Akhirnya persoalan yang bermain di minda para peminat berakhir jua. Ditemui di majlis tayangan filem Dampak, Diana Danielle memaklumkan kepada wartawan yang nama anaknya ialah Muhammad. Abang Nara suka. Mudah, pendek dan ia adalah nama Nabi kita.
Kata Diana Danielle kepada Mstar Online:-
Nama anak saya Muhammad, mudah dan senang tapi kami panggil dia Sayang sahaja. Sebenarnya nama itu dipilih oleh nenek dia dan kami juga bersetuju dengan nama itu
Diana Danielle juga enggan memberikan sebarang komen mengenai hubungannya dengan ibunya sendiri. Apa yang Abang Nara nampak, sejak bergelar ibu ini, Diana Danielle semakin hot. Lebih cantik dan lebih berseri-seri. Kalau dulu nampak macam budak-budak, kini Diana Danielle nampak sangat matang. Beberapa lagi gambar terbaru Diana Danielle ihsan RotiKaya dengan membaca artikel ini sepenuhnya.