Susulan daripada berita kemalangan yang melibatkan pelakon Nabila Huda kelmarin, bapanya Amy Search telah mengeluarkan kenyataan bahawa apa yang berlaku pada Nabila Huda ialah ‘petunjuk kecil dari Allah SWT’. Ramai yang bersetuju dengan beliau kerana cara hidup dan berpakaian Nabila yang sering mengundang kontroversi, tapi ramai juga peminat Nabila Huda tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut yang disifatkan ’empat jari menunjuk ke diri sendiri’.
Hari ini melalui Portal Murai, isteri Amy yang bernama Nourish Hassan mendedahkan yang Amy berkata bergitu kerana terkilan disebabkan Nabila masih belum datang beraya ke rumahnya mahupun mengirimkan salam maaf Aidilfitri kepadanya.
Sebagai isteri, saya tahu isi hati sebenar abang Amy yang berkata sedemikian rupa terhadap anaknya itu. Mungkin segalanya berpunca daripada sikap Nabila sendiri yang hingga kini tidak pulang beraya dan mengirimkan sebarang pesanan SMS Aidilfitri memohon maaf.
Pagi sebelum kemalangan terjadi, abang Amy ada meluahkan kesedihan dan bertanya adakah Nabila sudah lupakan dia selepas berada di puncak kerjaya sebagai artis. Abang Amy sudah berusia 55 tahun dan bapa mana yang tidak berkecil hati jika anak tidak mengingatnya langsung pada hari raya.
Dia juga berdoa agar Allah tunjukkanlah sedikit pengajaran terhadap anaknya itu. Saya harap dengan apa yang terjadi, Nabila sedikit-sebanyak akan berubah.
Manurut Nourish lagi, Nabila ada meluangkan masa untuk beraya di rumah rakannya di Singapura, namun begitu masih belum mengunjunginya sempena Aidilfitri.
Patutlah Amy mengeluarkan kenyataan sebegitu, rupanya ada kisah di sebaliknya. Apa pun, Nabila Huda yang dikatakan trauma dengan kemalangan tersebut dapat muhasabah diri. Tahukah anda berapa ramai di luar sana yang ingin bersalaman minta maaf dengan ayah sempena raya tapi tidak berkesempatan lagi kerana ayah telah meninggal dunia?
Berbaktilah kepada bapa sementara masih ada, kerana tanpanya, kita juga takkan lahir ke dunia ini, bukan begitu?