Written by AbangNara | February 7th, 2015

Di saat semua orang sedang bergembira dengan pencapaian peserta kegemaran masing-masing di Maharaja Lawak Mega 2014 semalam, ada berita kurang menggembirakan untuk peminat Nabil dan Sepahtu. Nabil telah mengumumkan yang MLM2014 adalah MLM terakhir buat dirinya sementara Sepahtu pula memaklumkan yang akan berehat sebentar daripada rancangan ini. Pastinya sedikit sebanyak MLM akan hilang serinya tahun hadapan tanpa kehadiran mereka berdua.

sepahtu tarik diri dari mlm Namun Abang Nara memahami keputusan yang diambil oleh Nabil dan Sepahtu. Penat sebenarnya memerah keringat untuk membuat lawak setiap minggu. Bukan satu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi untuk Nabil yang beraksi secara bersendirian. Keputusan ini bagaimanapun sedikit sebanyak memberi peluang kepada pelawak-pelawak lain untuk muncul menunjukkan bakat mereka. Lagipun kalau selalu sangat keluar tv orang bosan juga kan?
sepahtu tarik diri dari mlm

Apa pun all the best dan tahniah diucapkan kepada Nabil dan Sepahtu atas lawak yang dipertontonkan sepanjang MLM2014. Secara jujur, feveret Abang Nara memang Sepahtu. Lawak mereka memang klasik. Sambil duduk je boleh buat perut orang kejang kerana gelakkan lawak mereka. Stail Sepahtu memang kena dengan jiwa Abang Nara.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

65 responses to Nabil Bersara, Sepahtu Umum Tarik Diri Daripada MLM Tahun Hadapan

  1. Anonymous says:

    hmmm..elok la tu.. lagi2 nabil…

    0

    0
  2. Anonymous says:

    Nabil best malam tadi. Lawak bersin tu menjadi. Pd aku nabil ni berani dan gila. Biasalah idea dia sorang, kdg2 hambar. Tapi okler. Cuma bocey tak lawak lah . Takda idea kot

    0

    0
    • Anon says:

      btol, lawak bersin tu mmg menjadi giler..aku gelak smpai keluar air mata lagi2 part last cerita pasal kwn cina dia tu, tak sangka Dato’ dijadikan bahan hahahha

      0

      0
  3. Johan says:

    Sepahtu paling konsisten.

    0

    0
  4. Suraya says:

    Macammacam kutukan utk pelawak2 ‘veteran’ ni. Zero, Bocey, Shiro, enjoy these moments while it lasts. Sifatnya Malaysians ni begitu. Dulu macam tak cukup kertas memuji Sepahtu, Zizan, Nabil dsb. Sekarang punya teruk kena maki. Tak kelakarlah, macam tu lah, ini lah. Harap Nabil tak bersara dari stand up comedy. Perlu byk exposure, sharper observation n byk rujukan pada stand up comedienes barat.

    0

    0
  5. lala says:

    suka sepahtu tapi ok lah tu, bagi peluang yang lain plak

    0

    0
  6. zopeah says:

    apa pun tahniah pd nabil sbb bkn sume pelawak berani buat stand up comedy.

    0

    0
  7. Anonymous says:

    MLM 2015 paling hampeh tahun ini.Keputusan telah ditetapkan oleh juri.Ada unsur ‘ buyers ‘ dalam penjurian. Lihat saja contoh Nabil dapat tempat ke-3, sebab dalam rancangan Meletop dia menjemput juri-juri MLM sebagai artis seperti Dato Jalaludin Hassan.Berlaku unsur beli undi di situ kerana Nabil merupakan peserta MLM(Dari sudut perundangan mana boleh hakim pergi kerumah orang yang berkepentingan)Lepas tu sebelum Final MLM, dalam facebook heboh dah promote kumpulan Zero…menceritakan tentang masalah kehidupan mereka.Ada unsur tidak jujur di sini.Lihat di sini bagaimana penonton Malaysia diperbodohkan.Kebodohan penonton Malaysia diperbodohkan berulang lagi macam zaman Yus memang Raja Lawak atau zaman Hazama menang AF dulu(Hanya masuk minggu terakhir terus menang)Kalau dinegara barat , sudah pasti program ini kena saman.Tapi sebab orang Malaysia jenis tak apa maka jadilah tak apa ………hmmmmmm nasib baik aku tak tengok Final MLM 2015, padan muka astro rugi dia pasal aku boikot kah kah kah kiok.

