ND Lala Masih Belum Bayar Hutang Saya RM15,000 – Den Wahab

Hiburan

ND Lala Masih Belum Bayar Hutang Saya RM15,000 – Den Wahab

Hari ini hari bercerita mengenai hutang nampaknya. Kali ini, Den Wahab melahirkan rasa sedih dan kesalnya kerana wangnnya sebanyak RM15,000 yang telah dipinjam oleh ND Lala pada tahun 2000 sehingga ke hari ini masih belum dibayar lagi. Disebabkan sudah terlalu lama, Den Wahab kini berada di tahap malas nak mengharap dan memikirkan mengenai wangnya itu. Iyerlah, dah 14 tahun dah kot. Kalau pinjam kat along mahu dah cecah RM150,000 kena bayar balik termasuk dengan bunga.

den wahab

Advertisement

Walaupun malas mahu berharap, Den Wahab tidak menghalalkan hutang tersebut. Kata Den Wahab menerusi Mstar Online:-

Entahlah, kalau dia rasa hutang itu penting dia akan bayar. Saya sudah malas nak fikir dan berharap dia akan membayarnya walaupun dia sudah kaya sekarang. Tetapi bagi saya hutang tetap hutang dan saya tidak boleh lupa masa dia susah dulu merayu meminta tolong daripada kawan-kawan.

Saya tahu nilai tersebut tidak banyak tetapi sebagai orang Melayu beragama Islam, kita sepatutnya berpegang kepada janji. Apa yang saya kesal dia rosakkan nilai persahabatan dan orang yang ikhlas membantu dia ketika susah.

Saya pernah ternampak ND Lala semasa satu persembahan di Istana Budaya dahulu, tetapi dia cuba mengelak selepas terserempak dengan saya.

den wahab

Menariknya Den Wahab juga melahirkan rasa tidak terkejutnya dengan kontroversi yang telah melanda anak ND Lala, Shila Amzah. Baginya itu perkara biasa buat mereka yang sudah berada di puncak. Kata Den Wahab lagi:-

Bila saya tahu cerita tentang Shila yang menempelak media sebagai tidak menyokong kerjayanya, saya tidak terkejut langsung. Dia tidak sedar tindakan itu seperti kacang lupakan kulit dan merosakkan reputasi dia sendiri. Susah kalau orang sudah berada di puncak dan mereka selalu lupa orang yang tolong mereka ketika di bawah

den wahab

Pastinya ND Lala ada sebab tersendiri untuk membiarkan hutangnya tidak berbayar kepada Den Wahab selama 14 tahun. Kalau nak diikutkan, pasti duit tersebut sudah ada lebih-lebih lagi dengan kejayaan anaknya mencipta nama di China. Sama-samalah kita nantikan penjelasan ND Lala mengenai hal ini. Agak sedih juga silaturahim dan hubungan persahabatan terputus kerana hal ini. Semoga ada jalan penyelesaian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...