Written by AbangNara | October 2nd, 2017

Menjadi seorang pelawak bukanlah mudah. Menjadi seorang pelawak yang ditugaskan menjadi pengacara untuk majlis-majlis besarlah lagilah bukan mudah. Tanggungjawab sangat besar untuk memastikan majlis berjalan lancar sambil para penonton dihiburkan dan boleh bergelak ketawa. Susulan kritikan yang diterima oleh rakan baru-baru ini, Nabil Ahmad telah meluahkan rasa terkilan dengan kritikan dan kecaman yang diterima oleh para pelawak yang menjadi pengacara majlis-majlis tertentu. Secara peribadi, Abang Nara suka dengan lawak Nabil Ahmad terutama ketika menjadi pengacara GegarVaganza. Salah satu sebab Abang Nara tengok GegarVaganza ialah untuk bergelak ketawa melihat lawak Nabil dan Jihan.

nabil ahmad

Apa yang Abang Nara pelik ialah yang mengkritik habis-habisan ini ialah pelawak dan rakan artis jugak. Hmmmm. Sepatut sebagai rakan seperjuangan, kenalah bagi sokongan. Kalau tak puas hati ke apa, boleh mesej secara peribadi. Janganlah gunakan laman sosial untuk “menjatuhkan” rakan anda. Bukannya tak ada nombor telefon. Ikuti luahan hati Nabil Ahmad di bawah:-

Cuba cakap siapa pengacara bukan pelawak yang mampu memberikan hip dan mengemudi acara besar seperti majlis anugerah dengan baik? Saya tidak kata pelawak hebat namun berdasarkan pengalaman apa yang seseorang yang bukan pelawak mampu buat sekiranya perlu mengacarakan majlis secara spontan tanpa skrip? Di situlah letaknya kepentingan skil untuk melawak. Sekurang-kurangnya majlis tidak sepi.

Apapun, penerimaan orang terhadap pelawak yang menjadi pengacara itu subjektif, ada segelintir penonton atau audiens melihat lawak itu sesuatu yang sensitif. Andai rasa lawak yang disampaikan oleh pelawak yang menjadi pengacara itu sensitif dan mengaibkan, teruskan saja dengan tindakan selanjutnya. Jika perlu permohonan maaf terbuka, kita akan buat

nabil ahmad

Nampaknya Nabil Ahmad semakin lantang bersuara mempertahankan nasib para pelawak tanah air. Ini satu tindakan yang terpuji. Ada betulnya juga kata Nabil. Kalau anda rasa boleh jadi pengacara yang lagi bagus daripada pelawak, silalah tampil mengacara di atas pentas. Nak tengok juga tahap mana kehebatan anda. Jangan pula lepas tue koyak kena kritik dengan netizen. Tak gitu? Sumber Astro Gempak.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

39 responses to Nabil Ahmad Luah Perasaan Tugas Pelawak Sebagai Pengacara Sering Dipertikai

  1. Awan Nano says:

    Perkara ke 2 aku setuju dengan Nabil.. Cth, Sharifah Shahira. Pelawak but at the same time as pengacara and I do like her a lot in any award show. Maybe zizan tu yg kena jaga line bahasa.. Aku takde masalah besar dengan pengacara, aku ada masalah besar dengan audience yg rata2 golongan retis jugak tapi malas nak tepuk tangan bg sokongan. FFM last week, sunyi je bila pemenang naik stage.

    29

    0
    • Anonymous says:

      Dalam Gegarvaganza Nabil mmg annoying. Sama mcm Meletop. Bingit la.

      19

      0
      • lalalalalalalaa says:

        Tapi aku tengok show tu pun kalau ada nabil, sbb dia boleh jadi mc without tengok cue card plus aku suka tengok dia mengacara

        21

        0
        • Anonymous says:

          Aku x tengok Meletop sebab Nabil. Suka mencelah. Aku nk dengar guest bercakap bukan ko!

          2

          1
        • gurlzzz says:

          betull .. aku pun setuju..nabil mmg terbaik dalam pengacaraan.. dorg ni semua fake.. padahal dorg pon tengok gegar vaganza sbb kelakar nabil..

          8

          0
      • minah jambu say NO to drugs says:

        nabil tu kadang2 klakar jugak tapi kadng2 menyampah kalau dia suka kacau2 orang yg tk sewaktu dengan nye…ape2 pon semoga nabil di murahkn rezeki dn di lindungi Allah selalu..

