Agak terkejut Abang Nara membaca Berita Harian hari ini. Tiba-tiba ayah Najwa Latif muncul untuk berkongsi kesedihan dirinya yang tidak dipedulikan oleh anak-anak. Menurut Abdul Latif yang merupakan seorang jurulatih renang, anak-anaknya sudah derhaka dan perlu memohon maaf kepadanya.
Mungkin ada yang beranggapan Abdul Latif berbuat begini kerana inginkan populariti dan duit daripada anak-anaknya. Itu adalah tidak benar sama sekali. Kata Abdul Latif:-
Saya tidak teringin langsung hendak menumpang popularitinya, atau mahukan duit mereka. Saya sendiri ada pendapatan yang kukuh. Apa yang saya inginkan ialah anak-anak datang berjumpa serta memohon maaf sebelum saya menutup mata. Cukup-cukuplah menjadi anak derhaka! Saya mengaku saya seorang yang garang, tetapi demi Allah, tidaklah sehingga naik tangan. Kecuali jika tindakan mereka benar-benar mencabar kesabaran, barulah saya berbuat demikian.
Menurut Abdul Latif, hubungan mereka anak beranak mula dingin apabila dia menegur sikap mereka yang dirasakan tidak betul. Kata Abdul Latif, dia tidak rela melihat anaknya, Najwa Latif terus leka di puncak kepopularitian. Katanya:-
Hubungan kami mula dingin pada 2011 apabila saya menegur sikap mereka yang saya rasakan tidak betul. Salahkan tindakan saya sebagai bapa menegur anak? Mereka kata kepada media, hubungan dengan saya keruh kerana masalah keluarga. Saya berani mengesahkan ianya bukan masalah keluarga tetapi berhubung masalah displin anak.
Untuk makluman, Abdul Latif telah pun bercerai dengan isterinya pada tahun 2008. Apa yang lagi mengecewakan Abdul Latiff ialah pemergian dan kepulangannya daripada menunaikan haji tahun lalu tidak langsung disambut oleh anak-anaknya. Tiada seorang pun daripada anaknya yang menunjukkan muka.
Paling saya terkilan apabila anak langsung tidak menziarah atau bertanya khabar ketika saya hendak menunaikan haji pada 29 November tahun lalu. Saya ingatkan apabila kembali ke tanah air pada 5 Disember 2011 mereka akan menunggu kepulangan saya. Luluh hati saya apabila tiada seorang pun daripad amereka yang menunjukkan muka.
Bagi Abang Nara tak perlu kot masalah keluarga sebegini diheret masuk ke dalam suratkhabar. Cubalah selesaikan sesama sendiri. Kesian kat Najwa Latif terutamanya. Nasib baik SPM dah habis. Kalau tak mesti stress. Cubalah bawak berbincang. Duduk semeja dan selesaikan segala salah faham. Tak gitu?