Nabil Ahmad Ditegur Pihak Astro, Mohon Jangan Terlebih Dalam Melawak

Hiburan

Nabil Ahmad Ditegur Pihak Astro, Mohon Jangan Terlebih Dalam Melawak

Gara-gara melawak sehingga mempersendakan kumpulan Caliph Buskers pada konsert pertama Gegar Vaganza 2015, pelawak Nabil Ahmad menerima kecaman hebat daripada penonton dan perkara tersebut mendapat perhatian pihak Astro yang dimana pengurus saluran Astro Ria, Raqim Ahmad telah menegur Nabil untuk tidak melawak secara berlebihan dan menjaga sensitiviti orang lain.

Advertisement

Kami telah panggil Nabil dalam satu sesi baru-baru ini dan memintanya lebih berhati-hati dalam membuat lawak ketika mengendalikan program siaran langsung. Sebagai pengacara Nabil perlu lebih sensitif terhadap keadaan sekeliling biarpun dia tidak berniat untuk mengguris perasaan mana-mana pihak.

Pada konsert minggu lepas, Nabil telah muncul di pentas bersama satu alatan penapis. Ia sebenarnya sebagai satu garis panduan serta peringatan untuk Nabil berfikir serta berhati-hati sebelum membuat lawak atau berkata-kata.

Walaupun isu melawak tentang kekurangan Caliph Buskers menjadi viral, pihak Astro bagaimanapun tidak mempunyai sebarang masalah dengan Nabil dan mengerti bahawa tidak semua orang boleh menerima lawak yang disampaikan dengan baik.

Lawak itu subjektif dan bukan semua pihak boleh faham atau terima sesuatu jenaka disampaikan. Bagaimanapun sebagai pelawak Nabil harus lebih peka terhadap keadaan sekelilingnya. Penapis yang dibawa Nabil ke pentas ketika mengacarakan Gegar Vaganza tadi (Ahad lalu) sebagai peringatan dan simbolik supaya tapis apa yang ingin diperkatakan.

Nabil pun sudah memohon maaf atas keterlanjuran beliau terhadap Caliph Busker dan kami rasa perkara ini sudah selesai. Harapnya lepas ini Nabil Ahmad tidak lagi mengguris perasaan mana-mana pihak dalam berlawak selepas di tegur.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...