Written by AbangNara | September 23rd, 2014

Hari ini hari bercerita mengenai hutang nampaknya. Kali ini, Den Wahab melahirkan rasa sedih dan kesalnya kerana wangnnya sebanyak RM15,000 yang telah dipinjam oleh ND Lala pada tahun 2000 sehingga ke hari ini masih belum dibayar lagi. Disebabkan sudah terlalu lama, Den Wahab kini berada di tahap malas nak mengharap dan memikirkan mengenai wangnya itu. Iyerlah, dah 14 tahun dah kot. Kalau pinjam kat along mahu dah cecah RM150,000 kena bayar balik termasuk dengan bunga.

den wahab

Walaupun malas mahu berharap, Den Wahab tidak menghalalkan hutang tersebut. Kata Den Wahab menerusi Mstar Online:-

Entahlah, kalau dia rasa hutang itu penting dia akan bayar. Saya sudah malas nak fikir dan berharap dia akan membayarnya walaupun dia sudah kaya sekarang. Tetapi bagi saya hutang tetap hutang dan saya tidak boleh lupa masa dia susah dulu merayu meminta tolong daripada kawan-kawan.

Saya tahu nilai tersebut tidak banyak tetapi sebagai orang Melayu beragama Islam, kita sepatutnya berpegang kepada janji. Apa yang saya kesal dia rosakkan nilai persahabatan dan orang yang ikhlas membantu dia ketika susah.

Saya pernah ternampak ND Lala semasa satu persembahan di Istana Budaya dahulu, tetapi dia cuba mengelak selepas terserempak dengan saya.

den wahab

Menariknya Den Wahab juga melahirkan rasa tidak terkejutnya dengan kontroversi yang telah melanda anak ND Lala, Shila Amzah. Baginya itu perkara biasa buat mereka yang sudah berada di puncak. Kata Den Wahab lagi:-

Bila saya tahu cerita tentang Shila yang menempelak media sebagai tidak menyokong kerjayanya, saya tidak terkejut langsung. Dia tidak sedar tindakan itu seperti kacang lupakan kulit dan merosakkan reputasi dia sendiri. Susah kalau orang sudah berada di puncak dan mereka selalu lupa orang yang tolong mereka ketika di bawah

den wahab

Pastinya ND Lala ada sebab tersendiri untuk membiarkan hutangnya tidak berbayar kepada Den Wahab selama 14 tahun. Kalau nak diikutkan, pasti duit tersebut sudah ada lebih-lebih lagi dengan kejayaan anaknya mencipta nama di China. Sama-samalah kita nantikan penjelasan ND Lala mengenai hal ini. Agak sedih juga silaturahim dan hubungan persahabatan terputus kerana hal ini. Semoga ada jalan penyelesaian.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

45 responses to ND Lala Masih Belum Bayar Hutang Saya RM15,000 – Den Wahab

  1. Anonymous says:

    ND Lalalalala….sila jawab….

    0

    0
    • amoi says:

      Dunia lepas akhirat tanggung…mcm2 kat dunia ni…org yg suke berhutang duit kwn2 tp x suke bayar hutang mmg bermasalah..kita sndr nak mintak pon jadi segan balik..yer lah org xnak bayar duit kita…cuma perlu ingat..didunia idop sementara jer…

      NDlala..bayar lah duit org balik…x berkat idop bila berhutang wei…

      0

      0
      • Anonymous says:

        Ooo.. patutlah banyak musibah…. Hidup tak berkat rupanya…

        0

        0
        • Tipah Kurma says:

          Hai.. dah kaya pon hutang liat nak bayar??
          Persahabatan ND Lala hanya bernilai 15k.. sedeh!

          0

          0
        • Anonymous says:

          jaga2 nnt penjilat bontot shila amzah dtg maki ko den wahab!

          0

          0
        • huhuhu says:

          Siapa kau nak kata org hidup org x berkat?kalau hidup kau berkat xkan kau mengata org sebeitu rupa…Pity on u .Shame lah

          0

          0
        • Anonymous says:

          BACA YANG INI PULAK:-
          ND Lala Akan Selesai Konflik Dengan Media Melayu Secepat Mungkin (80)
          Shila Amzah Bakal Menetap Di Shanghai, Artis Pertama Malaysia Buat Persembahan Di Lincoln Center (159)
          Setakat Ini Saya Tak Benarkan Diri Ini Dirisik – Shila Amzah (96)
          Saya Hubungi Ibu & Ayah Saya Setiap Hari – Shila Amzah (224)
          Shila Amzah Ditemui Di Kemaman, Terengganu (121)
          Shila Amzah Hilang, ND Lala Buat Laporan Polis (131)
          Surat Shila Tidak Telus Dan Macam Budak-Budak – Sharnaaz Ahmad (244)
          Shila Amzah Keluarkan Kenyataan Mengenai Kontroversi Ayahnya & Sharnaaz (195)

