Ada yang menyokong tindakan Nabil , tetapi ada juga pihak yang mengkritik beliau sengaja hendak tunjuk baik dan alim.
Jelas Nabil, beliau berubah atas kehendak beliau sendiri dan mahu menjadi contoh buat anak-anaknya di masa hadapan.
Saya berubah atas kehendak saya sendiri. Bukan nak tunjuk baik jauh sekali takut orang mengata saya bukan suami dan bapa yang baik untuk keluarga. Tapi semuanya berlaku kerana tanggungjawab semakin berat di bahu. Secara berdikit-dikit, saya memenuhi kekurangan dalam diri. Saya belajar ibu agama.
Saya mahu sesuatu yang boleh dijadikan contoh buat anak-anak saya kelak. Mereka adalah hala tuju saya yang baharu. Perubahan yang positif, itu yang saya inginkan.
Bila ada artis yang hendak berubah ke arah yang lebih baik, tetap mereka kena kutuk juga bukan? Pada kami perubahan Nabil ini harus kita sokong dan mungkin boleh jadi contoh kepada yang lain juga. Benda baik apa salahnya kita doakan agar ia dipermudahkan?