        6

        1
  2. Yomama says:

    Setuju dengan ko Nabil

    Artis Malaysia ni poyo konon nak jadi setaraf dengan Hollywood tapi hati tisu. Cuba korang tengok video Ricky Gervais host Golden Globe. Habis semua retis tua muda dia taram. Artis Malaysia dah la filem bongok, dapat lak Dato sebab buat cerita Lemak Kampung Santan kahkahkah

    32

    0
  3. Cili says:

    sabar lah nabil. ko belum dpt dato. ko senyap dah. besok ko dapat dato ko pun mungkin sama gak poyo dgn diaorang.

    14

    1
  4. sepaun says:

    Sebenarnya bkn isu besar pun kalau pelawak yg diambik jd pengacara apa majlis pun terutamanya anugerah grand yg kebykkannya semakin membosankan cuma jgn la sampai memalukan org lain secara live, suka hati membahan org lain sampai menjatuhkan air muka & maruah org di depan khalayak ramai dgn tujuan kononnya sekadar mengusik

    negara kita bknnya negara barat.. kan negara kita ni terkenal dgn sopan santun, hormat org lain & berbilang bangsa & agama :D

    10

    2
    • mak ita says:

      lahai. dok sensitiv buat pa. kalau sensitiv sangat, jangan jadi artis ah. bila hang dah jadi public figure, memang hang kena prepare la untuk dikritik, even kritikan tu langsung tak membila. dimalukan tu memang salah satu ujian bila hang jadi public figure.

      3

      0
    • Anonymous says:

      negara kita ni terkenal dgn sopan santun, hormat org lain & berbilang bangsa & agama?Mimpi ke?Sopan santun mcmana yg ada katnegara kita?Berparang,meragut.mencaci banyakla.

      2

      1
      • suuzon says:

        tu sindiran menusuk kalbu. haha.. sopan santunlah kononnya, tayang body di red carpet tak nak kalah dengan pelakon hollywood.. siapa yang hati busuk bersangka buruk tu pun buat pejam mata je la ye.. malaysia ni memang macam syurga, semuanya suci murni tak buat dosa.. haha

        1

        0
  5. bang bil says:

    Aku suka tengok nabil mengacara and aku boleh terima lawak dia. memang dia kadang2 annoying, but still, dia boleh mengacara and my family suka tengok dia dlm gegarvaganza dgn jihan. tak semua orang boleh terima, but bagi aku dia okey. susah wei mengacara, ingt senang ke nk catch audience punya attention. He did a good job. maybe some netizen tak suka tgk dia dh berjaya kot.

    16

    0
  6. Anonymous says:

    melayu sangat la lawak nabil. harus ubah cara lawak. standard ko mat rempit/ minah myvii tayar kangkang appreciate la..

    3

    8
  7. kepohci says:

    MAHAZIR LOKMAN!

    tak perlu lawak..majlis rasa penuh bergaya

    12

    0
    • Mat kering says:

      Tapi tak semua acara sesuai untuk dia mengacara. Kalau macam acara yang memerlukan havoc macam gegarvaganza, kalau pengacara macam mahadzir lokman yang handle tak ke dah jadi lain feel dia. Tapi tak nafikan dia dah different class. Pendek kata, kena tengok juga jenis acara kalau nak assign pengacara ni.

      15

      0
  8. melati says:

    R.I.P. Nabil

    0

    10
  9. batty says:

    Raja azura
    cheryl samad
    jalalludin hasan

    2

    5
  10. emcee says:

    next time amik azwan ali jadi emcee…okbai

    0

    2
  11. Lolo says:

    Terpekik pekik Raja Azura tu.

    6

    0
  12. no quality says:

    mr bean yg jadi pelawak tu pun tak mau jadi pengacara. Sbb omputeh tidak sailang rezeki org sbb ada org yg lebih layak dn yg betu2 boleh mengacara. Semua “Pengacara” yg lahir dari siri MLM memg “no quality”.

    3

    2
    • Yes quality says:

      Siapa kata pelawak omputeh tak jadi pengacara??? Chris rock tu kan stand up comedian..Dia kan pengacara anugerah oscar.Dah rezeki mereka nak mengacara.tak payah la artis yg konon senior ni nk persoalkan. Sama mcm pelakon senior persoalkan populariti fatah amin. Ke korg tak percaya dgn ketetapan rezeki masing2???

