Written by AbangNara | April 17th, 2017

Baru-baru ini Abang Nara sekeluarga telah pun bercuti ke Korea bersempena musim bunga di sana. Niat di hati nak melihat keindahan bunga-bunga mekar di dahan, namun sayangnya kami pergi seminggu awal. Jadi bunga tak berkembang lagi. Sedih memang sedih, namun seperti biasa, percutian ke Korea tidak pernah mengecewakan. Banyak tempat menarik boleh dilawati serta aktiviti-aktiviti best yang boleh dilakukan seisi keluarga.

korea airasia x

sempatlah wife bergambar dekat sebatang dua pokok yang dah berbunga di Yeouido Park

Macam biasa Abang Nara kalau ke Korea mesti akan naik AirAsia X. Makanan sedap, pramugara dan pramugari mesra dan paling penting, harga berpatutan. Tapi kenalah beli tiket awal untuk dapatkan harga tiket yang best. Contohnya macam sekarang ini AirAsia X tengah adakan promosi untuk cuti musim panas dengan penerbangan segera. Harga tiket ke Seoul dan Busan telah pun mendapat diskaun sebanyak 20%. Fuh!!! Memang berbaloi-baloi. Ini adalah masa terbaik anda untuk merancang “summer vacation” anda di Korea.

airasia x korea

Sekiranya anda first time nak melancong ke Korea, mesti akan blur tak tahu nak pergi mana. Jangan risau. Dengan pengalaman Abang Nara, ini 5 tempat yang WAJIB korang lawati sekiranya anda merancang untuk bercuti di Korea pada musim panas ini:-

1. Nami Island

airasia x korea

Abang Nara sekeluarga bersama rakan-rakan menyemarakkan rasa cinta di Nami island

Sekiranya anda tidak melawat Nami Island ketika berada di Korea, maka tidak lengkaplah percutian anda. Nami Island menjadi sangat popular selepas ia dijadikan tapak penggambaran drama Winter Sonata. Pemandangan di Nami Island memang superb cantik. Tak puas rasanya berposing ambil gambar di sini. Semua sudut cantik-cantik belaka. Pokok-pokoknya yang rimbun membuatkan anda rasa tenang dan nyaman. Pastikan bateri handphone/kamera dicharge sepenuhnya sebab confirm ratusan gambar akan diambil di sini.

nami island

Kalau pergi dengan suami/isteri anda, confirm terasa keromantikan yang amat sangat. Anak-anak pun suka sebab boleh berlari dengan bebas serta banyak tempat permainan untuk mereka di sini. Restoran makanan halal turut sama disediakan jadi anda tak perlu risau bab menjamu selera. Kebiasaannya anda perlu menghabiskan sehari suntuk di Nami Island, jadi pastikan tiada rancangan lain dibuat pada hari tersebut.

2. Namsan Tower

namsan tower

alamak x nampak pulak Namsan Tower tinggi sangat

namsan tower

cantik kan? Pergi waktu malam lagi cantik Namsan Tower nie

Kalau korang tak pergi Namsan Tower ni, umpama korang datang melawat Kuala Lumpur tapi tak pergi tengok KLCC. Apa yang paling best di Namsan Tower ini ialah anda dapat melihat keindahan serta kesibukan bandar Seoul secara menyeluruh. Untuk view yang terbaik, Abang Nara sarankan korang guna perkhidmatan cable car yang disediakan. Memang akan terkesima dibuatnya.

namsan tower

pemandangan Seoul di waktu malam. Stunning!!!

3. Namsangol Hanok Village untuk mencuba Hanbok, pakaian tradisional rakyat Korea

namsan tower

comel tak kami sekeluarga? Dah macam golongan bangsawan Korea dah

Berdekatan dengan Namsan Tower, jangan lepaskan peluang untuk mencuba Hanbok, pakaian tradisional rakyat Korea yang sering dilihat di dalam drama-drama di Namsangol Hanok Village. Memang ia adalah satu pengalaman yang amat berharga. Abang Nara dah rasa macam Raja Korea zaman dulu-dulu dah. Selain itu jangan lupa untuk menghayati keunikan rumah-rumah tradisional Korea dinasti Joseon yang telah dibaikpulih untuk tatapan para pelancong.

namsan tower

boleh juga lihat rumah tradisional Korea di Seoul Bukchon Hanok Village. Unik sangat-sangat)

4. Menikmati keindahan dan keunikan Busan

Sepanjang 7 tahun belajar di Korea, Abang Nara tidak pernah menjejakkan kaki ke Busan. Teringin sebenarnya nak jalan-jalan di Busan lebih-lebih lagi di musim panas. Selain boleh terbang direct dari Kuala Lumpur ke Busan dengan AirAsia X, anda juga boleh menaiki keretapi api laju KTX dari Seoul. Untuk makluman, Korea Tourism Organisation (KTO) telah pun bekerjasama dengan KTX untuk memberikan 30% diskaun harga tiket sehala ke semua destinasi khas untuk rakyat Malaysia. Diskaun ini boleh diperolehi di dalam Discover Korea Your Way 2017 booklet di laman web Visit Korea Tourism. Antara benda-benda best yang boleh dilakukan di Busan ialah:-

(i) Mandi-manda di pantai Haeundae

busan airasia x

pantai Haeundae di Busan yang sangat popular di musim panas

Musim panas kalau tak pergi mandi pantai tak bestlah kan? Pantai Haeundae di Busan ini akan menjadi tumpuan ribuan penduduk tempatan dan pelancong setiap kali summer holiday. Abang Nara akan pastikan diri ini sekeluarga akan dapat merasai kemeriahan mandi laut di sini satu hari kelak.

