Written by Bella | August 19th, 2015

Nad Zainal sebelum ini pernah memberitahu seakan merasa serik untuk bercinta selepas beberapa kali gagal dalam percintaan. Namun, tiada siapa yang boleh menolak ketentuan takdir dan peminat sudah boleh menghidu beliau sedang bercinta apatah lagi selepas gosip beliau memuat naik foto berlaga pipi bersama seorang lelaki tersebar di Internet.

Malah, dalam kenyataan terbaru Nad beliau akhirnya mengakui sudah mempunyai kekasih baharu yang merupakan seorang pelajar senior di Aswara. Hubungan mereka sebenarnya sudah terjalin hampir setahun lamanya.

Ya, saya sudah jadi milik orang. Saya sudah ada teman baharu. Tapi dia orang biasa sahaja. Bukan pelakon. Hanya bekerja di belakang tabir. Tidak sangka selepas tujuh tahun berkawan, akhirnya dia mahu menjadikan saya kekasihnya.

Sebenarnya bukan mudah untuk Nad melangkah ke alam percintaan sekali lagi, kali ini beliau lebih berhati-hati dalam memilih jejaka yang sesuai buatnya kerana sudah serik untuk menyulam cinta dengan mereka yang bergelar pelakon lagi.

Buat Nad, kekasihnya kini seorang yang sangat memahami dan sama sekali tidak mengawal apa sahaja yang beliau ingin lakukan.

Orang biasa lagi senang. Tidak banyak kerenah. Kekasih saya sangat memahami dan tidak mengawal segala pergerakan.Masing-masing faham dan sibuk dengan tugas sendiri.

Nad juga berharap agar hubungan beliau kali ini akan berkekalan dan mungkin lebih baik seperti sebelumnya. Pada masa yang sama, Nad juga mengakui tidak kisah jika beliau ditawarkan untuk berlakon bersama bekas kekasihnya satu hari nanti.

Semua orang mahukan hubungan yang berkekalan, apa yang penting belajar lah daripada kesilapan lalu agar ia tidak berulang lagi. Semoga percintaan kali ini kekal sehingga jinjang pelamin.

Sumber Berita: Utusan Online

30 responses to Nad Zainal Akhirnya Mengaku Sudah Ada Teman Lelaki Baharu

  1. Anonymous says:

    saya sudah milik org – ayat tu sesuai utk org dh kawin jela oiii.. sok2 klu dh putus sy bukan milik org.. hihiii dan satu lg ayat.. akhirnya dia mahu menjadikan sy kekasihnya – apo la ayat mcm tu..

    0

    0
    • Anonymous says:

      pelakon pn org biasa gak..
      patut cakap, die keje bukan sebagai pelakon..hehe

      0

      0
    • Anonymous says:

      Haah tu la, ayat macam kelakar. Lagi satu, pekerja belakang tadbir ke belakang tabir? Yg ni ak rasa bella yg salah.

      0

      0
      • Bella says:

        rujuk balik sumber itu ayat asal daripada akhbar itu sendiri..bukan hasil karangan kami di BN

        0

        0
        • Anonymous says:

          tu name nye maen copy paste je..hasil keje org salah pon maen tempekkkk je..
          hailahhhh..ape punye turrr

          0

          0
        • Blog Gossip bkn Blog Ilmu.Chill la says:

          Bro @ kak Anon. Ini smber dr Mainstrm Media Cetak/elktrnk. Klu bhasa penulisan mrk … anon blh komen kata bhsa tunggang langgang, apatah lg kak bella yg bkn wrtwn ni. Chill lah. Kite paham jer ulasan entry ni.
          Bila kata ambil dr smber lain … attcking kak bella plak kata copy paste. Bnyk blog2 yg berlambak dlm tenet ni yg ambil bulat2 dr sumber utama. BN bkn media cetak/elktrnk maintstrm cuma Blog Gossip dan bkn Blog Ilmu. Cuma BN ramai pmbaca. X paham la kite nape korang ni nak mara2. Ini bkn bacaan ilmiah, tesis, assgmnt bhsa ttbhs kene jaga sngt.

