Mohon Maaf Pada Melayu Sebelum Terlambat, Pesan Sharnaaz Ahmad Kepada Azwan Ali

Hiburan

Mohon Maaf Pada Melayu Sebelum Terlambat, Pesan Sharnaaz Ahmad Kepada Azwan Ali

Pergh~~ Dasyat ‘peperangan’ yang sedang terjadi antara Sharnaaz Ahmad dan Azwan Ali di laman sosial. Terkejut Abang Nara membacanya. Tak sangka ada yang berani menegur Azwan Ali setelah sekian lama. Bukan apa, kebanyakan orang lain enggan melayan keranah diva AA. Hampir semua buat ‘derk’ je. Namun Sharnaaz telah tampil dengan machonya untuk mengkritik tindakan Azwan Ali yang telah ber’selfie’ ketika hari berkabung sempena kepulangan jenazah mangsa MH17.

azwan ali sharnaaz

Advertisement

Gambar ‘selfie’ Azwan Ali ini telah menimbulkan kemarahan Sharnaaz yang menganggap tindakan pengacara ‘season’ ini tidak wajar. Tulis Sharnaaz:-

Maaflah, 3kali aku nak post tak jadi.. Tapi tangan aku gatal sangat nak post.. Aku tak perlu cakap banyak untuk orang macam ni.. Doa yg baik baik sudah.. Jgn sampai org kapan dia nanti dgn monopod skali.. Peringatan pada pe-yelfi dan pe-wefi. Shame on you org season

azwan ali sharnaaz

Namun Azwan Ali dengan penuh ke’diva’aannya telah membalas teguran Sharnaaz dengan penuh lasernya. Siap bukak cerita Sharnaaz dan Shila lagi. Memang ‘power’ sungguh mulut Azwan Ali ini. Malah Azwan Ali juga telah menghalang para peminat Sharnaaz yang telah memberi komen menghinannya di Instagram. Kata-kata yang ditulis oleh Azwan Ali di bawah memaksa Sharnaaz tampil dengan nasihat panjang lebar dan memohon agar diva popular ini memohon maaf kepada bangsa Melayu sebelum terlambat. Tulis Sharnaaz lagi:-

Khas buat bro @divaazwanavazz

Sy tak pernah kisah awk nak selfie camana pun, tapi ingat, perkataan yg lahir dari mulut pinjaman awak tu dah menguris hati Org Melayu.. Anak melayu jangan diusik degan perkataan menghina bang, cilaka badan bang.. Abg nak maki saya saya tak akan maki abang balik, sabab abg lagi tua dari saya, saya dah takde hormat kat abg, saya doakan abg yg baik baik, takde niat nak aibkan bro,

TETAPI kalau MELAYU bro jentik, waspadalah bang, sebab sekelilingmu ada lah org org MELAYU.. *kepada yg nak komen tak elok baik hentikan, doa yg baik, bukan aibkan fia yg sedia ter-aib.. *kepada sesiapa org MELAYU nak menyokong dia silakan, saya tarik hormat saya pada anda sebagai melayu.

*Bukan taknak tegur cara senyap, sebab cara senyap akan bertukar tak senyap jugak bila sampai ke tangan azwan.. Ini bukan soal jantina, aib, personal, INI SOAL BANGSA MELAYU YG FI INJAK KEDAULATAN!! MOHON MAAF PADA MELAYU SEBELUM TERLAMBAT BANG

azwan ali sharnaaz

Secara jujur, berselfie ketika majlis perkabungan memanglah kurang elok. Namun ia kira ok lagi daripada mereka yang gunakan hastagh #MH17 dan kongsi gambar selfie tersenyum riang yang memang membuatkan Abang Nara rasa nak lempang. Sekurang-kurangnya Azwan Ali berada di tempat kejadian dan turut sama bertafakur. Apa pula pendapat anda? Adakah perbuatan Azwan Ali tak wajar? Adakah teguran Sharnaaz memang tepat? Kongsikan di ruangan komen.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...