Written by Bella | June 25th, 2015

Umum mengetahui bahawa Nabila Huda sedang hangat bercinta dengan salah seorang pemilik restoran Kulcats Barrio. Mengakui sudah bersedia untuk berkahwin, Nabila bagaimanapun tidak mahu terburu-buru dalam membuat keputusan untuk berumah tangga dan menyerahkan soal jodoh kepada Tuhan.

Pernah gagal dalam perkahwinan sebelum ini,  beliau tidak mahu hubungan percintaannya kali ini disensasikan sehingga menggugat niat mereka berdua.

Seperti yang dikatakan, kisah peribadi saya biarlah menjadi simpanan sendiri tanpa perlu dihebahkan kepada umum. Namun, setiap perkara yang baik itu akan diberitahu jika telah sampai masanya.

Besar harapan, dia menjadi insan terakhir dalam hidup saya. Tambahan pada usia sekarang membuatkan saya berasa tidak lagi sesuai untuk memulakan hubungan baharu

Tambah Nabila, beliau berharap bakal suaminya nanti mampu untuk menerima diri beliau seadanya dan menyayangi anaknya Keisha seperti anak sendiri.

Setiap wanita yang pernah gagal dalam berumah tangga pasti mengharapkan perkahwinan kali kedua mereka akan berkekalan. Apa yang penting, bakal suami dapat menerima serta menjaga anak hasil perkahwinan terdahulu dengan baik.

Sumber Berita: Kosmo!

1 responses to Nabila Huda Serah Soal Jodoh Kepada Tuhan

  1. Tabitha says:

    The lack of this publicity contributes directly to the amount of the population that watches other sports instead of soccer.
    Women have not only a truly self-serving media center stage, they have the very real
    legal framework to spearhead and catch their agenda.
    I obviously can’t go to all those different campuses whenever I want
    to buy fan apparel, so I shop for my official NCAA
    football gear online.

    0

    0