Written by Bella | May 16th, 2016

Nazim Othman dan Bella Dally mengakui mereka sudah sah bertunang dan akan berkahwin selepas beberapa tahun bercinta.

Namun, peminat mereka merasa sedikit kecewa apabila pasangan itu sehingga sekarang masih belum mendedahkan tarikh sebenar majlis raja sehari mereka.

Walaubagaimanapun, menerusi ruangan Diva di portal Kosmo, khabarnya Nazim dan Bella mungkin akan berkahwin dalam masa terdekat kerana Nazim sudah menempah baju perkahwinan mereka berdua.

Pasangan ini dikatakan bakal mengenakan busana khas rekaan eksklusif Rizman Ruzaini. Perkara itu ada benarnya apabila Nazim juga baru-baru ini ada memuat naik foto beliau sedang berjumpa dengan Rizman yang merupakan pereka baju perkahwinannya.

Biasanya kalau dah tempah baju kahwin, maknanya majlis perkahwinan seseorang itu sudah semakin hampir. Tidak mustahil Nazim Othman dan Bella Dally akan bernikah pada penghujung tahun ini.

Kita biarkan sahaja mereka lakukan segala persiapan sebelum mengumumkan tarikh perkahwinan mereka kepada semua.

Sumber Berita : Kosmo Online

11 responses to Nazim Othman Bakal Berkahwin Dalam Masa Terdekat, Sudah Mula Tempah Baju Kahwin?

  1. nok gebuzzz says:

    org dah nak kawin,lagi setaon nak kawin,thn ni nak kawin semua nak hupdet….biar la org betul2 dah diijab kabul baru la kuar berita…hafiz dah kawin x pulak hupdate…

    0

    0
  2. fatimah busung says:

    wow. nazimah. sudah tempah baju kawen. peplum ke kebaya moden?

    0

    0
    • OMG says:

      Bellaaaaaa! I risau sgt! U mmg dah buat keputusan muktamad keee.?!?!
      U fikir la baik2 bella, u are a true female, mesti nak bersama dgn org yg 100% straight..!
      Can you can you please think about it?
      Terlajak nanti tak boleh nak patah balik dahhhh

      0

      0
    • Hahahahaha says:

      Hahahahahaha ‘peplum ke kebaya moden’, hahahhahaha. Thank you for the joke fatimah busung.

      0

      0
  3. jangankasihentamsamadia says:

    tahniah…abg nazim ditempat ke-5 dalam rancangan gempak superstar..and next semoga urusan abg dipermudahkan juga bersama kak bella dally..aamin

    0

    0
  4. melati says:

    Dh Tempah Baju..!!!!..???… Uqasha Senrose pun dh tempah baju gak…, tapi dh dekat 3 bulan tk siap2..,so saya nasihat kan jgn lah tempah baju kt butik mahal2 cam Uqasha, lihat aper dh jadi 3 bulan tak siap2…!!! kedai tukang jahit biasa pun ok..!!! ..

    0

    0
  5. nyah says:

    geli muka silikon

    0

    0
  6. Anonymous says:

    CANTIKNYE bella dally ni… muka berseri..

    0

    0
  7. fatimah busung says:

    kite tengok lipstick sape yg paling meletop hari wedding nanti. bella ke nazim

    0

    0
  8. dexter says:

    nazim ni lelaki sejati ke, tebal je nampak bermekap. nak lawan rozita ke…

    0

    0