(TERBARU)Nana Tinggalkan Era, Dicampak Ke XFM

(TERBARU)Nana Tinggalkan Era, Dicampak Ke XFM

nana era

Habis madu sepah dibuang. Akhirnya Nana telah ditamatkan khidmatnya di Era dan ditukarkan ke XFM. Tempatnya bakal digantikan oleh Dina yang dulunya jadi deejay di XFM (gambar atas sebelah kiri). Dengar-dengarnya Jumaat lepas ialah hari terakhir Nana di Era dan kini dia sedang cuti seminggu sebelum memulakan tugas baru di XFM.

Advertisement

Macam biasa pihak pengurusan AMP cakap benda nie semua untuk menaikkan rating radio-radio AMP. Mungkin kena marah kot sebab kalah ngan HOT FM masa kira rating baru-baru nie. Bagi kami tak guna pun tukar deejay sebab pendengar-pendengar pilih nak dengar radio bukan berdasarkan deejay. Tapi berdasarkan lagu yang dimainkan.

Pendapat kami, kalau nak naikkan rating Era masukkan la Abang Jem ke Era. Compem meletup. Hehehe. Lawak gile Salih Yaakob kat Sinar. Kalau masuk Era mesti gegak gempita punyalah nanti. Buat Nana dan Dina, semoga berjaya di tempat kerja baru. Berusahalah sebaik mungkin untuk menaikkan radio-radio anda selepas ini.

P.S: Kredit Xpax kitorang tak habis-habis semenjak Celcom buat program Double Bonus XXL nie. Leh dapat sampai 16% kredit dengan syarat guna minimum RM50. Memang berbaloi-baloi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...