Written by AbangNara | October 9th, 2017

Abang Nara memang suka membeli-belah secara online. Jimat masa, jimat petrol, tak payah bersesak-sesak, tak perlu bayar parking dan macam-macam lagilah kelebihan berbelanja secara online ini. Salah satu kedai online yang Abang Nara selalu lawati ialah Hermo.my yang menjual segala macam produk kecantikan pada harga yang sangat berpatutan. Jenama-jenama barangan yang dijual di sini pun semua yang femes-femes. Senang cakap, kalau nak jadi cantik dan kacak, memang wajib kena tahu kewujudan laman web Hermo.my.

Lagi satu bab paling best apabila membeli-belah secara online ini adalah kewujudan #MyCyberSale yang merupakan Malaysia’s Biggest Online Sale Event yang telah bermula sejak tahun 2014. Setiap tahun memang macam-macam promosi best dan tak masuk akal yang ditawarkan oleh kedai-kedai online termasuklah Hermo.my bersempena #MyCyberSale ini. Peluang setahun sekali ini sudah pasti tidak boleh dilepaskan begitu sahaja.

Tahun ini, #MyCyberSale akan berlangsung bermula 9 Oktober sehingga 13 Oktober. Memang banyak sungguh tawaran kaw-kaw yang membuatkan Abang Nara gatal tangan nak bershopping. Paling mencuri perhatian Abang Nara ialah promosi yang ditawarkan oleh Hermo.my. Memang tak masuk akal sungguh. Sesungguhnya anda akan berada di pihak yang rugi sekiranya tidak merebut tawaran harga runtuh dan promosi awesome yang hanya ada setahun sekali ini.

Antara tawaran-tawaran best dari Hermo.my bersempena #MyCyberSale kali ini ialah:-

1. Sign up je dan beli something untuk dapatkan FREE sheet masks

Kalau selama ini anda tak pernah mencuba “sheet masks”, Hermo.my nak bagi 2 paket produk kecantikan ini dengan PERCUMA. Syaratnya mudah sahaja. Hanya perlu tekan butang “sign up now” bila korang melawati www.hermo.my dan buat sebarang pembelian untuk mendapatkan 2 paket sheet masks berkualiti ini. Tak payah bayar harga “sheet masks” nie. Memang free of charge dengan sebarang pembelian sepanjang promosi #MyCyberSale ini. Barang free takkan tak nak kot?

2. Voucher bernilai RM2 juta untuk direbut

Abang Nara hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala melihat tawaran voucher bernilai sehingga RM2 juta oleh Hermo.my ini. Memang tak masuk akal. Banyak gila penjimatan yang kita boleh lakukan apabila bershopping di Hermo.my bersempena #MyCyberSale. Contoh voucher yang ada ialah diskaun RM5 dengan pembelian minimum RM60, diskaun RM20 dengan pembelian minimum RM185, diskaun RM35 dengan pembelian minimum RM300 dan diskaun RM50 dengan pembelian minimum RM400. Kod vouchernya ada di gambar di bawah untuk rujukan anda. Kena cepat sebab RM2 juta ini boleh habis bila-bila masa sahaja. Siapa cepat, dia dapat.

3. CyberBundle 3 For RM39/RM99

Bermula 9 Oktober sehingga 13 Oktober ini, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan 3 produk pada harga RM39/RM99 sahaja di Hermo.my. Menariknya 3 produk ini korang boleh pilih sendiri. Jadi tak adalah “terpaksa” beli benda yang anda tak mahu. Inilah masa untuk penuhkan almari make up anda, beli pencuci muka, sabun mandi dan sebagainya. Confirm berbaloi-baloi. Serius best promosi CyberBundle ini.

4. OMO-Licious

OMO! Ini adalah slang yang sering dilafazkan oleh artis Korea ketika sesuatu yang mengkagumkan terjadi. Korang pun pasti akan menjerit “OMO!” kerana OMO-Licious menawarkan diskaun sehingga 70% dan harga yang sangat hebat untuk kesemua brand kesukaan anda. Memang tak cukup tangan kalau nak shopping! Antara promo best yang sempat Abang Nara usher ialah:-

1. Maybelline Instant Age Rewind Concealer (RM16.85 sahaja, harga asal RM30)

2. Skin Food Black Sugar Mask (RM21.50 sahaja, harga asal RM44)

3. Klairs Supple Preparation Toner (RM59.90 sahaja, harga asal RM128)

Banyak lagi produk-produk best yang ditawarkan pada harga diskaun tak masuk akal dalam promosi OMO-Licious di www.hermo.my bersempena #MyCyberSale ini. Inilah peluang yang anda harus rebut. Jangan ketinggalan!!!