      5

      0
  13. Seri says:

    Sharifah Shahira
    Aznil Nawawi
    Didie Alias
    Najib Ali
    Sarah Sechan

    Pelawak gak tapi bila buat kerja mc xde malukan org.Ko tgk cermin la haji Nabil…kalau invite tetamu kat Meletop tu asik nak potong cakap je..sama la dgn Hajah Lofa..x kira lagi tag team nak mendengki ka Fattah Amin…

    Sucikan dirimu bak kata Fazura …ehhhh

    7

    2
    • Dolla says:

      Setuju. Bila dah nembahan org, die ckp die bergurau. Pastu kluar statement Artis Malaysia cpt sentap. Xbole di ajak bergurau. Klu kau bergurau, pastikan kau terhibur Dan org yg dengar pun terhibur. Tapi kalau kau brgurau, kau sorang yg terhibur, org yg dgr sakit hati, itu bukan gurau. Itu membahan. Dan membahan adalh lawak Paling low class dlm prinsip prinsip lawak sedunia. Menurut prof Park Law Wark, prinsip membahan hanya bole digunakan pd waktu2 tertentu shj. Contohnya, jika ko da khabisan idea, jika ko da blur kt pentas tu, jika ko disuruh melawak tiba2 atau waktu mengacarakn meletop haha

      5

      1
    • Seman says:

      Hang pegi hantaq surat balik la..masa tu hang tak sakitkan ati sapa2 pun. Walau pun sikit, tu rezeki lagi berkat kot pasai hang takdak sakitkan ati sapa2.

      2

      1
  14. OKU advocate says:

    Hang pun suka membahan org. Menggelakkan fizikal orang tu bukan lawak tau?
    Itu buli. Hang ni pernah menganjing OKU lagi…(masa tu Caliph Buskers). Live pulak tu. Orang yang dengaq semua gelak..baik kat auditorium atau kat rumah. Hang ni buli orang tak agak2 tau..padia salah OKU kat hang sampai hang suka sgt kutuk depa?? Dulu masa hang jd DJ suria.fm hang dgn Halim Othman cakap org yg pakaikan harness kat anak2 hyper ni mcm bwk anjing. Budak2 pun hang bahan. Satu negara hang ajak sama2 gelakkan orang yang tak boleh bela diqi depa. Tak kena batang idung hang lagi takpa. Caliph Buskers tu jiwa depa besaq, depa cakap OK ja..tak terasa pun. Tp itu kat mulut bro..kat dalam hati depa hang tak tau betapa sedih depa, family depa, kwn2 depa. Jangan sampai satu hari nanti Allah teguq hang dgn bg rasa dok tempat OKU, kalau tak hang sendiqi, family hang …baru hang tau..

    0

    0
    • dalamdalamdalam says:

      aku pernah buat event dengan caliph busker, diorang lagi suka menganjing diri sendiri, cool je, mcm haritu ada event duet faizal tahir dengan caliph. ada perkataan buta, lepastu diorang sendiri buat echo perkataan tu sambil gelak gelak, butaaa butaaa butaaa mcm tu, sampai ada org tegur cakap takyah sahut, lepastu caliph ni sambung sambung gelak je relax jel diorang. maybe diorang sentap tapi netizen jangan lah over. boleh kot cakap baik baik. kalau korang maki kutuk so korang sama je lah dengan nabil tu, mengutuk jugak. aku tengok, kalau orang tegur marah marah, lagi diorang nak buat benda tu, mcm fatiya, org kutuk dia, lagi dia buat, aku sendiri pun, kalau orang marah aku buat mcm tu, lagi aku nak buat benda tu

      0

      0
  15. anonymous says:

    pls go R.I.P. you never better but annoyed thats what u r

    1

    0
  16. Danial says:

    Bagi aku, as a malaysian viewer ni event itu sendiri yg aku lbh fokus nk tgk contohnya mcm GV.. aku nak tgk show artis2 yg masuk tu. Mcm pengacara semua ni jatuh no 2. Aku x bother sgt sapa pengacaranya. Tapi x dinafikan nabil n jihan byk menghidupkan jgk GV tu.
    Nak melawak boleh tapi pastikan jgn terlalu membahan org. Org yg dengar tu mmg jadi sakit hati so dah x lawak jadinya. Aku pon suka cara sharifah shahira mengacara but not kak engku. Paknil pon ada bakat melawak. Didie alias pon quite good.

    5

    0
  17. Anonymous says:

    Over…padahal org nk tengok show bukan ko capang!

    1

    0
  18. shopia lorren says:

    suka cara nabil mgacara spontan..lau perempuan yg bego sikit tu syatifah sahirah..cun lh..terhibur gaya mereka.

    2

    0
  19. Anonymous says:

    Saya setuju dgn bang bil Oktober 2. Nabil mmg ada kelasnya yang tersendiri..ok apa dia mengacara…tak kan nak serious aje bila mengacara,membosankan. Klu tak, tak kan la pihak Astro hantar diamenjadi pengacara carpet merah Oscars Award di LA…keep it up Nabil, you are the best…

    1

    0

Leave a Comment

Optional