Written by AbangNara | November 13th, 2013

Desas-desus mengenai status Awie yang kononnya telah diisytiharkan muflis kini menjadi perbualan hangat orang ramai. Ada yang menyatakan ia sekadar khabar angin, namun ada yang yang beranggapan Awie benar-benar muflis. Apa pun Abang Nara tertarik dengan pendapat Awie mengenai perkara ini. Memang sempoi sungguh Awie.

awie

Bagi Awie, dakwaan tersebut bukan perkara penting kerana ia adalah lumrah dan banyak berlaku kepada sesiapa pun termasuk golongan kerabat dan VIP. Muflis atau tidak, ia tidak menyusahkan dan memberi masalah kepada sesiapa. Kata Awie:-

Muflis atau tak, saya tak ganggu orang bukan? Asalkan tak ganggu orang, saya rasa ia tak patut jadi masalah kepada sesiapa pun.

Kalau benar saya muflis, kenapa? Kalau pun betul, bukan saya seorang saja. Ramai lagi orang di luar sana yang muflis. Golongan kerabat dan VIP pun ramai yang muflis.

Ada seorang kerabat diraja ini juga bankrap tapi apa masalahnya kepada orang ramai? Pada saya asalkan benda itu tak kacau orang, tak perlulah nak kacau hidup saya.

awie

Betul juga kata Awie tue kan? Yang terasa kepayahan pun adalah keluarga dan sanak saudara Awie. Namun biasalah, kalau dah namanya selebriti, semua benda orang nak ambil tahu. Apabila ditanya mengenai dakwaan memindahkan aset miliknya kepada isteri, Awie menjawab:-

Kalau pun saya pindahkan harta atau apa saja pada mereka, itu hak saya. Mereka adalah isteri dan anak-anak saya, keluarga saya sendiri.

Kalau saya mati nanti, harta yang ada itu untuk mereka juga. Jadi apa masalahnya? Biarlah orang nak cakap apa saja.

awie muflis

Betul juga kata Awie nie kan? Kalau tak bagi harta kepada isteri dan anak-anak, nak bagi kepada siapa lagi? Merekalah penyambung dan waris yang paling dekat dengan diri kita. Takkan tiba-tiba Awie nak bagi harta dia kat Abang Nara pula kan? Hehehe. Apa pun, muflis atau tidak, semoga Awie berbahagia hidup di samping keluarga tercinta. Tak gitu?

P.S: Ford Transit tiba di Malaysia

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

37 responses to Muflis Atau Tak, Saya Tak Ganggu Orang – Awie

  1. nana says:

    Awie, betul cakap awak tu…kita tak ganggu hidup orang kan.

    0

    0
  2. iphoneuser says:

    Ya betul, awie, wiwiwttttttttt, eh tu amy! Haha

    0

    0
  3. Kek says:

    Cam lantak ko je..cam lantak ko je..

    0

    0
  4. Joyah says:

    hade aku kesahh??!!

    0

    0
  5. miss s says:

    sokongg

    0

    0
  6. Anonymous says:

    sekadar muflis je..x ada hal lah..

    0

    0
  7. rynna says:

    dia ni yang dulu tanpa rasa bersalah bukak kelab malam,opening ppuan2 seksi cam pelacur berjoget2..

    bila di tegur penuh rasa bongkak cakap,”tak kan saya nak jual nasi lemak”..hina sangat ke jual nasi lemak tu awie oi..dari kau bukak tempat penyebaran maksiat tu,hurmm..

    skang dengar cita dah bankrup,kalau masih xsedar tak tau lahhh..

    0

    0
  8. paukaya says:

    sape lak yg kisah ko muflis??

    0

    0
  9. omei mey says:

    duit bersumber yang haram tak berkat. ingat ko boleh kaya dengan bukak tempat maksiat? kaya dengan dosa je la. dah mati pun, kalau club tu masih beroperasi, dah macam dosa jariah kau tau tak? btw, muflis di dunia tak apa. jangan muflis di akhirat. tapi kalau kau tak tutup club ko, kebarangkalian ko muflis di akhirat amatlah tinggi, awie

    0

    0
  10. Anonymous says:

    Fizo pun lebih kurang sama tapi tengok… boleh buat majlis kawin mewah…..siap kasi jongkong emas lagi….

    0

    0
  11. mak che says:

    mak cik xckp pe pun….
    mak cik tgh msk nasi lemak nie nk jual ptg kang

    0

    0
  12. awe says:

    dabel-trabel !

