Boikot adalah satu perkara yang amat ditakuti lebih-lebih sekiranya anda bergelar seorang selebriti. Bayangkan kerjaya anda sebagai penyanyi tidak mendapat liputan mana-mana media. Tak ke sedih? Namun semalam menerusi sidang media yang dilakukan, ND Lala dan Shila Amzah melahirkan rasa redha mereka sekiranya diboikot oleh para media, terutamanya media Melayu selepas kontroversi yang melanda.
Kata ND Lala semalam di sidang medianya apabila diminta memberi komen mengenai pemboikotan yang mungkin berlaku terhadap dirinya dan Shila Amzah:-
Jika itu pilihan kumpulan reporters dan bloggers ini (tidak merujuk kepada kesemua wartawan), jawapan kami ialah kami redha. Apa upaya kami untuk mengubah pendirian yang mereka pegang.
Kami beriman kepada Allah. Rezeki kita Allah yang tentukan bukan kumpulan reporters. Tiada siapa yang boleh memudaratkan kita kecuali dengan izin Allah. Ini pendirian kami.
Kalaulah dengan boikot itu boleh menjejas apa segalanya, semuanya kami redha. Tapi ingat, rezeki datang daripada Allah, bukan dari penulis yang memfitnah kami.
Harapnya tiadalah pemboikotan yang berlaku kerana Shila Amzah pun sebenarnya antara bintang besar di Malaysia dan juga China. Rugi pula jika para wartawan tidak lagi menulis mengenai kejayaannnya di masa depan. Semoga ada jalan penyelesaian yang boleh ditemui antara kita semua. Sama-samalah kita doakan.