Written by Bella | March 7th, 2017

Watak Maria yang dilakonkan oleh Nabila Huda di dalam filem Munafik mendapat pujian yang baik daripada penonton, ia sekaligus mengangkat lagi nama Nabila ataupun mesra dengan panggilan Abil di dalam industri hiburan tanah air.

Ketika pengarah Syamsul Yusof memberitahu beliau bakal menerbitkan filem Munafik 2, ramai yang mengharapkan agar Abil akan membintangi filem tersebut.

Walaubagaimanapun, Abil mengesahkan beliau terpaksa menolak tawaran yang diberikan oleh Syamsul untuk Munafik 2, kerana terikat dengan komitmen yang lain. Abil kini sedang sibuk menjalani penggambaran untuk drama bersiri 100 episod.

Memang Syamsul ada tawarkan kepada saya, tapi tak boleh nak buat. Pada masa sama, saya terikat dengan jadual kerja lain. Lagipun penerbit drama bersiri itu sudah mendapatkan tarikh saya sejak tahun lalu lagi.

Penggambaran drama itu dijadual berlangsung awal April ini sehingga Januari 2018. Jadi, saya menganggap tak ada rezeki nak berlakon dan bekerjasama dengan mereka lagi. Saya difahamkan Maya bakal terbabit dalam filem itu, tapi saya tak pasti sejauh mana kebenarannya.

Jika benar Maya Karin yang bakal menggantikan tempat Abil, kami yakin beliau juga akan mencuba sehabis baik dalam lakonannya.  Setiap pelakon mempunyai cara lakonan mereka tersendiri  kan?

Sumber Berita : Harian Metro

[jetpack-related-posts]

18 responses to Nabila Huda Sahkan Tidak Akan Berlakon Di Dalam Filem Munafik 2

  1. Anonymous says:

    terbaik…rare.

    2

    0
  2. Maya Bulan says:

    Maya Karin ke Maya Matahari.
    Hu hu hu hu

    18

    0
  3. melati says:

    Elok ler Nabila… kalau ko dh sedar Munafik tu byk cedok citer Hantu omputih ( Takder idea sendiri) terbaik Nabila …, nama mau jaga..hmmmm

    3

    14
    • Melati bodoh says:

      Cedok cedok pon 19juta bai. Ko haderrrr ? Pekate ko bagi idea kat syamsul plak tengok dapat 19 sen ke tak ????????????

      23

      0
      • Anonymous says:

        melati akan belakon babak pondan dalam Munafik 2. iyerkan melati pondan. melati pondan ni org kaya raya tau, bukan kaya harta kaya berangan taik kambing & kaya maki, hina, pandang rendah org tak betul melati pondan

        3

        1
      • melati says:

        Pungkok RM19 juta …semua propa ..ckp boleh lew , tu semua taktik Skop …..kerja tipu jew pewagam pecah lah….

        1

        1
  4. bambino says:

    canteknye kucin dier.. grrrr

    6

    0
  5. Peminat munafik says:

    Maya karin xbest. Semua filem dia kaku. Feel xsmpai….

    23

    0
  6. ensten says:

    kan watak nabilla dah mati dalam munafik….maya pun ok tapi dah sinonim dgn watak hantu atau psycho. cuba cari pelakon yang tak dijangka mampu memegang watak2 berat. saya suggest jihan muse. berfikir luar kotak katenyer….

    5

    1
  7. bravoo_girl says:

    Izara Aishah should be ok kot..

    2

    5
  8. Sara says:

    Urgh dh xde pelakon lain ke slain maya. Dhla pelat. Failed. Ombak rindu pon xbest krn maya.

    15

    0
  9. tak suka maya karin says:

    tak payahla ambik maya berlakon…bahasa baku sangatla..xsentap dalam jiwa nonton

    5

    0
  10. sepaun says:

    maya karin the best.. kalau x best, mesti x pernah menang anugerah terbaik kan (^_^)

    0

    2
  11. Anonymous says:

    alaaa kalo maya mesti tak best..macam ombak rindu tu.. tak feel la die berlakon

    1

    0
  12. Anonymous says:

    100 episod???
    Gile hang, banyak tuuu , dah mcm sinetron indon dah.

    0

    0

Leave a Comment

Optional