    0

    0
    • Bias bias bias says:

      ‘Bias’ ya kawan kawan, bukan ‘buyers’. Tu pembeli. Bias, tapi sebutnya Baayes. Kalau ‘buyers’, u stresskan dekt ‘rrr’ tu.

      0

      0
      • sabar je lah says:

        LOL…maybe memang ‘buyers’ yang dimaksudkan. iaitu pembeli undi. or pembelian undi etc..xkanlah org atas x tahu eja ‘bias’..x perlu la nk tunjuk awak pandai kat sini ye

        0

        0
        • bias says:

          anon tu mmg maksudkan bias.. tp xreti eja.. dah byk kali plak tu.. sama kat post2 sbelum ni pun dia eja buyers. adoii. eloklah diperbetulkan sbelum otak dia dah beku xnak terima ilmu.. sekian.

          0

          0
        • Bias bias bias says:

          Hek eleh….ni lah nama dia bodoh sombong. Cuba baca balik ayat Anon tu. Kalau kau rasa dia maksudkan pembeli nampaknya ada seorang lagi yg perlu disekolahkan disini ya. Memang aku nak tunjuk pandai sebab aku mmg lagi pandai dari kau sabar jelah. Sabar jelah dengan sikap tak boleh ditegur kau ni. . Ni bukan kali pertama aku tgk pengomen eja bias as buyers. Samalah macam Congrats. Manjang duk eja Congrates congrates congrates. Mesti kaupun salah sorang kannnn sabar je lah…

          0

          0
    • rora says:

      kau pike astro batak sgt ke kt kau ? bole jln laaaa. btw zero berbakat !! bodohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

      0

      0
    • Door says:

      Aku pun tak tengok

      0

      0
    • keris terbang says:

      Ko kena banyak belajar pasal rezeki sebelum tuduh bukan2

      0

      0
  8. mojo says:

    Kalau Nabil bersara,maka kekallah Malaysia dengan lawak props,kuali.periuk,jamban,taik,tak berkembanglah yang dikatakan stand up comedy.Malaysia lebih suka tengok perangai komedi dari cerita komedi.

    0

    0
  9. josh says:

    Baguslah nak bersara, asek2 muka sama je, naik muak jugak. Bagi peluang kat org lainlah pulak..

    0

    0
  10. zhulia says:

    -bocey..malas nk pikir..taun lpas buat best…dpt no bpe..still have change wahai bocey n shiro…hope johan msuk next year.

    0

    0
  11. zhulia says:

    bocey..malas nk pikir…buat btul2….taun lpas..dpat apa…next year shiro n bocey bleh naik..in sha allah.

    0

    0
  12. Hatuii.. says:

    Tahun dpn mesti MLM boring sbb x de sepahtu… Kalau Nabil nak bersama elok sangat la tuh… Zero tak layak jadi juara… Sepatutnya Shiro jadi juara…

    0

    0
    • lala says:

      rezeki woiii rezeki dari Allah. jangan mempersoalkan rezeki yang Allah dah tetapkan utk diorang. shiro x jadi juara sebab bukan rezeki diorang, ok lah dpt no 4, daripada xde.

      0

      0
  13. Hida says:

    Sebenarnya, kalau lama2 mmg orang akan ckp recycle lawak and boring. Rasanya johan made the right choice tak mask mlm this year, sbb seingat aku, last time made ade jozan, ade je org kata tak kelakar la, konon kebab popular je. sbab benda ni dua tahun lepas, org da lupa. cuba korang igt balik, last two years, mase tu ramai gak sumpah seranah jozan. kannn.. cam tahun ni, sepah dah kena jugak, org mcm meluat, jadi bagusla berehat kejap dari maharaja lawak ni..

    0

    0
  14. mawar says:

    itu yg sebaiknya..aku terngiang2 lg nabil ckp “org yg original hodoh” x baik tau kutuk ciptaan Allah!!