          0

          0
        • Bank CHina comp Break Dwn says:

          Ouchhhhh .. Kontroversi …. Cadangn sy apa kata Die Hard Fans shila tolong bayarkn dulu sbb Uncle & shila tdk blh diganggu utk focus album di china sana. Tersangat sibuk katanya. ATM & Bank2 di China smuanya comp break down. Itu barulah dikatakn Fans dunia akhrt. Uncle ND ni sbnrnya main2 POLICE ENTRY sbb bila terserempak shj dngn Uncle Den di lari2. Uncle Den jngn takut hutang tu mesti mrk boleh bayar punyer sbb almaklumlah mrk dah jutawan stakat Rm15k spt Beberape SEN jer bg mrk sbb tu mrk terlupa nak bayar lainlah klu RM150K barulah teringat.

          0

          0
        • BAYAR RM 30K BUKAN RM 15K says:

          Bg org “Semekin” RM15k bnyaklah jugak. Klu laburkan selama 14 tahun. Boleh dpt sekali ganda. Sy cadangkan Uncle ND ni kene bayar RM 30K utk gantirugi berbelas2 tahun tu. Barulah adil kpd uncle Den ni. Lg pun Shila dpt Ratusan Ribuan RM utk konsert2. Tolak kos pengurusan pun masih banyak lg. Setakat RM 30k tak làh banyak sngt. Klu kumpul2kn Beg kasut baju jenama high end kete yg shila pakai pun harga dekat Jutaan RM. Rumah punyerlah besar. Sian uncle Den ank2 dia ramailah gak. Jngnlah terputus silatulrahim sudahler sbb nanti tak masuk syurga.

          0

          0
    • amran_hamidun says:

      ND Lala dgn ND flop poppy ni adik beradik ke?

      0

      0
  2. manusia biasa says:

    hutang wajib dibayar..xpe shila dia nyanyi 2 lagu je dah cukup kot nak baya 15k tu..artis2 wat persembahan@konsert 1 lagu je dah beribu2
    #duitohduit

    0

    0
  3. mutiara says:

    satu persatu ‘ditelanjangkan’..
    hutang kena bayar..

    0

    0
  4. ramleeposmen says:

    ND Lala selesaikan masalah hutang ko dgn segera. Den Wahab tu sekadar mengingatkan ko aje. Hutang tetap hutang. Will be settled once it is paid. Is that clear!

    0

    0
  5. Anonymous says:

    laaa…dlu dh pernah keluarkn cite ni…ingtkan dh bayo dh….rupa2nya belum lagi…haiii ND Lala..skg dh kaya x kan utang x leh bayo lagi…haaa..tu le..kata media sukakn pasal gossip atau pasal personal ko orang…skg baru tahu fungsi media..kan dh kena setepek…ko orang sendri y cari bala…wat shila..melalak kt tmpt org dh leh li kete mewah x kan x leh tolong ayah bayo utang…

    0

    0
  6. Hajjah Katy Hj Pery says:

    Owh,.. ND Lala pinjamkan wang Den Wahab 15k tu kat Farhan (Abby),.. Xpe Den, sabaq jer. Nanti ND bayar balik.

    0

    0
  7. nnn says:

    nd lala tak kan nk kena tanya mufti pasal hutang baru nak bayar, haish anak beranak ni.tp kalau susah sangat mungkin peminat setia shila boleh bayarkan..

    0

    0
  8. shilalapok says:

    alahai anak menyanyi sampai ke china takkan tak mampu bayar 15k pacik

    0

    0
  9. Senyum says:

    Habis lar seme dah keluar….. Pas nie nyanyi tak yah pakai skirt sebab semua dah nak kena bongkar………

    Alahaiiiiiiiiii

    0

    0
  10. alahai ND Lala @ Amzah says:

    kalau terlupa berhutang (mustahil terlupa sebab jumlahnya bukan RM1.50 tapi RM15k), mungkin boleh maap lagi..tapi kalau MENGELAK sewaktu berjumpa/terjumpa, mmg ND Lala @ Amzah tak mau bayar hutang la..tak baik buat mcm tu pakcik..berdosa sebab munafik dan menganiaya org lain..hutang kan kena dibayar..lg pulak sekarang Shila kan dah menyenangkan hidup pakcik dan family..bayar lah balik hutang tu..kenalah rasa malu sikit..pakcik pun dah makin berumur, esok lusa kalau meninggal, tak ke masalah nanti hutang tak bayar?

