Written by serenity | April 14th, 2016

Tahun lepas pelakon, pelawak dan pengacara Nabil Ahmad telah menunaikan ibadah haji. Sehubungan itu, dia kini mengamalkan prinsip tidak mahu berpegangan tangan dengan bukan mahram dan terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon filem dan drama sejak itu.

Katanya kepada mStar Online, ia satu cabaran yang perlu dilalui setelah menunaikan haji:

Saya banyak tolak tawaran berlakon drama dan filem kerana masa yang tidak sesuai dengan komitmen sebagai pengacara beberapa program.

Selain itu, saya mahu menjaga batas antara lelaki dengan wanita bukan mahram, kalau berlakon susah nak elak terutama jika ada adegan bersentuhan.

Mungkin ada yang menganggap Nabil berlagak alim, tetapi Nabil berkata dia tidak berniat begitu, sebaliknya dia cuma mahu memperbaiki dirinya untuk menjadi insan lebih baik.

Saya tidaklah berubah secara drastik, saya lebih suka orang selesa dengan saya dengan cara begini seperti Nabil yang dulu.

Biarlah orang tidak nampak perubahan saya.

 photo 3-Nabil-Ahmad-Terkejut-Dapat-Tempat-Tunaikan-Haji-ROTIKAYA.jpg
Nabil kini juga sedang belajar mengaji Quran secara persendirian dengan seorang ustaz yang datang ke rumahnya:

Sekarang saya sedang belajar mengaji, ada seorang ustaz yang akan datang ke rumah ajar kami sekeluarga. Isteri saya tidak ada masalah kerana dia pandai mengaji cuma tidak boleh mengajar saya.

Kalau dia yang ajar asyik ketawa sahajalah kami, jadi terpaksa panggil orang luar.

Perubahan yang cuba dilakukan oleh Nabil ini ialah sesuatu yang baik. Walaupun perubahan itu mungkin orang tidak nampak tetapi yang penting niat itu ada. Semoga Nabil akan terus istiqamah dengan perubahan yang ingin dilakukannya.

17 responses to Nabil Ahmad Tolak Tawaran Filem Dan Drama Yang Perlu Bersentuhan Bukan Mahram

  1. Orang Brunei says:

    Alhamdulillah Nabil, semoga istiqomah..inshaa Allah rezeki ada di mana-mana, yg penting usaha…

    0

    0
    • whosebadsinbad says:

      Alhamdullilah Nabil…bagus tu tapi klau mulut pun leh kepit2 sikit tambah bagus…sesekali bukak gossip ni…apalah artis2 ni gaduh2 jealous2…kutuk2…mmm…tunang lum kawin…kawin pun leh putus…wlaupun pegang2 ni actually mmg salah, cant help but salute Aaron Aziz’s wife, Adi Putra’s wife & Abg Rosyam Nor & Abg Faisal Hussien’s wife…semua faham kerja suami no choice…klau takleh udah bukak bussiness dah…pasal peranan jadi bapak pun nak kena sentuh klau tak tambah kaku…sedangkan ada pelakon ni mmg terserlah kekakukanye…pelakon baru ni sana sini semua kes gaduh…menyebalkan

      0

      0
      • Anonymous says:

        pelawak yg xde pengisian. rude!

        0

        0
      • Lembu Gemok says:

        matlamat tak halalkan cara pondan!!!! ko merepek apa ni?nak komen pon biar ada sikit iman…jangan main suka ati jer buat ayat tanpa fikir syariat…aku tampar ko kang, dari whosebadsinbad jadi lembu itam kang!!

        0

        0
        • whosebadsinbad says:

          Ish…aku tak cakap halalkan ngok…tu sebab jgn mkn banyak nanti gomok post-mortem tunjuk mmg org gomok otak kecik…aku ckp pasal artis gaduh2 bongok…baru tunang dah mcm2…gaduh2…bab nabil ni mmg bagus cuma klau dia nak lebih bagus mulut dia nak kena edit sekit…takpe aku like comment kau pasal kesian…btw klau nak lebih baik jgn baca gossip la ye

          0

          0
      • minah jambu say NO to DRUG says:

        kalau tkde penerbit or pengarah tk ambek si nabil ni berlakon pon bagos lah huh ! memboring kan aje !

        0

        0
  2. Fvck says:

    Nabil pelawak low class takda identiti diri dan sgt rude! Bodoh sombong

    0

    0
  3. Anonymous says:

    klu isteri dia pakai tudung lg org respect #jgnkecamsaya

    0

    0
  4. Anonymous says:

    tebamnyer tgn anak nabil rasa nk cubit2 kat ketik tu

    0

    0
  5. M says:

    comel je part last2 tuu haha. Semoga terus istiqamah k Nabil.

    0

    0
  6. Man istiqamah says:

    semoga nabil terus istiqomah sehingga kemenangan.. Mari bersama2 teguh bersama kepimpinan ulama. Insya Allah selamat dunia akhirat. Tahniah Nabil.

    0

    0
  7. Corse 848 says:

    Good nabil..nk jadi perfect susah sikit..tetapi ada usaha mengurangkan perkara2 yg mndatangkan dosa..itu yg paling pnting..

    0

    0
  8. melati says:

    ko gi mamposss lagi bagus lew Nabil…..

    0

    0
  9. adudu says:

    comelnya anak2 nabil

    0

    0
  10. Control says:

    Takut bini hahah!!

    0

    0
  11. Iza says:

    Tok sah peduli apa org kata…peduli apa Allah kata..adat dunia nabil…buat baik org kata, buat jahat lg org kata..serba x kena…mcm kisah luqman hakim dgn anaknya…yg penting bersegera buat kebaikan…jgn ditangguh..w.a..

    0

    0
  12. Anonymous says:

    bagus dia ni jujur je…
    relax je kalau bini ajar asyik gelak je..
    aku boleh bayangkan wey…
    hahahahhaha….

    0

    0