Written by AbangNara | August 25th, 2016

Dalam tempoh tak sampai sebulan, kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Cepat sungguh kan masa berlalu? Bila disebut Hari Raya Aidiladha atau turut dikenali dengan nama Hari Raya Haji ini, perkara wajib yang terlintas di kepala ialah ibadah korban.
ibadah korban

Sekiranya anda berkemampuan dari segi kewangan, ibadah korban sangat dituntut untuk dilakukan. Kenapa? Ini antara sebab-sebabnya:-

1. Bersyukur kerana dipanjangkan umur

Insya Allah tahun ini kita akan dapat menyambut Hari Raya Aidiladha untuk kesekian kalinya. Alhamdulillah dipanjangkan umur untuk menyambut hari kebesaran ini. Bersyukur kepada Allah kerana masih diberi kesempatan hidup dari satu tahun ke satu tahun yang lain. Ertinya selagi tidak mati, disunatkan melakukan korban pada setiap tahun jika mampu melakukannya.

2. Bersyukur atas limpahan kurniaNya

Umur yang panjang, rezeki yang banyak, akal yang sihat, keluarga yang bahagia dan juga segala kesenangan yang kita perolehi di dunia ini semua adalah daripadaNya. Kalau nak kira satu-satu limpahan kurniaNya, memang tak akan habis. Sebab itulah kita melakukan ibadah korban, sebagai satu tanda kesyukuran atas segala nikmat yang diberi.

3.Berkongsi rezeki dengan golongan yang tak mampu

Apabila kita melakukan ibadah korban, ia membawa makna kita berkongsi rezeki dengan ahli keluarga, jiran tetangga, masyarakat setempat dan juga golongan fakir dan miskin.

Insya Allah tahun ini, seperti tahun lepas, Abang Nara akan turut sama melakukan ibadah korban menerusi Zabeeh Services Sdn Bhd.

ibadah korban

Zabeeh Services Sdn Bhd ini menyediakan khidmat akikah dan korban di negara-negara umat Islam yang kurang bernasib baik seperti Myanmar, Pakistan, India, Kemboja, Bangladesh dan Filipina. Ribuan umat Islam Malaysia dah cuba perkhidmatan Zabeeh Services ini dan kesemuanya berpuas hati. Harga jauh lebih murah membolehkan lebih ramai melakukan ibadah korban, sijil disediakan sebagai tanda korban telah dilakukan serta mereka yang terlibat dalam ibadah ini sangat berpengalaman dan profesional.

ibadah korban
Seperti yang tertera dalam gambar di atas, sebahagian lembu cuma RM300 dan seekor kambing cuma RM580. Insya Allah dengan harga sebegini, kita akan dapat berkongsi rezeki dengan umat-umat Islam luar negara yang kurang bernasib baik. Meh sini Abang Nara kongsikan sijil pengesahan ibadah korban tahun lepas yang telah Abang Nara lakukan dengan Zabeeh Services.

ibadah korban

Hati pun lebih tenang kerana tahu ibadah kita telah selamat dilakukan dengan adanya sijil ini. Jadi izinkanlah Abang Nara berkongsi cara-cara untuk melakukan ibadah korban/akikah bersama Zabeeh Services Sdn Bhd.

1. Pergi ke laman web www.zabeeh.com.my dan klik pada “Daftar Qurban Online”.
2. Hantar mesej PM ke Facebook Zabeeh-Qurban & Aqiqah Online dan tulis “Saya Nak Qurban”.
3. Hantar Whatssapp ke 019-323 4577 dan nyatakan “Saya Nak Qurban”.
4. Telefon terus ke 019-323 4577 atau 03-6179 0567

ibadah korban Marilah kita sama-sama berkongsi rezeki serta melahirkan rasa kesyukuran atas segala nikmatNya dengan melakukan ibadah korban/akikah bersempena Hari Raya Aidiladha ini. Semoga apa yang kita lakukan mendapat pahala dan dapat membantu umat Islam di negara-negara yang kurang bernasib baik. Maklumat lanjut layari www.zabeeh.com.my dan juga Facebook Zabeeh-Qurban &. Aqiqah Online.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

13 responses to Nak Lakukan Ibadah Korban Tapi Tak Tahu Macam Mana? Ini Cara Yang Paling Mudah, Pantas & Jimat

  1. Ros says:

    Tak boleh pilih tempat nak qurban melalui agensi ni. Saya x nak bangladesh. Plssssss

    0

    0
  2. 1st says:

    1st kkkkkkkkk

    0

    0
  3. hamba Allah says:

    sekarang ibadah qurban dan aqiqah dan macam dikomersilkan. Rata2 harga sebahagian lembu dan seekor kambing ialah $2100 dan $1900. Amat membebankan bagi mereka yang tidak berkemampuan sedangkan nak melaksanakan ibadah aqiqah tuk tuntutan agama. Logiknya kalau dekat luar kita boleh paham, ni surau2 pun semua pakat2 letak hrga tinggi. Kalau anak lelaki kena sembelih 2 ekor kambing, ha kiralah berapa. Sgt sedih, terasa sgt berat nk membeli dgn harga tersebut. harap2 adalah ULAMA yang boleh memperbetulkan perkara ini.

    0

    0
    • Anonymous says:

      apa kau ni..lembu pun mesti la ada harga..nak bagi makan..ubat2an lembu..tempat tuinggal..kudrat menjaga lembu sampai sihat..kau ingat lembu ni terus gemuk kun fa ya kun ke..

      ni la org melayu islam..asal ibadah je masing2 mengharap yang PERCUMA…
      lebih2 lagi kalau ustaz sampaikan ilmu..kene la juga bagi upah (bayaran)..kau ingat dia nak makan apa?

      0

      0
    • Anonymous says:

      aqiqah sebagai tanda syukur dikurniakan anak oleh Allah swt.
      rasanya kambing dalam lingkungan 700-900 bukan membebankan.
      mungkin diri rasa terbeban dengan harga tersebut kerana suka lebihkan benda lain
      seperti menggunakan hp mahal, beli stroller berjenama, baju anak berjenama, majlis aqiqah yg dibuat secara besar-besaran dengan adanya buaian berendoi dan khemah bagai.

      toloong lah jgn kata harga kambing / lembu mahal untuk membuat sesuatu untuk agama.

      tips, simpan duit dari start tahu isteri mengandung

      0

      0
    • Anonymous says:

      tu mmg harga standard la…nk murah..beli dan bela dari kecik..

      0

      0
    • Anonymous says:

      kalau beban toksah beli..dan mengecam pihak itu dan ini. Allah Maha Mengetahui sebab Allah pun suruh pada yang berkemampuan sahaja.. kan? dia x cakap wajib pun kan?

      Jangan membebankan diri sendiri…

      0

      0
  4. Ros says:

    ulama nak betul apa, dah memang harga standard.

    0

    0
  5. hcubeshop says:

    saya sokong cara korban sepertimana yang ditunjukkan di atas.Asalkan memenuhi syarat korban

    0

    0
  6. johnny bravo says:

    Hmm….kesiannya lembu tu kene sembelih sb nak mkn daging dia…isk.isk.. Kene jadi vegetarian dah ni..

    0

    0
  7. InezHHeald says:

    I am sure this post has touched each of the internet visitors,
    its really really good article on accumulating new website.

    0

    0