Nak Gila Talak Sekalipun Kami Punya Pasal – Adam AF

Hiburan

Nak Gila Talak Sekalipun Kami Punya Pasal – Adam AF

Kalau bercerai, peminat marah sebab runtuhkan masjid. Namun kalau nak rujuk semula, digelar gila talak pula. Memang pening kepala dibuatnya kan? Apa saja yang dilakukan semuanya salah. Bagi Abang Nara, jangan peduli kata-kata orang lain. Hanya kita sendiri yang tahu apa yang terbaik untuk diri kita. Kalau Adam dan Fiza merasakan rujuk kembali adalah pilihan yang paling baik, apa salahnya kan?

adam dan fiza rujuk

Advertisement

Setelah pengakuan bekas isterinya, Fiza Elite mengenai hubungan mereka yang masih baik walaupun telah bercerai, Adam juga tampil untuk tidak menafikan peluang untuk mereka rujuk kembali. Kata Adam menerusi Mstar Online:-

Ya, mungkin kami akan rujuk semula dan kini masih lagi memikirkan tentang perkara itu, namun itu semua terpulang kepada jodoh. Secara jujurnya memang saya masih sayangkan dia dan bagi saya tempoh edah ini juga menguji kekuatan kami dan mencari dimana kesilapan masing-masing.

Kami saling berhubung seperti biasa kerana dia masih lagi tanggungjawab saya dan saya rasa itu tidak salah. Saya tidak ambil peduli orang kata kami ‘gila talak’, mereka tidak berada di tempat kami jadi tidak wajar untuk menuduh kami yang bukan-bukan, nak ‘gila talak’ sekalipun kami punya pasal

adam fiza

Sementara dalam tempoh edah ini, memang sesuai untuk Adam dan Fiza untuk muhasabah diri masing-masing dan mencari punca sebenar penceraian mereka. Kadangkala tekanan daripada pihak luar yang menyebabkan perkara ini berlaku sedangkan tuan punya badan masih mencintai antara satu sama lain. Fikir sebaik-baiknya. Kalau rujuk kembali, Abang Nara yakin banyak pihak yang akan gembira dengna keputusan itu. Sama-samalah kita doakan yang terbaik.

P.S: Kucing menyamar jadi jerung bersihkan dapur

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...