    0

    0
  15. sepahtu boleh juara? says:

    ???hahaha…admin ni gilo bayang kaaa???

    pe jadahnyaaa sepahtu lawak?lawak ker???mata terpeleot keeerrr???

    tema bebas woi kutuk org ker???xder idea kerrr???pe ingt awk masuk separuh akhir sbb awk berdua hebat kerr p g daaa…yg loghat pon xlawak pon siap bebel sendri pacthline xkene…BOOOOOO….ayoyoyoy…

    tema musikal hohohohoho lawak keeeerrrr???mata buta tuli ka telinga pokak ka???
    come on 2 lagu?lawak keeeerrr?pastu lgu yg last tu lirik kononnkomplen bajet susah nk kuar idea…hohohoho xlayak lgsung dpt 250k xsetimpal…0 markah beb

    lepas tu jep sepahtu straight dpt match of the match klakar…beb…

    psal Bocey…dia dpt no. 5 sbb lawak xhormat org tua…mmg patut budak t xhormat org tua…

    yg len buat lawak xder pon nk ungkit2 susah kuar idea pe la itulah…xcayer sila dgr lagu muzikal yg terakhir tuuu huhuhu…patutny sepahtu no…4 or 5…hohohohoho….xlayak top 3….tema musikal out pon boleh dpt no.2 hahaha

    0

    0
  16. ayang says:

    Zero memang terbaik….dlm lawaknya buat kita gelak, sedih dan juga mengingatkan kita erti persaudaraan yang begitu erat….

    0

    0
  17. dina says:

    good decision.
    kat malaysia ni org tak fikir qualiti sangat
    peminat terutama orang melayu kita mudah tersentuh kalau dgr cerita sedih.
    mcm kump zero ni …asal dr kampung…sekolah tak habis…mak bapa dah meninggal etc.
    padahal lawak mereka tak kualiti langsung level sekolah jer.
    kalau pandai akrobat tu pi lah masuk sukan atau circus…bukannye maharaja lawak!
    tgk muka juri2 pun mmg frust.
    tengok jer lah berapa banyak bintang setisp kumpulan tu kita boleh tahu siapa yang sepatut nye jadi juara.

    0

    0
    • asamboy says:

      Mak kumpulan zero hidup lagi laaa… kan ker diorang nak bawak p umrah guna duit kemenangan tu….

      0

      0
    • PrayForMH370 says:

      apa kata taun depan engko plak jd juri x pun engko jd peserta, nak tgk lawak ko mjd ke x?

      0

      0
    • aku says:

      actually aku setuju dengan kau. zero memang lawak masa minggu minggu awal dulu, tapi dua tiga minggu ni diorang mcm tak lawak sangat. lepastu rasa mcm tak adil pulak isu kehidupan diorang ni, memang diorang tak berkemampuan, tapi MLM ni sepatutnya menang sebab lawak diorang bukan cerita sedih, mcm yus dulu pun mcm tu, before tu org tak minat sangat, tapi msa final raja lawak dulu, diorang tunjuk video rumah dia tak berplaster, cement bagai, terus final tu dpt number satu. aku tak minat sgt nabil tapi, thun lepas nabil final buat sedih org complain ckp MLM bukan utk tagih simpati tapi utk lawak, bukan main kena maki, tapi aku tgk zero ni okay pulak.tapi takpelah rezeki diorang kot, nak buat mcm mana.

      0

      0
  18. dina yg bodo says:

    Dina…pas ni zero wat lawak pasal mak enko mati plak ye..mak diorg ada lg dikatanya dh mninggal..otak ltak kt mangkuk jamban ke…

    0

    0
  19. Abng Nara Nara says:

    Sape sokong aku, tahun depan kita suruh Abg Nara masuk pulok :D

    0

    0
  20. Anonymous says:

    sepahtu tak dapat terima kekalahan. thats y tarik diri?????

    0

    0
  21. victoriabecks says:

    Alaaa sepahtu takot saingan letuw, jozan kan masok next year.
    arap zizan sorang kelaut der, johan byk idea…
    nabil lak hes true comedian…korang ingat senang nk bg org gelak pch perut gn bermodlkn bercakap je…ssh wooo…sblm ni harith iskander sorang je then now ada nabil…sayang la nabil kalo lu bersara….

    0

    0
  22. Beckham says:

    kan best kalau sepahtu kembali dengan sepah balik. biar mamat masuk balik. reunion balik.