    0

    0
  11. bilakakjemahmenulis says:

    takkan Den Wahab pun tanak terima bayaran ansuran kan?

    0

    0
  12. jawapanku untukmu says:

    JAWAPAN ND LALA :

    14 TAHUN DULU HINGGA SEKARANG ADALAH MASA YG TIDAK SESUAI UNTUK SY JELASKAN HUTANG TERSEBUT..SY SIBUK DGN ALBUM BARU DI INDIA. TUNGGU 14 TAHUN LAGI SAYA BALIK UTK PROMOSI ALBUM, SY AKAN BAYAR..ERRR, BULAN2 RM10-00 OK TAK?

    0

    0
  13. fiqa says:

    shila makin lame makin poyo aku nengok

    0

    0
  14. Mirai Suenaga says:

    Bayarlah ND Lala oiii… Den Wahab ni dah lah anak ramai. Mak aku pernah nampak sekali dia beli barang dapur sampai 2 troli.

    0

    0
  15. Anonymous says:

    Woi, jangan tegur nanti peminat shila tuduh kita menjatuhkan bangsa melayu…
    Biarkan Luncai terjun dgn labu2 nye….

    0

    0
  16. Ash says:

    Harap banyak2 bersabar kepada ND Lala, Shila dan keluarga. Allah memberi banyak dugaan kepada kita kerana nak ingatkan kita kepada sesuatu yg tak patut kita lupa dan juga tanda Allah sayangkan kita…Sabar itu kemenangan..Insyaallah..

    0

    0
  17. poningden says:

    Hutang akan halang kitaa masok syurga…

    0

    0
  18. minah says:

    aku tak paham dengan cara si shila dgn kuncu2 dia jawab soalan. skang ni si nd lala yg hutang den wahab kan? dah kenapa pulak den wahab yg nak kena cari nd lala? sape si nd lala tu besar sgt ke sampai nak kena cari2? ayah ko dah hutang sampai 14 tahun takkan la si den wahab ni nak terkinja2 terhegeh2 setiap tahun nak kena mintak hutang kt bapak ko? patutnya bapak kau yg cari si den wahab ni setel elok2.pandai hutang pandai2 la bayar. pandai2 la setel. ape kalau si pemberi hutang tu senyap takde ckp pape kau pun bole ikut senyap buat mcm takde pape la? perghhh nasib den wahab ni bukan along je kalau tak mmg habis ah bapak kau shila oiii. bapak ko tu kalau ade akal dah bole bayar dah. ni muka tebal. 14 tahun kot kalau betul la si nd lala ni hutang tak bayar2. dalam masa 14 tahun bole2 sgt kumpul duit bayar hutang. beli kete baru bole bayar hutang takleh ke? opsss… larikkkkk nnt si kuncu2 shila datang mampos aku. KAH KAH KAH

    0

    0
  19. bedah bedot says:

    ND Lala tu lupa yang dia ada berhutang dengan Den Wahab….maklumlah dah lama…hi hi

    0

    0
  20. minah jambu idop umno ! merah biru says:

    tkpe laaaaaaa selepas ND lala baca blog ni dia akan bayar la sikit2 nanti lama lama habis hutang tu kannnn….harap den wahab bersabar ye ND lala akan bayar hutang anda…mungkin sekarang dia tengah ada prblemmmm kadang2 orang ni bukan Nye tknk bayar hutanggg tapi masalah yg dating bertubi tubi jadi nk bayar tarek balek nk bayar tarek balek tu sampai 2014 hutang pon tk habis…

    0

    0
  21. kak eton says:

    haaa mmg padan lah muka dorang ni anak beranak. dah kaya lupa daratan tk sedar diri sedih !

    0

    0
  22. cisss says:

    cis….manusia akhir zaman…suka saling menjatuhkan antara satu sama lain…..

    0

    0
  23. Pd lalo says:

    Mungkin lupa agaknya … Tk pe la maafkan aje.
    Lagipun sesama bangsa dan agama apa yg nk kecoh.
    Tkt 15k je..
    Nd mampu la nk bayor!!

