biasa je.pastu ade logo itik tu jadi beratus2. boleh sorang terangkan ape tujuan pakai duckscarves selain daripada untuk riak?

      0

      0
  9. Bukan Vivy says:

    #duckscarves

    0

    0
  10. Jiji says:

    penah keje kat butik muslimah di UK…org kat sana beli selendang 3 ringgit duit mereka je..lilit lilit ttp cantik dan menutup aurat…

    mcm kita beli selendang 5 ringgit kat jln TAR…

    kita org mesia duk sibuk kata ekonomi x bagus bagai..tapi bab berjenama kemain wey…ingat jimat jimat skit…tudung beli mahal mahal sehelai dua takpe lagi ni berkotak kotak…pastu show show…tak elok mek…

    0

    0
  11. booo says:

    Sorry naraa. Bukan tak ikut trend tapi tak berminattt…

    0

    0
  12. Anonymous says:

    nara kalau nak ikut trend sgt duckscarves la. ade bran?huhu

    0

    0
  13. Ntahlaaa says:

    Ikot trend ke klu pakai tudong tp x menutup dada

    0

    0
  14. Shhh says:

    Walaupun aku tak da sehelai pun tudung neelofar..tpi harga tudung dia harga mampu milik..dn satu lgi nama neelofa tu org dh kenal..no wonder tudung dia berjaya dijual dgn laris..mgkin juga dia pandai dlm bisnes..then skrg aku cemburu dgn dia..semua pakej dia da..cntik dan bijak..jrg ada pada artis Malaysia ni..byk kan bimbo je…dn satu lgi dia kurang da gossip dgn lelaki..dia sgt focus pada apa yg dia buat..tu formula nk jdi org berjaya..ketepikan hal sendiri..had kan masa muda..jgn asik nk enjoy je..focus apa yg korg minat gerenti korg akan berjaya..tpi bkn semua bertuah..mcm aku..famili aku bukan org senang..sering bermasalah..aku korban kan masa muda aku dgn bekerja..bercinta pun jarak jauh..last2 putus..aku rasa byk buang masa dgn cinta cintun ni..skrg better focus dgn apa yg da depan aku..sbb ssh sng masa depan aku..aku yg tnggung…sbb tulah DCT dn Neelofa antara artis yg ketepikan masa muda dia..skrg dorg antara muslimah yg berjaya..aku rasa Neelofa akan ikut jejak DCT kawin dgn Datuk atau VVIP..org mcm dia mmg kena cri lelaki mcm tu..MATANG, ADA WAWASAN DN BERKERJAYA..nak harapkan artis lelaki yg ada kewangan yg kukuh..rasanya tk da..tk da yg betul2 berjaya dlm bisnes stkt ni..semua artis ppn je…DCT, CHE TA, RR DAN NEELOFA antara artis wanita yg berjaya dgn bisnes dia sendiri..

    0

    0
  15. Anonymous says:

    bagi sy tudung neelofa ni biasa2 je…memang rezeki dia berniaga….banyak tudung yang murah dan cantik-cantik ada d luar….

    0

    0
  16. anon says:

    Akak-akak semua … klu x berminat , diam aje lah … jgn dengki ngan rezeki org lain ..
    Jgn kutuk2… think + …

    0

    0
    • adudu says:

      takde sape pun yg dengki… lain orang, lain taste.. kalau semua minat neelofar, sape nak pakai tudung ND? yana? yatt? aidijuma? kat jalan tar? nilai 3? dan seangkatan dengannya.. cuma seriously adore neelofa sbb dia seorang bisnes woman yg berjaya… :)

      0

      0
    • Anonymous says:

      ko pun – dh tu…ko pikir org dengki…
      tlg laaaaaaaaaaaaaaaa

      0

      0
  17. mona says:

    alhamdulillah bantu artis2. tp artis pun ramai dah kaya dgn duta produknye itu ini. so why nak focus sgt on celeb export? byk org susah yg memerlukan bantuan extra utk start business. dan byk jenama malaysia yg lebih menarik yg lebih layak utk dibawa ke luar negara tapi bukan dr kalangan artis.

