Desas-desus mengenai status Awie yang kononnya telah diisytiharkan muflis kini menjadi perbualan hangat orang ramai. Ada yang menyatakan ia sekadar khabar angin, namun ada yang yang beranggapan Awie benar-benar muflis. Apa pun Abang Nara tertarik dengan pendapat Awie mengenai perkara ini. Memang sempoi sungguh Awie.
Bagi Awie, dakwaan tersebut bukan perkara penting kerana ia adalah lumrah dan banyak berlaku kepada sesiapa pun termasuk golongan kerabat dan VIP. Muflis atau tidak, ia tidak menyusahkan dan memberi masalah kepada sesiapa. Kata Awie:-
Muflis atau tak, saya tak ganggu orang bukan? Asalkan tak ganggu orang, saya rasa ia tak patut jadi masalah kepada sesiapa pun.
Kalau benar saya muflis, kenapa? Kalau pun betul, bukan saya seorang saja. Ramai lagi orang di luar sana yang muflis. Golongan kerabat dan VIP pun ramai yang muflis.
Ada seorang kerabat diraja ini juga bankrap tapi apa masalahnya kepada orang ramai? Pada saya asalkan benda itu tak kacau orang, tak perlulah nak kacau hidup saya.
Betul juga kata Awie tue kan? Yang terasa kepayahan pun adalah keluarga dan sanak saudara Awie. Namun biasalah, kalau dah namanya selebriti, semua benda orang nak ambil tahu. Apabila ditanya mengenai dakwaan memindahkan aset miliknya kepada isteri, Awie menjawab:-
Kalau pun saya pindahkan harta atau apa saja pada mereka, itu hak saya. Mereka adalah isteri dan anak-anak saya, keluarga saya sendiri.
Kalau saya mati nanti, harta yang ada itu untuk mereka juga. Jadi apa masalahnya? Biarlah orang nak cakap apa saja.
Betul juga kata Awie nie kan? Kalau tak bagi harta kepada isteri dan anak-anak, nak bagi kepada siapa lagi? Merekalah penyambung dan waris yang paling dekat dengan diri kita. Takkan tiba-tiba Awie nak bagi harta dia kat Abang Nara pula kan? Hehehe. Apa pun, muflis atau tidak, semoga Awie berbahagia hidup di samping keluarga tercinta. Tak gitu?