    0

    0
    • Hida says:

      Mamat tu x lawak la please lah. Sepahtu dah okay, shuib and jep sngt kelakar tp masalahnya sebab da banyak kali masuk, org akan ckp recycle lawak and konon takde effort. padahal mmg tu sepah, sempoi tak payah pening2 pikir. mcm nabil pun ade lawaknye jugak, kalau korang peminat dia dr zaman raja lawak sure gelak tp lama2 biasala malaysian, semua stock “menyampahla recycle lawak” dulu bukan main puji.. aku suka jozan and sepah tp aku hrp dahla x payah masuk, nanti org meluat. zizan pun, kalau join tahun dpn org nyampah. sudahla. masuk dua kali org bole terima, tiga kali kena cop lawak dah basi nanti. zero bole masuk next yr, the yr after jgn masuk, nanti org cop mcm sepah and jozan, or even jambu pun dah terkena mcm tu.

      0

      0
  23. zomba says:

    as for me…takde istilah bagi peluang pada yang lain. kalau dh layak menang..mmg akan menang..kalau takkan nk tgu org lain mengundur baru leh menang..meaning they still din

    0

    0
  24. zomba says:

    “bagi peluang pada yang lain”
    p/s:.kalau nk tunggu peluang baru nk menang mmg nmpk sgt tak layak u ols..

    so siapa yg tarik diri tu la yg hebat..yg stay2 tu mesti hepi sbb rasa secure dah ada “peluang”

    0

    0
  25. lynna says:

    xkisah la spe nk tarik diri ke ap.yg kisahnya skrg nak jozan masuk! rindukan lawak diorg.

    0

    0
  26. afina says:

    Ramai yang cakap bagi peluang pada orang lain….Nak bagi pada sapa???Memang diaorg ni berbakat kalo x…tak adalah sampai final…dan penah menjadi juara sebelum ni…Terutama Sepahtu…rasa nya…tahun depan…ramai yang tak tengok MLM…Zero x best lah….menang tu pun sebab kisah sedih beliau…

    0

    0
  27. Pak Jabit says:

    Klu Johan, Jep dgn Ebby Yus buat satu kumpulan msk MLM 2015 mesti best..suka tgk diorang dlm Karoot Komedia..

    0

    0
  28. nybuk lu says:

    apa2pun keputusan telah dibuat terima ja dengan hati terbuka buat apa nak gaduh2
    yang dapat duit mereka kita dapat apa…????? lagi satu zero tak minta simpati pun walaupun mereka tu orang susah… bukan susah mana pun cuma keluarga nelayan kalau disabah nelayannya kaya2 ada yang punya kapal 6 tujuh buah untuk tangkap ikan. Lagi satu berhati hati bila berkata kata kerana mulut badan binasa sekadar ingatan bersama sahaja…

    0

    0
  29. yeah says:

    okla sepahtu tarik diri…bkn ape nanti masuk lg x lwk di cemuh pulak…masuk MLM ni 2tahun skali pun ok…tahun MLM 2016 bole join balik..kdg2 peminat paham pelawak ni xde idea sgt…kalo dh msk MLM kena focus dr minggu ke minggu….better berehat n focus pada drama or filem…nabil pulak jgn ckp dh bersara,tibe2 MLM 2016 die lak duk myibok sama join…dh menang rm150k bole la ckp nk bersara..konon lepas la byr hutang xpyh share dgn sape2…esk lusa abis gak duit menang ko tu…biasa bini duk perabis duit…mana xbnyk hutang…dulu menang tmpt ke5 dpt rm15k pun mcm x cukup kn…hahaha…nanti brhutang lg die join la MLM ni..ckp x serupa bikin…ape pun x bole…

    0

    0
  30. Inaz says:

    Zero layak menang. Dari awal mereka bukan saja tunjukkan jenaka kelakar tapi juga berkebolehan pelbagaikan persembahan dengan skill mereka. Mereka berkompang, bergendang, menyanyi, menari, beraksi akrobatik malah boleh menari tarian singa yang sebenarnya perlukan skill yang tinggi untuk menjayakannya.

    0

    0
  31. Adil says:

    Sepahtu kelakar tapi semakin membosankan. Zaman hampir merudum kut. Zizan memang dah jatuh lama tanpa Johan. Ini zaman Zero. Lawak dan persembahan terbaik . Kagum skill banyak, jarang ada komedian mcm ni. Ini “trio jelmaan KRU” versi pelawak. 10 tahun sekali jumpa.

    0

    0
  32. […] Susulan itu, kita dikhabarkan Nabil bersara manakala Sepahtu mengumumkan menarik diri dari pertandingan itu pada tahun hadapan. […]

    0

    0