    0

    0
    • BAYAR HUTANG says:

      Klu lupe tak pe … tp klu terserempak lari2 itu apa tandanya … main nyorok2 kot … ramai yg sy kenal org kaya ada yg liat bayar hutang wlpn setakat Rm 200 tp klu org hutang kat dia … alamak dia minta mcm org kaya tu nak muflis wlpn duit kat bnk juta2. Bukan setakat tu jer ada yg minta balik belas ringgit pun ada. Duit baki beli brg 10 sen pun dia minta. Katanya nak tngk nilai kejujuran org tu. Kelakarnya bila org kedai kecik tu bg balik duit 10sen boleh dia ambik dngn muka 10sen dia.. Lantaklah duit dia. Bg awk 15k tu tak besar mana tp bg org lain pendptn sederhana besar nilainya. 14 thn jd sekali ganda tau nilainya.

      0

      0
  24. KUPANG MERAH says:

    Tak tahu plak ada bunganya.. Kalau islam halalke tuntut duit bunga tu ?

    Da mcm aalong plak jadinya

    0

    0
    • hmmm says:

      Kupang Merah , saudara ni tak faham atau buat2 tak faham dengan ayat di atas. Cuba baca sekali lagi dik…

      0

      0
  25. kopisusu says:

    Lerrr.. pokcik nyerrr.. dl mai borneo.. kenaikan MLM kat kita.. sepa2 pernah dengar “UPTREND2U”.. org2 kat borneo ni yg bg kaya kat pokcik ni.. mulut nyerrr.. semanis buat mangge.. tau2 “giukkk ja lebh” kata org borneo..DENGAR NI ND LALALALALA.. KMI PUN X HALALKAN DUIT YG KO SEDUT POKCIK!!!.. rasanya masa tu dkat 2ribu org daftar bawah dia.. klu 200org pun dah brapa nak d darabkan dgn RM2500.. hah soalan M3 ni abg nara.. abg pl jwb.. he3..

    0

    0
  26. Melati says:

    Tak baik Den Wahab buka pekong org ..awak boleh bincang gan ND LaLa secara pribadi..bukan nya buat camni….ibarat awak menjatuhkan imej Shila sekali…Baju Melayu ader org 2 pakai lg ker????…menggong punya Den Wahab…tunjuk kan hitam putih kalau nk tuntut Hutang ,awak tk boleh buat camni…kalau saya jadi Shila saya sanggup bagi lawyer RM200k saman awak balik…tapi sya percaya Shila akan buat…

    0

    0
    • ika says:

      tah apa2 tah si melati ni. agak2 le lau nk jd kipas susah mati kt nd n ank beranak ni. nk bincang hape kebenda lau si nd lala nmpa dia je da main sorok2.
      surat hitam putih apa ko citer ni melati oiii..da tntu dulu diaorg berkwn. kasi pon atas dasar percaya kt kwn yg tgh susah. lg ko nk suh dia saman byr peguam 200k?
      15k pun main sorok2 nk kasi 200k kt peguam xpasal2. lepas tu lau menang kes nk tunjuk dia xsalah cmtu. nk aniaya org lg atas kesalahan dia. esk2 kt sana menjwb la lau dia buat cmtu

      0

      0
  27. Makwe Shaarnaz says:

    Mintak kat SHarnaaz lah! Eh SHiela. Salah SH pulak. :D

    0

    0
  28. sid says:

    Kepada mereka yg berhutang dgn saya tetapi sengaja tak mau bayar, takpe.
    Duit dunia ini hanyalah kertas yg dicetak, duit fiat.
    Anda akan tetap membayarnya di akhirat nanti.
    Masa itulah pembayaran anda amat berharga kepada saya.
    Hutang tetap hutang.

    0

    0
  29. UPtrend not trendy says:

    ND Lala buat MLM UPTrend yg kaki penipu…x heran dah..lama dah tau..

    0

    0
  30. […] ini Den Wahab telah tampil memaklumkan yang ND Lala masih belum membayar hutangnya berjumlah RM15,000 yang dipinjam pada tahun 2000. Isu ini dibangkitkan semula oleh Kak Pora menerusi ruangannya di dalam sebuah suratkhabar […]

    0

    0
  31. […] sehingga ke hari ini masih belum selesai kontroversi hutang ND Lala dengan Den Wahab. Menurut Den Wahab, wang bernilai RM15,000 yang dipinjam oleh ND Lala pada tahun 2000 lalu masih belum dipulangkan. Namun menurut ND Lala, isu ini sebenarnya sudah lama […]

    0

    0