          0

          0
        • Blog Gossip bkn Blog Ilmu.Chill la says:

          Kite rase la si komen yg selalu komplen kak bella ni … klu lah dia laki2 mesti minat ngan kat kak bella ni. Icon hijau ni dr dulu suka komplen. Nak kenal dgn kak bella ke? … asyik nk sakat je.
          Klu pompuan lak nk jd part time kat BN ke? Hihihihi.
          So far kite bace ayat tunggang langgang asal boleh paham udah le. Kite ni penat lah nk bace ayat2 skema sbb hari2 bace ayat skema. Dah letih. Mmg x nafi kdg2 kelakar. Kite ktwa jer sbb kdg2 ayat tu mcm x siap. Ok aper. Make my day.

          0

          0
      • Anonymous says:

        Semua orang mahukan hubungan yang berkekalan, apa yang penting belajar lah daripada kesilapan lalu agar ia tidak berulang lagi.

        ye bella learn from ur mistake..asik salah manjang je..tak check dulu ke before post..?

        0

        0
    • zaza says:

      knp aq rasa ramai sgt yg dengki dgn bella ni ek? setakat kesalahan tatabahasa tu pon nak ajak gadoh ke? haha. kelakar nya korang ni.
      law aq marah dgn bella ni cuma psl kalaw dy update psl berita basi dh je. yg tu mmg aq pns la.haha.

      0

      0
  2. Anonymous says:

    yeah yeah juz 2 typ me 1st hihi

    0

    0
  3. Anonymous says:

    aikk tadih 0 comment cmna leh ade org dah grrrrr….

    0

    0
  4. cantik says:

    selagi belum sah nikah jgn kata saya dah jadi milik orang …..retis….fikir dulu senbelum cakap

    0

    0
  5. nad bangang says:

    enough la betina oiii berjantan x sudah2…karier ke laut….fames sebab bertukaq jantan….spesis uqasha juga ni…selagi belom ijab qabul diam2 sudah…hmmm sampah!!

    0

    0
  6. Reza says:

    Queen of Camera 360 / Beauty Camera / seangkatan dengannya

    0

    0
    • pembacahati says:

      jumpa dgn dia baru2 ni kat e-curve..memang cantik kat luar.. putih orangny.. cuma pakaian je xsemenggah..huhuhu..

      0

      0
  7. Anonymous says:

    ayt mcm org dah kwin ckp dah jd milik org.

    0

    0
  8. li says:

    sape perasan muka Nad ni macam kartun anime :)

    0

    0
  9. Anonymous says:

    pastu nara update…nad putus cinta…dah2 la tu…bercinta or tak baik diam jer…dah mcm2 kontroversi si nad ni…dah agak tak kan kekal lama dgn jantan dulu…

    1

    0
  10. lara tak lara says:

    masih artis sendu. kalau nak jawab tu plis matang sikt, tengok macam ziana zain terlepas mic tu. kerlasss kau jah she’s profesional i loikee. huh

    0

    0
  11. melati says:

    hahahaha. konon nk buat muka comey tapi cam getah pemadam….

    0

    0
  12. X cntik pn says:

    Lg sorang playgirl..bosannya ngn life diorg ni.jgn ko yg trhegeh2 lbih sdu dr kuah dah ye,Nad.

    0

    0
  13. miss A says:

    dia comellll… tapii.. kulit muka dia macam ade masalah.. tengok dia belakon rase geram je tengok kulit muka dia.. macam menggerutu.. sorry nad..

    0

    0
  14. katak puru says:

    yes..!!!..i ada tengok baru ni citer aper ntah bertudung merah..mekap bapakkkk kau teabl tapi still nampak kerutu..tapi dalam gambar kat atas ni..giler punyer licin muka..puiiiiii!!!..hazaaaaabbbbbbeeeeddddaaaaahhhhh

    0

    0
    • miss A says:

      kan!!! dalam gambo tu sume effect camera jaaa.. in reality kesian sangat kulit dia.. pegila treatment.. artis kot..

      0

      0
  15. zaza says:

    yeke nad? show off la apa lg. mcm atikah suhaimie tu. last2 bf buat hal.sendiri yg malu.hahaha.
    nk tgok jgk mana taw lg hnsem dari bf reen rahim si drebar teksi tu ke. kikiki.

    0

    0
  16. Akoo says:

    Yang aku perasan muka dia mcm chipmunk! Cute…

    0

    0
  17. lola says:

    sekarang mmg la mcm cute aje.tp bila aku tgk pic nad kat ig nabila huda,muka dia mcm kena sengat tebuan.seram sgt

    0

    0