Selain daripada promosi-promosi di atas, banyak lagi benda-benda best dan tawaran daripada Hermo.my yang sedang berlangsung bersempena #MyCyberSale ini. Memang anda akan membuat #HERMAZINGSAVINGS apabila anda berbelanja di Hermo.my sepanjang kempen #MyCyberSale ini. Paling penting, sentiasa refresh laman web www.hermo.my dan LIKE Facebook Hermo.my sebab banyak offer menarik akan dikongsikan di sini. Selamat berbelanja dan selamat mendapatkan produk-produk idaman anda.

Jom tengok video mereka Hermo x Mycybersales 2017 disini

TAGS:
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

9 responses to #MyCyberSale Kembali, Hermo.my Buat Promosi Tak Masuk Akal

  1. miamore says:

    kerajaan kata pendapatan isi rumah rakyat malaysia mencecah hampir 7k sebulan. wah… mcm tu mesti ramai yg mampu beli hp mcm eina azman kan.

    1

    0
    • wekkkkkkk says:

      bsr gaji, bsrlah kehendaknya. Sepatutnya gomen bgi tau pada sykt potong LHDN utk yg bergaji bermula RM8K seorg dan Gomen suruh sykt by KWSP 18 % utk pekerja.
      Dan gomen pulak mesti buat undang2 baru bila umur dh 35 tahun boleh amek 30% dri akaun 1.

      Nak tunggu 55 amek akaun 1 takut x sempat . Ala 35% je ..pun.

      2

      0
      • Anonymous says:

        Boleh je klu nak guna duit acc 2 tu..bulan2 buat bayar rumah.gaji kita tak usik pun itu pun klu ada 80k ke barulah sedap.klu setakat 9k je tak payah bisingla.biarla terperuk kat situ.kalau umur panjang anggap jelah rezeki..

        0

        0
  2. ohyeah.. says:

    gaji minimum 900 rgt sebulan pun tk dpt dilaksanakan lagi…
    statement mcm nih buat ramai yg menangis bukan lagi tergelak!

    2

    0
    • Anonymous says:

      7k sebulan perkapita diambil dpd kakitgn gomen..bolehla pkerja gomen mmg gaji dh tinggi..cer tgk gaji cikgu skrg..cer banding pekerja swasta dgn ekonomi yg terjepit dan slow manamungkin majikan nk bayar gaji lbh..tu yg sara hidup dh terkangkang kiak..brjima2tlh ooii..

      1

      0
  3. adakah kita penipu atau ditipu? ;> says:

    adakah ini skim penipu??

    0

    0
    • brg kosmetik/kolegen x bagus skrg says:

      mmg penipulah. Allah dh ciptakan cantik semulajadi. Jgnlah cuba nk bermekap dri kecik2. Bila dh biasa bermekap dri kecik2 umur belasan tahun, maka bila dewasa muka dh lain. Sbb tu lah mekap tu hanya merosakkn muka shj. Jgn percaya mekp2 & kolegen2 dn segala mcm minuman kecantikan.
      Yg perlu percaya, myk utk urutan luaran shj..mcm myk gmt, myk telon atau apa2 jenis myk utk urutan luaran shj. Utk dalaman, gunakan colgate je utk memutihkan gigi. Syampu2 rmbt skrg pun bkn boleh percaya, semua nya merosakkan rmbut. Guna santan je cuci rmbt dlm 2 kali smnggu..pasti rmbut lebat dn wangi. Walaupun leceh, tapi baik utk ksuburan rmbt.

      0

      0
  4. Anonymous says:

    Buat apa nak mekap2 nie.dah mcm kerja mengecat muka je aku tgk..sapu bedak sikit sudah..lawa pun mesti ada bau busuk tu..manusia biasala..lain lah kalau air dah naik kepala.hancing pun dia jilat.

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Tipu tipu..itulah Malaysia…harga sebenarnya mmg tulah yg diskaun.

    0

    0

Leave a Comment

Optional