    0

    0
  13. ayamKMP says:

    confirm awie muflis ke? cara awie jawap macam ye…banyak sentuh pasal muflis tak ganggu orang lain. salah keluar statement bole kene saman ni…

    0

    0
  14. Melayu Tegar 2020 says:

    Hidup UMNO!! Hidup Melayu!! Hidup Bumiputera!!
    Bersama-sama menuju wawasan 2020..
    Kearah negara berpendapatan tinggi dan maju!!!!!!!!!

    Dulu, Kini & Selama-lamanya BN!!

    0

    0
  15. O_o says:

    hidup susah.. tapi tak menyusahkan hidup org lain, tu memang terbaik la…

    kalau kaya pun tapi tak pernah menghulur & bongkak tak guna jugak!!

    0

    0
  16. mimi says:

    Anonymous tak kata Fizo muflis la tapi dia kata Fizo lebih kurang sama je…..mungkin maksud dia Fizo banyak hutang tapi belanja mewah……

    0

    0
  17. ma says:

    maksud dia, fiza muflis jugark tp cari rezeki cara halal. still berkat tu ada..
    simple je pun

    0

    0
  18. org kg duk obesi says:

    ramai orang sekarang nih ishtihar muflis utk elak bayar hutang padahal semua harta dah tukar nama…nko memang poyo lah awie!

    0

    0
  19. anon says:

    Hidup ni ibarat roda. Ramai je yg kaya2 tu muflis jugak dulu, mcm Donald trump, Simon cowell, even steve jobs dulu pun at one time pokai jugak. Bangun balek and usaha semula lah. But l have to say one thing…….Arni Nazira had a lucky escape. Hope now she is happy with her family.

    0

    0
  20. 2x5 says:

    Eh biar la dia nk Mupliss pun .

    Lobang rejeki ni banyak ada ..dimana mana pun
    Kalau tak nyanyi, lagi jual karipap pun boleh jgk kan .???
    Isu Awie ni bukan nya cerita MAMAT dok tepi parit korang ni pun..ish ish

    Dia ni kan artist termashyur pat msia, spore ,brunei gan sabah sarawak , kalau buat apa niaga pun mesti laku punya.
    Temgok aje la ..

    0

    0
  21. minah jambu merah biru says:

    betol tu awie minah jambu sokong ngan u….kalau betol pon u muflis ape kena mengena ngan orang lain kan ! yg dorang tu sebokkkkkkkkkkk pasal orang muflis tu apesal huh mengarot ! helo awie ! u jangan peduli ngan orang lah ! kalau u susah pon bukan Nye ada orang tolong ! so peduli lah !!

    0

    0
  22. cik N says:

    ingatkn buka club bule jd kaya….

    0

    0
  23. zulfa says:

    Subhanallah…kalau tak kacau orang, duduk la dalam hutan awie oi..ni satu petunjuk dan hidayah dari Allah pada kamu. dah terang terangan berniaga kelab malam adalah haram kamu masih menegakkan kebenarannya. memberi alasan yang boleh menyebabkan kamu lupa yang ada NYA Allah memberi rezeki. kamu itu orang Islam..sebab itu semua mengambil berat pasal kamu agar kamu tak terus berterusan menjalankan bisnes yang jelas haramnya. banyak lagi punca rezeki di atas muka bumi Allah yang halal. tolong la awie..cakap tu biarlah ada sedikit tanggungjawab sosial pada peminat dan semua yang mengenali awak tu.

    ni baru sikit Allah uji dengan muflis sebab perniagaan kamu tu haram. jangan sombong diri sangat. hidp tak lama. kalau kau bukan islam memang sesapa pun tak kan kisah tentang kau. beruntunglah sebab masih ada lagi yang mahu menegur dan menasihati anda.walapun pahit tapi itulah realitinya.

    kenapa ka nak samakan perniagaan diskjo kau dengan nasi lemak..kenapa kau tak bandingkan dengan perniagaan yang sama haramnya. awie kau dah jauh sangat dari Islam………

    0

    0
  24. […] Muflis Atau Tak, Saya Tak Ganggu Orang – Awie (33) […]

    0

    0
  25. […] Muflis Atau Tak, Saya Tak Ganggu Orang – Awie (35) […]

    0

    0
  26. […] Muflis Atau Tak, Saya Tak Ganggu Orang – Awie (36) […]

    0

    0