Sejak Nas-T berkahwin dengan Instafamous Atita Haris, ada antara pengikut setia Atita mempersoalkan hubungan Nas-T dengan bekas suami isterinya itu. Timbul pula cerita yang mereka berdua tidak sebulu.
Walaubagaimanapun, Nas-T menafikan dakwaan berkenaan dan enggan mengambil pusing akan segala gosip berkenaan kisah silam isterinya kerana ingin memberikan tumpuan kepada anak tirinya Opie.
Buat Nas-T beliau ingin menjaga Opie dengan baik dan memberikan kasih sayang seorang bapa kepada anak kecil itu.
Apa yang berlaku adalah antara Atita dan bekas suaminya. Bagi saya, apa yang penting kini adalah untuk menjadi bapa dan contoh yang baik kepada Opie. Opie masih kecil dan memerlukan belaian seorang bapa.
Bukan mudah menggalas tanggungjawab sebagai bapa segera dan saya ingin menjadi suami serta bapa yang baik. Saya menyayangi Opie sepenuh hati dan menginginkan dia membesar menjadi orang berguna. Biarpun kami akrab, namun saya perlu disiplinkan Opie apabila perlu.
Berbicara mengenai perancangan Nas-T untuk mendapatkan cahaya mata, beliau menyerahkan soal tersebut kepada takdir.
Nas-T dan Atita pun sudah berkahwin, jadi tidak perlu lah lagi kita kaitkan Atita dengan bekas suaminya lagi.