Written by AbangNara | September 17th, 2015

Alhamdulillah. Murah rezeki Nabil Ahmad apabila mendapat peluang menunaikan haji tahun ini. Untuk makluman, Nabil baru-baru ini telah pun selamat mengerjakan umrah. Jemputan menjadi tetamu Allah ini adalah satu rezeki yang tidak diduga dan Nabil bakal berlepas ke untuk mengerjakan rukun Islam ke 5 pada 19 September ini. Tahniah dan pastinya Nabil bersyukur dapat mengerjakan ibadah haji pada usia semuda ini.

nabil ahamd

Kata Nabil:-

Syukur Alhamdulillah, itu sahaja yang mampu saya ucap pada nikmat yang Allah kurniakan. Mendapat jemputan pada usia masih muda, bukanlah satu benda yang boleh diperoleh begitu sahaja. Saya teruja, tidak sabar dan sangat gembira kerana dimakbulkan doa sewaktu mengerjakan umrah agar dijemput lagi ke Tanah Suci.

Saya dihubungi oleh seorang rakan yang bertanggungjawab membawa saya mengerjakan umrah pada bulan puasa lalu kira-kira sebulan lepas. Dia juga yang pernah berpesan ketika kami berada di Mekah agar sentiasa berdoa untuk Allah jemput lagi untuk ibadah haji pula. Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan.

Tambah istimewa, saya dan 21 jemaah yang turut sama dalam rombongan persendirian ini bakal mengerjakan Haji Ifrad. Maksudnya, saya akan terus niat mengerjakan haji ketika dalam pesawat dan turun dengan berpakaian ihram sehingga 24 September iaitu pada Hari Raya Korban.

nabil ahmad

Semoga segalanya berjalan lancar buat Nabil Ahmad dan semua jemaah haji seluruh dunia. Seperti yang kita maklum, baru-baru ini satu tragedi telah pun menimpa bakal haji di Masjidil Haram. Semoga kejadian tersebut tidak berulang. Sama-samalah kita sedekahkan Al Fatihah kepada semua mangsa yang terkorban. Amin. Sumber Kosmo.

maleena

P.S: Cantiknya koleksi terbaru lelaki dan perempuan daripada www.maleena.my ini. Kalau Abang Nara ngan wife pakai nie mesti cute sangat-sangat. Jimat 10% jika anda membuat tempahan sekarang. Selain itu, Maleena juga sedang mengadakan clearance sale sehingga 70%. Jangan lepaskan peluang ini. Ikuti Facebook Maleena & juga Instagram MaleenaOfficial untuk lebih informasi.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

21 responses to Nabil Ahmad Bakal Berlepas Tunaikan Haji 19 September Ini

  1. sape2 says:

    harap2 bini dia akan berhijrah sama…kesian tgk nabil…berusaha utk berhijrah, tp bini xtutup aurat

    0

    0
    • Anonymous says:

      doakan je ..jgn2 tak perlu pegi haji pn die berubah.

      tahniah nabil yo..rezeki ekau tu..
      semoga selamat pegi dan kembali
      semoga menjadi insan yg lagi baek dr sebelum nye

      0

      0
  2. nak cuit sikit says:

    bagusla nabil ni….ingat akhirat …muda lagi dan ingat nak pg haji time duit masyuk tak lupa tanggungjawab kat Allah….respect nabil…all the best to Nabil…

    0

    0
  3. Weng Weng says:

    ALHAMDULILLAH. SYABAS SAUDARA..REZEKI KALAU MELIMPAH TERUSKAN UTK PERKARA YANG WAJIB

    0

    0
  4. Joe Labu says:

    Respeck!

    0

    0
  5. kiki says:

    Alhamdulillah… jeles dgr.. semoga dijemput juga menjadi tetamu di Kota Suci satu masa nanti

    0

    0
  6. aku says:

    YEAYYY… 1ST!! hahaha

    0

    0
  7. Kau says:

    Bhaha boleh cuba lagi dik.

    0

    0
  8. nur kaseh says:

    Alhamdulillah…rezeki Nabil. Harap tak terserempak diva aa kat mana mana lepas ni. Kang meroyan plak dia kalau tak ditegur. Lol

    0

    0
  9. don says:

    Alhmdulillah moga mndapat haji yg mabrur nabil

    0

    0
  10. tasha says:

    Alhamdulillah..bagus nabil ni x lupa asal usul, x nyombong, x lupa member, dan beringat..mmg zero to hero.. Moga kita semua pun dapat panggilan dariNYA di usia yg muda & masa tengah sihat..amin

    0

    0
  11. anonym says:

    pak lawak yg tak lawak..perasan baguih…buat lawak bodoh memanjang…riak lak tu

    0

    0
  12. munahisgreat says:

    Kadang2 kita nilai orang pada panjangnya kain tudung kepala, jubahdan janggut ingat mereka jer layak masuk syurga..kita lupa hati…Allah yang tahu niat dan ikhlas seseorang….nabil rezekinya murah….mungkin banyak dia bersedekah yang kita tak tahu….sama jugak budak jeremy yang main band…meninggal di depan kaabah…baik budak tu….

    0

    0
  13. Hmmmmmmmmmmmmmmmmmm says:

    Mak aku selalu pesan. Suami wajib bimbing isteri. Isteri wajib ikut perintah suami. Suami boleh terus arah isteri tutup aurat, pakai tudung. Dan isteri mmg wajib ikut tak kira la dah bersedia atau tak, dah ikhlas ke apa. Pasangan kita ni reflek diri kita. Nak psgn yg baik, kita kena jadi baik. Kalau kita sorang2 je yg baik pun tak boleh juga. Memang la “tak tutup aurat” pun suami sayang to keberkatan dlm rumahtangga tu kan yg kita nak? Sebab kalau ada keberkatan, bukan takat dunia, akhirat oun pun kita dapat. Ha tujela nak cakap kpd semua yg tak habis habis ckp “it’s okay isteri tak tutup aurat blablabla”

    0

    0
    • joe labu yang salah eja says:

      rilek2..mungkin die nak perbaiki diri dia dulu.. doakan family kita smua n bukan dia shj mendapat keberkatan di dunia dan akhirat

      0

      0
  14. ctz says:

    Mudah mudahan nabil mendapat haji yang mabrur.sampaikan salam kepada rasulullah saw.doakan jg kami menjadi tetamu Allah selepas ini

    0

    0
  15. mojo says:

    Bagusla Nabil.artis yang bagus.

    0

    0
  16. kojo says:

    Mak aku selalu pesan…kalau ke kedai tolong beli top up.balik mak bayar.

    0

    0
  17. WQ says:

    Alhamdulillah.. Masa umrah ari tu diva ntah pa2 ntah maki2 c nabil ni sbb xtgur dia kn..

    0

    0