    0

    0
    • Anonymous says:

      tulaa aku ckp…cb rakyat bese ni nk buat loan tuk mulekan bisnes mcm2 di tgk nye…pastu berbulan2 lak tu….cb klu artis x perlu ikut prosedur pn xpe…bangang jgk kkdg matrade ni…byk lg produk org2 kampung y kt blh pasarkan cth : kerepek ke,karipap ke promote laa mknn malaysia..ni setakat tudung…org arab dr dl lg dh start selendang2 ni…kt kat malaysia je br terhegeh2 nk buat…

      0

      0
      • Anonymous says:

        betul sgt…da fhm sgt permainan matrade ni..masa pergi kursus diorg mcm2 dijanjikan..puihh..lopak nk bukak kdai kat uk tu…we’ll see..sbb org sna xberkenan kain tudung mcm tu..xsesuai dgn cuaca kat sna..n diorg sukat belit2 shawl..xsuka yg instant..jgn ko propa lg sudah lopak..n jgn ckp aku dengki ok..xlansung..cuma xberkenan je

        0

        0
    • Anonymous says:

      setuju. bengang betul ngan kerajaan kite ni yg memilih bulu. diorg pilih dia secara specifik nye sbb imej dia jugak kan. tu yg diorg nak ketengahkan. imej ppuan muslimah bselfie pakai makeup 3 inci dan lenses. kat uk n us ni dah bersepah pompuan gitu. kita plak nak join the bandwagon. aku byk kenal org jual kraftangan, kopok lekor la, buat sos, nasi dagang, yg nak besarkan bisnes tp tersengguk2 minta bantuan. yg ni dah kaya raya dh ada rumah bungalow bagai dibantunya dulu. sakit betul hati aku ngan matrade ni.

      0

      0
  18. Anonymous says:

    tudung lofake ni mostly cantik tapi tidak mengikut standard islam yangmana xmenutupi dada…pengasas dia pakai tudung pon xikut syariat islam sekadar untuk berniaga dan melariskan produk…kita tunggu lofake balik dari mengerjakan haji kita tengok cara pemakaian dia samada lebih baik atau seperti sediakala

    0

    0
    • bigred says:

      dengki la awak ni..atleast neelofa bijak n komited plus berjaya…ko?

      0

      0
    • Citra says:

      X semua tudung dia x tutup dada..aku beli a few & pandai2 lah adjust sampai tutup dada & pakai inner kalo takut jarang. Yang Neelofa pakai nmpk senteng tu maybe dia sendiri nak style camtu.

      0

      0
  19. Victoria becks says:

    Aku nyampah pg butik dia kt ttdi tu..slalu warna yg tinggal ntah apa2 bila tanya bdk2 kt situ..tkde..yg ada gantung kt shelf tu je…apa ke pelik punya jwpan..woii lofa org bukak butik nk display products ..bknnye separuh ada separuh tkde, pastu kalau nk yang tu amikla yg display bekas org try2…dah la aku dgr stock bg kt stockist pn pilih bulu ..sembang gah bukan main. Skang aku dah tukar brand #duckscarves..

    0

    0
    • B says:

      Lol.. aku pkai instant shawl jual kat ig je nyah. 1 rm25 tmasok pos.. labuh pon labuh.. selesa pon selesa.. klau nak tau ig tu: gorgeousisgirl.. aku bukan promoter die.. just bg suggestion je. Xpayah nak brand2 or trend sgt.. yg biasa sudah asalkan tutup aurat.

      0

      0
      • Victoria becks says:

        Aku pn ada jgk tudung RM20 je noks.. beli kt mydin..time tu carik warna navy blue kt butik minah ni tkde..aku g groceries kt mydin ternmpk gerai2 kt situ ada warna tu..truss aku rembat…kain,quality sama je cumanya tkde la brand kt hujung tudung…

        0

        0
  20. retis jual agama yg trendnya says:

    kebanyakan retis msia pakai tudung nak jual agama.mcm wardina safiyyah kepoh buat2 ambil berat pasal kanak2 padahal gereja warga British Richard Huckle rogol 200 kanak2 tu dulu dia bekap sgt tu..xder pulak dia kutuk gereja tu..syed azmi anjur anjing pun pengikut sanggup jilat..cb jd cam miss nina low profile jer..

    0

    0
  21. melati says:

    si bahalol Neelofa selalu guna kan pokcik dlm Gomen untuk Poyos…!!!!!..pastu ader plak pokcik2 yg gila Glamer mcm sebelum ni…heran2…….entah lew..!!! Neelofa kalau awak baca ni Contohi lah Dato Vida walaupun dia poyos tapi dia benar2 ader Wang sponsor sana sini……ni Neelofa setakat bergambor dgn Org2 Gomen watper !!!! pokcik2 yg nk glamer jer nk bergambor gan Neelofa ni..!!! setakat bergambor dgn Pegawai Gomen nk buat aper, kalau nk bergaya & berjaya contohi Dato Vida siap Live dlm TV…!!!…fikir2 kan lah..!!

    0

    0
  22. Tahniah naelofar, berjaya export ke luar negara. Gempak! Ada tak program special utk rakyat biasa. Apapun tahniah, semoga lebih meletopppp!!

    0

    0
  23. Anynomous says:

    Jgnla kita mbazir duit hny krna dia bjenama..saya mampu bli shawl mahal2..tp xmau mbazir sb fikir utk emgncy masa depan..xdanya rakyt tbeban zaman skrg ni kalu fikir mau bli brg bjenama je..

    0

    0