(ii) Melihat keunikan Gamcheon Culture VIllage

busan

unik kan Gamcheon Culture Village nie?

(iii) Oryujdo Skywalk

busan

dapat tengok sunset kat sini dengan bini tercinta confirm romantik habis

Satu hari nanti Abang Nara akan suprisekan isteri tercinta dengan membawa dia melihat sunset di Oryujdo Skywalk. Confirm romantik tak ingat punya. Pemandangannya pasti akan memukau.

(iv) Shopping sakan di BIFF Square

busan

tempat shopping di Busan seperti MyeongDong di Seoul

Kalau tak puas shopping di Seoul, teruskan membeli belah di BIFF Square Busan yang memang menjadi tumpuan para pelancong. Sama taraf macam MyeongDong di Seoul. Confirm meriah dan banyak barang-barang best Korea yang dijual di sini.

(v) Merasai sendiri pengalaman di jimjilbang macam dalam drama Korea

busan

Jimjilbang atau sauna di Busan Korea memang cukup popular dan sering menjadi lokasi penggambaran drama Korea. Teringin juga nak masuk dan merasai sendiri pengalaman di jimjilbang. Kalau berjaya jejakkan kaki ke Busan, memang Abang Nara akan luangkan masa semalam dua di jimjilbang Busan. Feeling-feeling macam pelakon drama pulak. Hehehe.

5. Taebak Hanbo Coal Mine, tempat penggambaran drama Descendants Of The Sun

seoul

Sekiranya anda peminat drama Korea terutamanya Descendants Of The Sun lakonan Song Joong-ki dan Song Hye Kyo, luangkanlah masa anda untuk ke Taebek Si, Gangwon Do untuk melihat sendiri tempat penggambaran drama ini. Selain mengambil feeling keromantisan aksi-aksi di dalam drama tersebut, anda juga boleh mengikuti DMZ Security Tour yang turut disediakan. Banyak aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan sepanjang tour tersebut. Tapi tiada apa yang lebih best melainkan dapat mengimbau kembali detik-detik romantis di dalam drama Descendants Of The Sun secara ‘live’ di tempat penggambarannya. Confirm puas hati sangat-sangat. Kalau pergi dengan kekasih hati silalah lakonkan semula babak-babak tersebut. Romantik sangat-sangat.

nami islan

Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat best di Korea yang tak sempat Abang Nara nak senaraikan di sini. Terlalu banyak tempat untuk dilawati terutamanya di Seoul seperti Insa Dong, Myeong Dong, Lotte World, Namdaemun, Dongdaemun, World Cup Stadium dan banyak lagi. Kalau nak tulis satu-satu, memang tak akan habis punya. Jadi cuti musim panas ini, jangan lepaskan peluang untuk terbang ke Korea (sama ada ke Seoul atau Busan) dan menikmati cuti musim panas di sana bersama AirAsia X dengan diskaun tiket sebanyak 20% . Abang Nara berani jamin ia akan menjadi satu percutian yang paling best dalam hidup anda.
airasia x busan

Maklumat lanjut layari www.airasia.com. Selamat terbang dan Kamsahamnida.

17 responses to Nami Island, Namsan Tower, Pantai Haeundae & Banyak Lagi Keindahan Korea Yang Harus Anda Terokai Musim Panas Ini.

  1. Anonymous says:

    kalau percutiaan abg nara ni sememangnya ditaja.. untung abg nara..

    1

    0
  2. anon says:

    Hmm….sape2 yg gilakan cerita2 or drama2 korea boleh lah pergi, bagi aku yg tak pernah minat or tengok ape2 korea mmg takkan buang masa & duit aku gih negeri yg takde ape special nya, lbh baiklah gih japan.

    1

    8
    • sarah says:

      Jepun or korea..kedua2 nye best

      6

      0
    • sakura says:

      bodoh betul anon 1:03pm.
      korea tu byk tempat menarik.. bukan pasal drama korea pun. abis tu kau nak gi jepun sebab minat anime lah?? aper ke bodoh norrow minded.. sebenarnya korea dgn jepun lebih kurang jer..kalo korea kau rasa x ada apa2..jepun pun sama lah sebab dua negara tu lebih kurang jer.

      8

      1
    • kiki says:

      cakap jelah ko tu bangsat x ada duit. cuba kalo org sponsor free.. gamaknya ko lah orang pertama tunggu flight.. maklum lah pergi oversea free sape x nak kan.

      3

      0
  3. antiorangnegatif says:

    tak perlu gilakan drama korea utk melawat korea. kalau dah namanya suka berjalan. mana2 pun akan ada beza.

    13

    0
  4. Wawa says:

    Anak2 abg nara sume ikut muka dia eh..

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Susah betul kan nak bajet betul-betul time peak bunga keluar. Setiap tahun berbeza date dia. Kena cuba nasib je la. Kalau dapat tengok sikit tu kire ok la

    0

    0
  6. sehun exo says:

    kalau dapat pergi korea pun just berangan nak jumpa or tersempak dengan exo and song jihyo.

    1

    0
  7. Mia says:

    Suka betul abg nara dgn korea ye.. :-)

    2

    0
  8. Fyda Noh says:

    Wahhh best2.. gambar semua cantik2.. must go..

    1

    0
  9. she who must not be named says:

    mesti best kan abg nara? jalan2 dgn family smbil mengimbau kenangan zaman study dulu…

    0

    0
  10. mimos says:

    aku pegi korea cuti sekolah bln 3 aritu naik air asia x, pramugari muka mcm taik. haram x senyum. especially yang bangsa pinoy buka zip baju belah dada. heran aku. klu muka ketat knp nk kja pramugari. pramugari lain muka manisssss

    0

    0

Leave a Comment

Optional